Thursday, October 3, 2013

ingat

Assalamualaikum...

Hai! Selamat berjumpa di waktu rajin :)

Bila dah lama tak update, dah lupa macam mana nak mulakan ayat mengarang. Berminit berhenti menyusun kata. Ok, sekarang ayat pembuka dah ada, mari mula bercerita.

Tadi petang waktu drive balik dari tempat kerja, terserempat dengan kereta kancil bertampal L. Dalam hati duk mengomel tertanya kenapa waktu rush hour balik kerja ada pulak yang duk belajar kereta.

Akal berlagak duk berkata, mesti dia cuak drive waktu sibuk cenggini. Iyelah baru nak pandai. Tiba-tiba, pemanduan dia agak laju cilok memotong kereta yang lain. Dahsyat!

Lama menghilang, muncul depan kereta kecik aku. Teringin nak tahu siapa yang memandu. Teliti punya teliti; 'Eh, Pak Cik Zaki!!!'

Rupanya kereta kancil bertampal L itulah first kereta yang aku pandu 3 tahun lepas. Pemandu yang laju mencilok itulah Cikgu Zaki yang saaaangat baik mengajar aku.

Mesti Cikgu Zaki dah tak ingat aku yang selalu mati enjin, takut bawak kereta gear 1, payah nak reti masuk parking dan tak pernah fail bukit. Muehehehe.. :P


kenangan

Tapi yg pasti, aku ingat. Sama la dgn kawan-kawan semua. Tak mesej call bagai tak bermaksud kita lupa. Aku pon bukan jenis yang nak touching kalau member2 tak contact. so, harap la jugak tak ada kawan yang touching dengan aku.

Kawan dari sekolah, matrik dan uni, selagi kita pernah bertegur sapa, gelak tak ingat dunia, tak adanye aku nak lupa. InsyaAllah, doa aku kirim selalu supaya semua kat sana or mana-mana sihat happy hendaknya. :)






p/s: motif update sebenarnya adalah 2 perenggan terakhir
Itewww cayangggg kawannn itewww ketatttt ketattttt.. :P




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...