Wednesday, June 10, 2015

Already Married!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. syukur yang teramat kerana diberi rezeki dan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menjadi seorang isteri. Subhanallah.. percaya atau tidak, I'M MARRIED! Hehe..

Jumaat, 20 Mac 2015, Kg Sg Karang Darat, Kuantan
Nik Nur Aisyah selamat dinikahkan dengan my deary husband, Muhammad Aswad dengan 4 kali lafaz. Apa barang 1 kali je lafaz, laki Iolss 4x uolss. Orang kata buat banyak kali baru yakin. Baru rare.. (ayat cover)
Love u emok! 

Nah! gambar nikah. tapi kondisi gambar tak elok sangat. Bersama adik tercomel

My dearest friends, Wani n Ain yang menemani saat saat akhir menjadi bujang. Hahh gitu! haha..

Alhamdulillah, majlis Walimatulurus Aisyah dan Aswad dipermudah dan berjalan lancar. Syukur syukur. Majlis kami sederhana sahaja. Tak ada kompang, tak ada renjis renjis, tak ada baju berdondon dondon sangat, tak ada malam berinai, tak ada persembahan silat gayung cekak, tak ada DJ putar pusing lagu. Biasa dan Sederhana. Just the way my husband and I want.

Alhamdulillah, ramai kawan kawan yang datang. Yang jauh dekat semua sudi datang bawak hadiah kotak kotak. I am soo speechless! We got lots of present! Didn't expect to get that much. Jangan risau kawan-kawan, since we are moving on to our new house at Bangi, all the present are very useful to us. Tak payah beli blender, heater, iron, sudu, talam, pinggan. Ouh, you name it! Now I know why those items are so familiar for wedding present. Tq tq tq!!!

But first, kepada yang terlepas pandang dijemput oleh kami, maaf dimohon. My mom assign herself untuk kerja kerja menjemput dikampung. Disebabkan aku dah berpindah ke Bangi sebelum majlis, tak sempat la nak ke rumah sorang2 menjemput. Tapi zaman sekarang dah guna event fb untuk invite kawan2 jauh dekat ke majlis. Sharing some tips, korang kahwin nanti jangan tempah kad kahwin bebanyak. Sekarang jemput by fb, wassap, wechat, etc pon dah dikira official. Tak ada pos pos kecuali kawan2 insists suruh pos. Boleh jimat kecing kecing! (bunyi duit :P )

Sharing just a few photos. Tiba-tiba keseganan melanda diri untuk share gambar bebanyak semenjak bersuami ni. Ahakkss.. mengada menyampah tau!







With husband's bestie a.k.a our wedding photographer, Fahmi

My beloved love love family. Baju dondon hasil carian dlm wardrobe memasing.

Sukanya bila dia ceria. 

My new family members! Husband's siblings not included Abu. Where are you Abu??

Husband's friends all the way long from Dungun and Shah Alam

Macam banyak je plak share gambar. Hahaha.. ^o^'
Pelamin iols pon kecik cinonet je, Baru ber'orang-orang datang bergambar, dah tak muat frame. Nampak segala bagai hiasan kerusi garaj bersama langsir jalur biru warisan turun temurun ibunda. Hihihi.. Walauapapun, Alhamdulillah feel the bless. Syukur lagi.


Sabtu, 30 Mei 2015, Kg Gertak Kechupu, Kubang Kerian.
2 month and 10 days later, barulah Majlis Kesyukuran diadakan di sebelah my husband. Kenapa 2 bulan kemudian? Because we planned to get married on 22/05/2015, selang seminggu sahaja antara majlis kedua belah pihak. Tapi disebabkan my husband nak elak dari tarikh pergi kursus selama 2 bulan, so kitorang kawen awal 2 bulan. Amekau! padan muka kawen awal. Hahaha..

Alhamdulillah, majlis kesyukuran di Kelantan went well. Again, majlis ini simple and nice. And guess what, I just wore back my own nikah dress. Cuma tukar kaler shawl, veil, heals dan bunga tangan. Semua accessories hak milik cap mohor sendiri. Hushben pon pakai baju melayu beli di Nilai dan sampin nikah dulu. Jadilah tema merah darah ikan+putih susu cap teko. Hehehe..

Sharing just a few photos. Ok janji. Few je.. huhuhu...

Haipp!! Mok pandang mende horr.. My ironman n ironlady.

Lihatlah bunga tangan gubahan sendiri. I pergi rembat bunga hiasan hantaran dulu. Asal boleh. Kahkahkah...

Nampak tak si suami makan pakai tangan, si isteri pakai sudu. Accept the difference. Hew hew..  

My everything! 

Saudara sepupu ipar iparan adek beradek yang jauh menghantor kite ke kelate. Mecih semua.. 

There you go! My new beloved family. Husband siblings! Kali ni complete. Tu pon kau Abu. Ishh ishh..
Daroja, Isteri, Suami, Zubaidah
Kasturi dan Abu

Saudara sepupu ipar iparan adek beradek pihak suami pula

Alhamdulillah.. Semuanya selesai. Syukur kami sekarang sah menjadi suami isteri. Doakan hubungan kami hingga ke syurga. Doakan rumah tangga kami diberkati dan sentiasa dalam rahmatNya. InsyaAllah..

Ya Allah,
terima kasih dan syukur atas kesempatan membina masjid ini.
terima kasih dan syukur dipermudahkan urusan mengikat hati kami
terima kasih dan syukur dikurniakan keluarga yang amat menyayangi
terima kasih dan syukur atas segala nikmat yang kami nikmati

Untuk Suami,
terima kasih atas sayang dan cinta ini.

Terima Kasih. Syukur.








Tuesday, February 10, 2015

Fasa

Assalamualaikum..

Hello hello! :D

I'm in the stage of changing my new phase of life. And cause of that, people can see how clumsy, tired, over thinking even messy I am now. I'm busy planning and scheduling a lot of things here and there. I will have new life status, new workplace, new house, new surrounding. Hows that sounds to you?



Challenging. That is the sound for me :)
I always think that I am a type of boleh kawal my stress. Give me tons of work to be done. I might babble/nag on that, but at the end, I always manage to finish it up on time. Mari puji diri sendiri.

Until...

Yes, until I almost get fainted on my way to office last Tuesday. Now that makes me realize I am not an Iron Lady. Hahaha.. I need a rest. I need to take a break. A one whole MC day would be enough. I need to sit down and relax and sleep. Mengadanya diri ini, petang hari masa MC tu boleh lagi terfikir nak drive all the way long to Cowboy to check on some goodies. Tidak sedar diri lagi yang diri ini hampir tumbang masa berjalan.

I can feel the worries from my fiance and my mak. Both of them were checking on me every single minutes and hour during my MC. Maklumlah, dah bertahun kerja tak pernah pernah MC. This is the first. Bukan sebab tak pernah sakit. Tapi tak suka pergi klinik dan makan ubat. Hehe.. What make them worried more was what the Doc wrote on the MC slip. She said I suffered from Tension Headache. 'Suffer' lah sangat. Kejam perkataan tu. Bunyinya macam aku ada masalah besar yang tak dapat diselesaikan. -_-

As I slowly sit and think what am I doing right now, I cant accept my condition is in stress/tension. Because I AM NOT! I just tired. Itu sahaja. I am happy on my new coming life. Cant even wait for that. Hahaha..

On top of that, I am very truly grateful with my life. Despite being that 'busy', I am so seriously happy. My life now are full of happiness and love is on my air. Hahaha.. Alhamdulillah ya Allah. What can I ask more? But there are lots lots to thank for.. :')


Till then, muahxx..




Tuesday, December 30, 2014

Review + Kursus Kahwin

Assalamualaikum..

Salam pengakhiran 2014 :)

Post kali ni panjang lah sikit. Kasi can iols review okeh.. :P

Tak pernah pernah buat review tahunan. Bajet kononnya tahun ni banyak lakaran warna warni hidup gayanya. Itu pasal nak review lah cikit. Ihikk..

Alhamdulillah.. perubahan terbesar tahun 2014 adalah bertukar status menjadi tunangan orang. Daannn perubahan status ini membuatkan kerajinan menulis blog. Kaitannya agak tidak berkait disitu. Hahaha..

Permulaan tahun 2014 dulu pon, tak adalah pasang niat yang kebaboom sangat nak itu ini. Cukup sekadar diberi kebaikan kesihatan, keberkatan pekerjaan dan kegembiraan keluarga. Bila cek semua, Alhamdulillah sihat, InsyaAllah rezeki berkat, Alhamdulillah keluarga bergumbira. Semuanya atas kurniaan Allah S.W.T. Tak tergambar syukurnya.. :')

Tapi bila flashback throwbak dan backhand semula, tahun 2014 ni boleh tahan la Nik Nur Aisyah ni berjalan sakan. Antaranya ke Terengganu, Jakarta, Bandung, Cameron Highland dan Ipoh.



Tangkuban Perahu, Bandung

Jakarta

Ladang Teh Sg Palas, Cameron Highland

Lost World of Tambun, Ipoh

Ini yang betul betul atas niat nawaitu saumaghadin untuk berjalan bershopping bercuti berhari hari. Bila bekerja ni, aku jadi mengada-ngada sikit. Once in 2 or 3 months, dia mai tebiat nak berjalan dan bercuti untuk hilang stress kerja. Walaupon annual leave dah habis, rela amik cuti tanpa gaji. Ini gigih namanya.

 Alhamdulillah lagi sebab diberi kemampuan berjalan sana sini. Adakah mungkin kerana tahun terakhir sebagai hidup bujang? Please no! Haha... Sebab bila dah kahwin laaaaagi nak berjalan sakan (take note insan terlibat) Hehehe..

Tahun 2014 pon da upgrade daripada menjadi mak sedara kepada 2 princess, kepada menjadi mak sedara for another 2 princes. What a blessing! Dah ada 4 anak sedara, 2 boboi 2 gegirl hoi hoi! Terasa sudah tua mok ecah ini..

Aina Arissa & Sharhabeel

Harsya Amni & Iman Muiz

Last but not least, kehadiran En Tunang... :)
Tak tergambar happynye diri ini. Giteww.. :P The happiest part is he accept me the way I am. The blurred one, the x reti masak, the kuat membebel, the x pandai mekap bergaya, and soo onn onnn. Mecih ya :')

So, aktiviti terakhir yang dilakukan sebagai pengakhiran tahun 2014 ialah dengan menghadiri kursus kahwin. Finally I did it! Haha.. Dahulu kala di zaman belajar, semua orang ajak pi buat kursus kawen. Dan aku dengan lagaknya menolak sebab nak p ngan pasangan.

Tapi, to be honest, memang patut la kau orang pergi dengan pasangan. Sebabnya bila penceramah kasi ilmu/nasihat tentang kawen kawen, itu ini, time tu jugak kau pon boleh wassap mesej kau punya pasangan (walopon penggunaan phone are not allowed). Contoh;

"..Haa..yang rokok tu take note yaa.." (xbleh bla nak kasi cth jgk)

Lepas habis kursus plak, boleh diskusi apa yang dibincangkan. Nafkah, tanggungjawab etc. Kira boleh la imagine sikit sikit hidup kau orang waktu dah kawen tu nanti. Kalau gaduh gaduh manja bila dah kahwin, boleh bring up or recall si suami or isteri apa yang diajar time kursus kahwin. Kan comel tu. Tak gitu? Ihikk..

Lepas tu lagi, boleh compare markah ujian sape paling tinggi. Wuahahaa..

Nak jugak letak kannn.. :P

Sedikit info, kursus Kahwin di Kuantan
(sebab sebelum ni aku pon terkapai tak tahu info cam mana nak buat. So, kasitau la sikit kan. barulah berinfo blog nih. Ngehngeh..)

- Tempat (yang biasa Pej Agama buat): Masjid Negeri Pahang Sultan Ahmad 1.
- Tempoh: 2 hari (biasa weekend, Sabtu Ahad)
- Bayaran RM80/seorang.
- Termasuk makan minum pagi & tengah hari.
- Cara daftar; ambil borang di UTC dan hantar ke Pej. Agama Islam Kuantan untuk daftar @ pergi ke Pejabat Agama terus untuk ambil borang, isi dan boleh daftar terus.
- Jadual kursus kahwin di Kuantan, kalau ikut yang aku tanya haritu. Katanya kena seminggu sebelum hari yg kita prefer nak buat. Contoh, kalau kau nak buat weekend minggu depan, minggu ni boleh la pergi daftar. Tapi tak tahu la kot dah lain sekarang kann..

**Maaf kalau info tak berapa tepat. Ini berdasarkan pengalaman sendiri. 

Jadinya, itu sahajalah. Alhamdulillah, syukur for all the blessing in 2014.
Assalamualaikum and Hello 2015! Please be nice to me!  ;)








Friday, October 10, 2014

Engagement

Assalamualaikum..

AMARAN: Entry ini mengandungi unsur syok sendiri dan sejumlah ke'excitedtan yang banyak.

Tajuk entry pon dah straight to the point :)

06/10/2014, tarikh pertunangan antara,
Nik Nur Aisyah Bt Nik Muhammad Japlus & Muhammad Aswad Bin Said
Yaaayyyy!!

Alhamdulillah ya Allah..

Everything went well. Syukur segalanya dipermudahkan. Majlis tunang ni kami buat kecilan sahaja. Dari pihak aku, tak ada inform pada kawan2 sgt. Hanya pada yg tertentu shj. Rasa sebersalah bila ramai kawan2 wassap, call bertanya cerita. Lebih terharu bila semuanya mendoakan hubungan ini. Sooo sweet of you guys! *kesat air mata*


'The true love and happiness is when you pray for your friend/person you love as much as you pray for yourself'


Soalan kerap ditanya member2, En Tunang org mana? Macam mana kenal? Bila majlis? rasa nak rekod jawapan dan kasi replay tuk semua yang bertanya. Hahaha.. Sape2 yg kenal Nik Nur Aisyah, makanya tahulah diri aku macam mana. Tiba2 tunang? Perhh perhh! Bercinta pon tak pernah. kahkahkah.. 

Alhamdulillah, he is the first and last love for me. Ececewahh! Gitewww! *muntah*. Hahaha..

Meh la kasi femes skit En Tunang ni ha.. En Tunang kita bese2 je. Hensem la seposen dimata gua an an. Hahahaha.. Ore kelate. Kelik klate jah kito lps ni. Huhu.. Kami start kenal masa sama2 kerja di Permula Chemicals, tempat yg aku masih bekerja sampai sekarang. Tapi si dia dah resign dan kerja tempat lain.

lihatlah jejaka yg sorg2 tu. itulah dia waktu second last day kerja di Permula. Masa ni tak ada pape feeling lg. Aku laaa.. dy lama da ada. simpan. hehehe..

Nak dijadi cerita lepas dia resign, ktorg planning bcuti di Cameron ramai2. Time tu la En Tunang saya ni meluah isi hati. Sweet sgt kan. Kat Cameron lagi *flip hair*. Haha.. Masa tu bulan 5. So hitung2, kami amik masa 5-6 bulan untuk kenal lebih rapat dan bertunang.

kami di Big Red Strawberry Farm. Sehari selepas confession day. Hahaha..
Lepas tuu.. hari bganti hari, berbulan2, kami decide nak ikat. Sebab tak nak lama2 tanpa ikatan. Banyak dugaan nanti. Hehe.. So, we had our Blissful Engagement Day on 6/10/14. Semuanya buat sendiri. Daripada hantaran, pelamin, masak2. Tak ada tempah bagai. Berganda jimat mak jemah oi! Janji puas hati, simple dan bersederhana. Hehehe..

Alhamdulillah.. Share some pictures on our E-Day.. :)

The Preparation





Hantaran & Bunga tangan (Made by Me :))








Pelamin




The moment









Aswad & Aisyah :)

Disebabkan abah da terbaring akibat kondisi yg xbrp sihat, here we go gmbr ngan mak je.


Bersama adek2 Aswad :)

my gegurls

Adek Sepupu yg mekapkan titeww jd tantekk *perasan*


Baju beli siap je. By: Zawara
Gaya model lah sgt


Terima Kasih pada mak, abah banyak susah2 fikir itu ini untuk majlis tunang ni. Tq sangat2 pada adik beradik menyumbang kudrat menolong sana sini. Kawan2 yg banyak sumbang idea2. My adek sepupu yg mekapkan kakak sepupu dy yg byk kerenah smpai berkali2 lap balik mekap ni haa..

Dannnnn..

Terima Kasih tak terhingga pada En Tunang saya a.k.a Mr A. a.k.a En Aswad yg sudi terima Nik Nur Aisyah ni. Banyak kurang cela nak kena baiki lagi. Harap2 hubungan ni diredhai, direstui olehNya. Sama2 berdoa diberi kesempatan untuk move to the big step dan bersama sehingga akhir hayat. InsyaAllah..


A & A
Luv ya! 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...