Thursday, May 9, 2013

satu bulan

Assalamualaikum...

Satu hari, satu minggu, satu bulan. Hitung hitung, hanya selama itu sahaja aku berkhidmat sebagai Engineering Clerk di Swiss Garden Resort & Spa Kuantan.

Sekejap kan?

Rezeki aku kat situ tak lama agaknya. But, to be honest, sebenarnya aku dah mula get used to surrounding, work & workers kat situ. Kerja kat situ tak stress. Yelah, job scope kerani pon tak mencabar sangat. Tulis surat, buat report, call sana sini.

Lagipon lagipon, all the engineering families a.k.a my brothers are sporting & very supportive. Haruslah brothers sahaja disebut kerana memang aku seorang je perempuan di engineering department tersebut. Sangat sporting sebab mereka tak kisah how the way i work. Sangat supportive sebab setiap hari akan ada yang tanya macam mana kerja hari tersebut. itu comel!

Seronok kerja bila tak stress. Tambah plak makan free & sedap! hehe.. Tapi, macam orang keliling duk bercakap, sampai bila nak jadi kerani kan. Cuma, aku tak sangka sesingkat tu pengalaman jadi kerani. Jangan kerja baru lepas ni stress sudah.

Kerja baru?

Alhamdulillah.. Aku dapat tawaran kerja yang lebih baik & mungkin lebih sesuai dengan kelayakan yang aku ada. Untuk second kerja ni, serius takut dan nervous. Kali ni, position yang aku dapat tu agak mencabar. Takut jugak tak boleh nak sesuaikan diri.  Yelah, sebelum ni kerja tak susah, boleh play around masa bekerja.

Position apa, kat mana, syarikat apa. Itu kita cerita kemudian ok. Untuk kerja baru ni, moga dipermudahkan. InsyaAllah... Aminnn..





Okay, dah rindu semua orang.. :(
Ramai tak ada masa aku last day. Sedih... :(





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...