Friday, October 10, 2014

Engagement

Assalamualaikum..

AMARAN: Entry ini mengandungi unsur syok sendiri dan sejumlah ke'excitedtan yang banyak.

Tajuk entry pon dah straight to the point :)

06/10/2014, tarikh pertunangan antara,
Nik Nur Aisyah Bt Nik Muhammad Japlus & Muhammad Aswad Bin Said
Yaaayyyy!!

Alhamdulillah ya Allah..

Everything went well. Syukur segalanya dipermudahkan. Majlis tunang ni kami buat kecilan sahaja. Dari pihak aku, tak ada inform pada kawan2 sgt. Hanya pada yg tertentu shj. Rasa sebersalah bila ramai kawan2 wassap, call bertanya cerita. Lebih terharu bila semuanya mendoakan hubungan ini. Sooo sweet of you guys! *kesat air mata*


'The true love and happiness is when you pray for your friend/person you love as much as you pray for yourself'


Soalan kerap ditanya member2, En Tunang org mana? Macam mana kenal? Bila majlis? rasa nak rekod jawapan dan kasi replay tuk semua yang bertanya. Hahaha.. Sape2 yg kenal Nik Nur Aisyah, makanya tahulah diri aku macam mana. Tiba2 tunang? Perhh perhh! Bercinta pon tak pernah. kahkahkah.. 

Alhamdulillah, he is the first and last love for me. Ececewahh! Gitewww! *muntah*. Hahaha..

Meh la kasi femes skit En Tunang ni ha.. En Tunang kita bese2 je. Hensem la seposen dimata gua an an. Hahahaha.. Ore kelate. Kelik klate jah kito lps ni. Huhu.. Kami start kenal masa sama2 kerja di Permula Chemicals, tempat yg aku masih bekerja sampai sekarang. Tapi si dia dah resign dan kerja tempat lain.

lihatlah jejaka yg sorg2 tu. itulah dia waktu second last day kerja di Permula. Masa ni tak ada pape feeling lg. Aku laaa.. dy lama da ada. simpan. hehehe..

Nak dijadi cerita lepas dia resign, ktorg planning bcuti di Cameron ramai2. Time tu la En Tunang saya ni meluah isi hati. Sweet sgt kan. Kat Cameron lagi *flip hair*. Haha.. Masa tu bulan 5. So hitung2, kami amik masa 5-6 bulan untuk kenal lebih rapat dan bertunang.

kami di Big Red Strawberry Farm. Sehari selepas confession day. Hahaha..
Lepas tuu.. hari bganti hari, berbulan2, kami decide nak ikat. Sebab tak nak lama2 tanpa ikatan. Banyak dugaan nanti. Hehe.. So, we had our Blissful Engagement Day on 6/10/14. Semuanya buat sendiri. Daripada hantaran, pelamin, masak2. Tak ada tempah bagai. Berganda jimat mak jemah oi! Janji puas hati, simple dan bersederhana. Hehehe..

Alhamdulillah.. Share some pictures on our E-Day.. :)

The Preparation





Hantaran & Bunga tangan (Made by Me :))








Pelamin




The moment









Aswad & Aisyah :)

Disebabkan abah da terbaring akibat kondisi yg xbrp sihat, here we go gmbr ngan mak je.


Bersama adek2 Aswad :)

my gegurls

Adek Sepupu yg mekapkan titeww jd tantekk *perasan*


Baju beli siap je. By: Zawara
Gaya model lah sgt


Terima Kasih pada mak, abah banyak susah2 fikir itu ini untuk majlis tunang ni. Tq sangat2 pada adik beradik menyumbang kudrat menolong sana sini. Kawan2 yg banyak sumbang idea2. My adek sepupu yg mekapkan kakak sepupu dy yg byk kerenah smpai berkali2 lap balik mekap ni haa..

Dannnnn..

Terima Kasih tak terhingga pada En Tunang saya a.k.a Mr A. a.k.a En Aswad yg sudi terima Nik Nur Aisyah ni. Banyak kurang cela nak kena baiki lagi. Harap2 hubungan ni diredhai, direstui olehNya. Sama2 berdoa diberi kesempatan untuk move to the big step dan bersama sehingga akhir hayat. InsyaAllah..


A & A
Luv ya! 






4 comments:

[googlyizzah]* said...

Haaaa nikkkkkkk! Nampak lain sangat.. Tahniah! Moga berkekalan hingga ke syurga, aminnn.. Bila langsung kahwin? Hehehe :)

Much love, izzah

Nik Nur Aisyah said...

Izzah!!!

Aminnnn ya Allah.. Terima Kasih doakan.. :)

InsyaAllah, kalau ada rezeki ptghan tahun dpan.

Datang eh? hehehe..

Along Long said...

Haaa..nik comelnyerr awak...tahniah2..hehe.. love ya Nik Nur Aisyah...sweet story..huhu...😍😍...

Nik Nur Aisyah said...

Hahaha.. terima kaseh long..
susah2 je puji..

<3 u :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...