Wednesday, April 17, 2013

minggu satu


Assalamualaikum...

Amacam kerja hari ni? Soklan yang selalu ditanya bila balik dari tempat kerja selama minggu satu ini. Gaya prihatin semua orang bila bertanya. Untuk yang tak tahu dan tak nak ambil tahu pon sebenarnya, ni nak kasi tahu yang aku dah kerja.

Kerja apa? Kat mana?

CLERK ENGINEERING. SWISS GARDEN RESORT & SPA

Haaa?? Kerja di hotel? Nampak lari benor dari apa yang aku belajar iaitu TEKNOLOGI KIMIA tu kan?

Mula-mula aku admit yang kalau boleh aku nak cari kerja yang betul betul sealiran dengan kos yang aku ambil. Tapi tapi, setelah di’reject’, tidak dilayan dan ditendang oleh syarikat yang di’interview mengatakan aku tidak ada pengalaman kerja yang sesuai. Di sinilah aku bekerja akhirnya.
Seminggu di sana, in deep aku nampak perkaitan apa yang aku belajar dengan kerja yang dibuat.. Ahh.. jom la nak citer sehari hari selama minggu satu aku di tempat kerja..

Hari Satu


Ahahhh!! Itu dia benda pertama aku dapat bila masuk kerja. Rasa excited plak. Lepas tu, aku dibawa ke ENGINEERING DEPARTMENT. Okey, tak terkejut sangat bila HANYA AKU sahaja pekerja perempuan di department tu. As expected...

Hari Dua

Nak kata bertuah, tak jugak. Rezeki la kot sebab second day aku kerja adalah hari Annual Dinner Swiss Garden. MAKAN FREE & SEDAP. Itu penting! Dann dann, dah ditugaskan untuk jaga PA system dengan abg2 engineering yang lain.






Tema; RETRO. Itu aku yang berbaju kurung putih mak punya waktu slim dulu. Retro la sangat! Teheee.. Yang tepi tu Abg Rosdi. Dia kan kan kan... EMPLOYEE OF THE YEAR! Dah lebih 5 tahun kerja sana. Dia dapat hadiah ipad Mini Apple AJERRR!! 


engineering family



Hari Tiga



Best part kerja kat sini ialah sebab semua pekerja akan dapat hadiah untuk annual dinner tu. Bezanya besar kecil, mahal murah atas cabutan yang kita sendiri buat. Ada dapat periuk nasi, laptop, basikal, tv dan lain. Dan untuk aku yang baru tiga hari kerja, aku dapat hadiah ini. Hahaha.. COMEL!

Hari Empat

Baru 4 hari kerja, bos dah rojer suruh datang waktu malam. Entah kenapa tiba-tiba General Manager nak data-data bahagian Engineering untuk 5 tahun kebelakang. Mana lah aku tau duk simpan ceruk mana! Gigih la pergi office cari data dalam stor. Nasib baik jumpa. Okeh, kena claim OT!

Hari Lima



Memandangkan aku masuk kerja awal bulan 4. Aku lah yang terpaksa sediakan Monthly Report bulan March untuk bos punya meeting dengan all the CEO, GM dan orang orang jawatan tinggi uh. 
Terkebil kebil mata menghadap computer cari data, buat graf, kira kira dan karang ayat bagai. Siap akhirnya!

Hari Enam

Half day bekerja. Hari yang paling banyak tersalah print dan fotostat dalam sejarah hidup. Berhelai helai kertas membazir. Ahahaha.. Kelakar pon ada.


p/s: kondisi gambar x brp ok. 
Cilok dr kamera org, gitu la gayanya.. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...