Tuesday, December 30, 2014

Review + Kursus Kahwin

Assalamualaikum..

Salam pengakhiran 2014 :)

Post kali ni panjang lah sikit. Kasi can iols review okeh.. :P

Tak pernah pernah buat review tahunan. Bajet kononnya tahun ni banyak lakaran warna warni hidup gayanya. Itu pasal nak review lah cikit. Ihikk..

Alhamdulillah.. perubahan terbesar tahun 2014 adalah bertukar status menjadi tunangan orang. Daannn perubahan status ini membuatkan kerajinan menulis blog. Kaitannya agak tidak berkait disitu. Hahaha..

Permulaan tahun 2014 dulu pon, tak adalah pasang niat yang kebaboom sangat nak itu ini. Cukup sekadar diberi kebaikan kesihatan, keberkatan pekerjaan dan kegembiraan keluarga. Bila cek semua, Alhamdulillah sihat, InsyaAllah rezeki berkat, Alhamdulillah keluarga bergumbira. Semuanya atas kurniaan Allah S.W.T. Tak tergambar syukurnya.. :')

Tapi bila flashback throwbak dan backhand semula, tahun 2014 ni boleh tahan la Nik Nur Aisyah ni berjalan sakan. Antaranya ke Terengganu, Jakarta, Bandung, Cameron Highland dan Ipoh.



Tangkuban Perahu, Bandung

Jakarta

Ladang Teh Sg Palas, Cameron Highland

Lost World of Tambun, Ipoh

Ini yang betul betul atas niat nawaitu saumaghadin untuk berjalan bershopping bercuti berhari hari. Bila bekerja ni, aku jadi mengada-ngada sikit. Once in 2 or 3 months, dia mai tebiat nak berjalan dan bercuti untuk hilang stress kerja. Walaupon annual leave dah habis, rela amik cuti tanpa gaji. Ini gigih namanya.

 Alhamdulillah lagi sebab diberi kemampuan berjalan sana sini. Adakah mungkin kerana tahun terakhir sebagai hidup bujang? Please no! Haha... Sebab bila dah kahwin laaaaagi nak berjalan sakan (take note insan terlibat) Hehehe..

Tahun 2014 pon da upgrade daripada menjadi mak sedara kepada 2 princess, kepada menjadi mak sedara for another 2 princes. What a blessing! Dah ada 4 anak sedara, 2 boboi 2 gegirl hoi hoi! Terasa sudah tua mok ecah ini..

Aina Arissa & Sharhabeel

Harsya Amni & Iman Muiz

Last but not least, kehadiran En Tunang... :)
Tak tergambar happynye diri ini. Giteww.. :P The happiest part is he accept me the way I am. The blurred one, the x reti masak, the kuat membebel, the x pandai mekap bergaya, and soo onn onnn. Mecih ya :')

So, aktiviti terakhir yang dilakukan sebagai pengakhiran tahun 2014 ialah dengan menghadiri kursus kahwin. Finally I did it! Haha.. Dahulu kala di zaman belajar, semua orang ajak pi buat kursus kawen. Dan aku dengan lagaknya menolak sebab nak p ngan pasangan.

Tapi, to be honest, memang patut la kau orang pergi dengan pasangan. Sebabnya bila penceramah kasi ilmu/nasihat tentang kawen kawen, itu ini, time tu jugak kau pon boleh wassap mesej kau punya pasangan (walopon penggunaan phone are not allowed). Contoh;

"..Haa..yang rokok tu take note yaa.." (xbleh bla nak kasi cth jgk)

Lepas habis kursus plak, boleh diskusi apa yang dibincangkan. Nafkah, tanggungjawab etc. Kira boleh la imagine sikit sikit hidup kau orang waktu dah kawen tu nanti. Kalau gaduh gaduh manja bila dah kahwin, boleh bring up or recall si suami or isteri apa yang diajar time kursus kahwin. Kan comel tu. Tak gitu? Ihikk..

Lepas tu lagi, boleh compare markah ujian sape paling tinggi. Wuahahaa..

Nak jugak letak kannn.. :P

Sedikit info, kursus Kahwin di Kuantan
(sebab sebelum ni aku pon terkapai tak tahu info cam mana nak buat. So, kasitau la sikit kan. barulah berinfo blog nih. Ngehngeh..)

- Tempat (yang biasa Pej Agama buat): Masjid Negeri Pahang Sultan Ahmad 1.
- Tempoh: 2 hari (biasa weekend, Sabtu Ahad)
- Bayaran RM80/seorang.
- Termasuk makan minum pagi & tengah hari.
- Cara daftar; ambil borang di UTC dan hantar ke Pej. Agama Islam Kuantan untuk daftar @ pergi ke Pejabat Agama terus untuk ambil borang, isi dan boleh daftar terus.
- Jadual kursus kahwin di Kuantan, kalau ikut yang aku tanya haritu. Katanya kena seminggu sebelum hari yg kita prefer nak buat. Contoh, kalau kau nak buat weekend minggu depan, minggu ni boleh la pergi daftar. Tapi tak tahu la kot dah lain sekarang kann..

**Maaf kalau info tak berapa tepat. Ini berdasarkan pengalaman sendiri. 

Jadinya, itu sahajalah. Alhamdulillah, syukur for all the blessing in 2014.
Assalamualaikum and Hello 2015! Please be nice to me!  ;)








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...