Thursday, October 3, 2013

ingat

Assalamualaikum...

Hai! Selamat berjumpa di waktu rajin :)

Bila dah lama tak update, dah lupa macam mana nak mulakan ayat mengarang. Berminit berhenti menyusun kata. Ok, sekarang ayat pembuka dah ada, mari mula bercerita.

Tadi petang waktu drive balik dari tempat kerja, terserempat dengan kereta kancil bertampal L. Dalam hati duk mengomel tertanya kenapa waktu rush hour balik kerja ada pulak yang duk belajar kereta.

Akal berlagak duk berkata, mesti dia cuak drive waktu sibuk cenggini. Iyelah baru nak pandai. Tiba-tiba, pemanduan dia agak laju cilok memotong kereta yang lain. Dahsyat!

Lama menghilang, muncul depan kereta kecik aku. Teringin nak tahu siapa yang memandu. Teliti punya teliti; 'Eh, Pak Cik Zaki!!!'

Rupanya kereta kancil bertampal L itulah first kereta yang aku pandu 3 tahun lepas. Pemandu yang laju mencilok itulah Cikgu Zaki yang saaaangat baik mengajar aku.

Mesti Cikgu Zaki dah tak ingat aku yang selalu mati enjin, takut bawak kereta gear 1, payah nak reti masuk parking dan tak pernah fail bukit. Muehehehe.. :P


kenangan

Tapi yg pasti, aku ingat. Sama la dgn kawan-kawan semua. Tak mesej call bagai tak bermaksud kita lupa. Aku pon bukan jenis yang nak touching kalau member2 tak contact. so, harap la jugak tak ada kawan yang touching dengan aku.

Kawan dari sekolah, matrik dan uni, selagi kita pernah bertegur sapa, gelak tak ingat dunia, tak adanye aku nak lupa. InsyaAllah, doa aku kirim selalu supaya semua kat sana or mana-mana sihat happy hendaknya. :)






p/s: motif update sebenarnya adalah 2 perenggan terakhir
Itewww cayangggg kawannn itewww ketatttt ketattttt.. :P




Thursday, July 18, 2013

when he

Assalamualaikum..

Salam puasa! Puasa ni, semoga diberi keberkatan. InsyaAllah.. :)

Tajuk entry kat atas is the first thing came out on my mind this morning. Since, sejak memenjak ni, banyak betul kata yang keluar berbaur kecomelan. ihik3..

Daripada siapa? Jeng jeng jeng.. haha.. :P

Semalam, duk depan cermin. Tengok kesan luka kes pakai kerongsang yang MEMANG DAH BIASA PAKAI, tapi baru perasan terluka kat leher. Adik lelaki nampak, tanya. Kenapa kak? Terangkan. Dia membebel...

"..Itula.. sape suruh pakai kerongsang camtu. Pakai tudung jangan la ketat sangat.."
When he talk

Malam hari, abang guna kereta aku. Pergi mana ntah. Esoknya, nak ke tempat kerja. Tengok dalam kereta siap dah ada perfume (bukan sebab kereta berbau ya. Sebab perfume aku jatuh celah kereta), selipar dan buku-buku bersepah- tersusun rapi. Pelik.

"Aku: Acik, mu amik perfume kereta mu isi dalam kereta akak? Susun buku sekali?.."
"Acik: Hooo.."
When he concern

Bulan puasa pulak, hari hari fikir nak masak apa. Apa yang terlintas, itula yang dimasak. Satu hari, masak sambal kentang ikan bilis, kerabu mangga, kailan ikan masin dan udang masak merah.

"Mak: akak, acik tambah nasi.. Amin pon tambah kerabu tu.."
"Aku: Wuuuuuu~~ ok, faham.."
When he show

Hari weekend, abang aku akan tenung kereta. Bukak kereta. Belek sana sini. Mekanik la katakan. Aku biarkan aja. Esoknya, stereng kereta rasa meleket, dinding kereta ada kesan minyak. Apahal?

"..Ecah, aku da isikan minyak, pamkan tayar pancit. Kereta kalau lampu H menyala tengah drive. Berhenti tepi jalan. Call aku.."
When he care

Pagi tadi, aku tengah siap cermin kiri, abang aku cermin kanan. Dua dua lagak bekerjaya lah sangat! Abang keluar panas enjin kereta dia, aku kereta aku. Dia bukakan pintu pagar, aku tutup. Rutin. Tengah siap, tiba tiba...

"Acik: Cah, semalam aku ada jumpa sorang awek. Comel giler. Takot plak aku tengok.."
"Aku: Ahah!!! Siapa nama? ada fb x? org mana? camne bley kenal?.." (Aku yang over)
"Acik: Member kenalkan. Wani. Semalam dia call. Org kelantan.."
"Aku: Ok, acik. ON!!!.."
When he express


Itu adik dan abang aku. Diorang susah cakap. Tapi senang tunjuk. Lelaki memang macam tu ke? Ok, tiba tiba..





Thursday, May 9, 2013

satu bulan

Assalamualaikum...

Satu hari, satu minggu, satu bulan. Hitung hitung, hanya selama itu sahaja aku berkhidmat sebagai Engineering Clerk di Swiss Garden Resort & Spa Kuantan.

Sekejap kan?

Rezeki aku kat situ tak lama agaknya. But, to be honest, sebenarnya aku dah mula get used to surrounding, work & workers kat situ. Kerja kat situ tak stress. Yelah, job scope kerani pon tak mencabar sangat. Tulis surat, buat report, call sana sini.

Lagipon lagipon, all the engineering families a.k.a my brothers are sporting & very supportive. Haruslah brothers sahaja disebut kerana memang aku seorang je perempuan di engineering department tersebut. Sangat sporting sebab mereka tak kisah how the way i work. Sangat supportive sebab setiap hari akan ada yang tanya macam mana kerja hari tersebut. itu comel!

Seronok kerja bila tak stress. Tambah plak makan free & sedap! hehe.. Tapi, macam orang keliling duk bercakap, sampai bila nak jadi kerani kan. Cuma, aku tak sangka sesingkat tu pengalaman jadi kerani. Jangan kerja baru lepas ni stress sudah.

Kerja baru?

Alhamdulillah.. Aku dapat tawaran kerja yang lebih baik & mungkin lebih sesuai dengan kelayakan yang aku ada. Untuk second kerja ni, serius takut dan nervous. Kali ni, position yang aku dapat tu agak mencabar. Takut jugak tak boleh nak sesuaikan diri.  Yelah, sebelum ni kerja tak susah, boleh play around masa bekerja.

Position apa, kat mana, syarikat apa. Itu kita cerita kemudian ok. Untuk kerja baru ni, moga dipermudahkan. InsyaAllah... Aminnn..





Okay, dah rindu semua orang.. :(
Ramai tak ada masa aku last day. Sedih... :(





Wednesday, April 17, 2013

minggu satu


Assalamualaikum...

Amacam kerja hari ni? Soklan yang selalu ditanya bila balik dari tempat kerja selama minggu satu ini. Gaya prihatin semua orang bila bertanya. Untuk yang tak tahu dan tak nak ambil tahu pon sebenarnya, ni nak kasi tahu yang aku dah kerja.

Kerja apa? Kat mana?

CLERK ENGINEERING. SWISS GARDEN RESORT & SPA

Haaa?? Kerja di hotel? Nampak lari benor dari apa yang aku belajar iaitu TEKNOLOGI KIMIA tu kan?

Mula-mula aku admit yang kalau boleh aku nak cari kerja yang betul betul sealiran dengan kos yang aku ambil. Tapi tapi, setelah di’reject’, tidak dilayan dan ditendang oleh syarikat yang di’interview mengatakan aku tidak ada pengalaman kerja yang sesuai. Di sinilah aku bekerja akhirnya.
Seminggu di sana, in deep aku nampak perkaitan apa yang aku belajar dengan kerja yang dibuat.. Ahh.. jom la nak citer sehari hari selama minggu satu aku di tempat kerja..

Hari Satu


Ahahhh!! Itu dia benda pertama aku dapat bila masuk kerja. Rasa excited plak. Lepas tu, aku dibawa ke ENGINEERING DEPARTMENT. Okey, tak terkejut sangat bila HANYA AKU sahaja pekerja perempuan di department tu. As expected...

Hari Dua

Nak kata bertuah, tak jugak. Rezeki la kot sebab second day aku kerja adalah hari Annual Dinner Swiss Garden. MAKAN FREE & SEDAP. Itu penting! Dann dann, dah ditugaskan untuk jaga PA system dengan abg2 engineering yang lain.






Tema; RETRO. Itu aku yang berbaju kurung putih mak punya waktu slim dulu. Retro la sangat! Teheee.. Yang tepi tu Abg Rosdi. Dia kan kan kan... EMPLOYEE OF THE YEAR! Dah lebih 5 tahun kerja sana. Dia dapat hadiah ipad Mini Apple AJERRR!! 


engineering family



Hari Tiga



Best part kerja kat sini ialah sebab semua pekerja akan dapat hadiah untuk annual dinner tu. Bezanya besar kecil, mahal murah atas cabutan yang kita sendiri buat. Ada dapat periuk nasi, laptop, basikal, tv dan lain. Dan untuk aku yang baru tiga hari kerja, aku dapat hadiah ini. Hahaha.. COMEL!

Hari Empat

Baru 4 hari kerja, bos dah rojer suruh datang waktu malam. Entah kenapa tiba-tiba General Manager nak data-data bahagian Engineering untuk 5 tahun kebelakang. Mana lah aku tau duk simpan ceruk mana! Gigih la pergi office cari data dalam stor. Nasib baik jumpa. Okeh, kena claim OT!

Hari Lima



Memandangkan aku masuk kerja awal bulan 4. Aku lah yang terpaksa sediakan Monthly Report bulan March untuk bos punya meeting dengan all the CEO, GM dan orang orang jawatan tinggi uh. 
Terkebil kebil mata menghadap computer cari data, buat graf, kira kira dan karang ayat bagai. Siap akhirnya!

Hari Enam

Half day bekerja. Hari yang paling banyak tersalah print dan fotostat dalam sejarah hidup. Berhelai helai kertas membazir. Ahahaha.. Kelakar pon ada.


p/s: kondisi gambar x brp ok. 
Cilok dr kamera org, gitu la gayanya.. 


Sunday, March 17, 2013

Her BIG BIG day (Sanding, Tandang)

Assalamualaikum..

Ini adalah yang sepatut patut patutnya dipost sebulan lepas. Maaf ditujukan kepada kakanda angah dan terutama bonda. Ye, maaf.

Mak: bila akak nak masukkan gambar angah kat blog
aku: akak tak edit kasi cun lagi mak
Mak: lamanya la edit. mak nak tengok.
aku: hehe.. malas nak edit.
Mak: cepat la edit. nanti mak nak cuci. mak tak puas tengok gambar dalam laptop.
aku: okey.. jap lagi akak buat

3 Hari kemudian...

Mak: Siap dah edit?
aku: erk, dop lagi. hehe..
Mak: laaa.. bila nak buatnya?
aku: angoh tu ambik laptop. kat dalam tu ada software akak nak edit.
Mak: Doh tu, macam mana?
aku: oh, akak baru install software tu dalam laptop amin. baru akak bley start edit
Mak: ok

Berhari-hari kemudian...

Mak: akak, mananya?
aku: mende?
Mak: gambar angah? mak nak pi cuci.
aku: erk.. jap mak. nak siap da. akak tengah buat.
Mak: haihhh budak ni. dah lebih sebulan da tak siap siap lagi. yang akak amik gambar kawen kawan akak punya gambar dah edit belom? nanti dia nak, bila nak kasi?
aku: hehe.. tak buat lagi jugak.. hehehehe... :P

Kesimpulan...

MAK= Keep reminding
AKU= Keep giving an excuses. Hoi ini anak ye???!!

Konon lama sangat edit, padahal gambar biasa je. haha.. MALAS yang lebih. Macam banyak kerja sangat. Walhal MENGANGGUR! Nah! Amik sebijik kat muka sendiri..

okeh.. ini sikit gambar waktu majlis kat umah aku.. :)

BERSANDING!








BERTANDANG








kami sepupu. orang kata kami nampak sebaya. Walhal i la paling tua. Ah! awek muda gitu. kah kah kah.. :P





Friday, March 8, 2013

terluah


Assalamualaikum..

Sepupu: Hey u..ble nk kua?
Aku: oo.. u x bz ke? Up to u la..
Sepupu: u diam je.. huhuhu..
Aku: smlm eh? I ter’offline.. haha.. ok, jom kuar. Arini?
Sepupu: boley..pkul bpe? Lpas zohor…ad owg nk jge adik2 kt umah x? (‘concern’nyerr)
Aku: ak weekdays duk sorg je. Pagi ptg adek2 sekolah..
Sepupu: haha..onynyo..siannye..jom la pkul 2 kte kua..ko ad tenet kn cbe tgk pkul bpe tikit
Aku: orait.. jap ak tgk. Tp, ko amik ak tau!
Sepupu: mst la syg.. haha..
Aku: poyos! Haha..

Beres! dari dialog sudah menceritakan aku pergi melepak dengan sepupu cantik menarik tertarik kau memang debommm!! a.k.a zizi. erkkk? cantek? Oh sebelum tu nak kasi amaran. Post kali ni ayat rock rimba sket. dengan zizi la katakan..

Giler lama tak jumpe kau zizi. Puihhh!! (kan da cakap rock) haha.. Walhal umah kau aku sekangkang kera tahan weee weee je. Punya la perasaan buzy masing masing yang padahal duduk umah tergolek golek depan tv tengok citer sinetron.. kata zizi

Kau aku sekarang dah habis belajor, sama-sama tanam anggur, sama-sama duk berusaha cari keje. So, thanks beb sebab sudi mendengar luahan dan keserabutan orang yang tanam anggur tak berbuah buah ni. Kau jangan risaulah pasal keje tu. Tak ada rezeki LAGI. InsyaAllah., nanti adalah. tak pon nanti kita sama sama keluar cari keje sekali sebab kau takde transport kan.. kata zizi

Selalu aku ada member nak share pasal benda remeh jadi kat hidup ni. Selalu ada nisa. (ini rindu namanya). Dengan nisa, cerita korek hidung sambil terkentut pon tak malu sangat. Dah aku dengan dia jauh, nak cakap pon kena bayar. tak best! So, baik tak aku bila aku cakap kau ganti nisa walaupon kau tak kenal dia? baik kan?? Aww.. tacing plak. Puihhh sekali lagi.

Naseb baik kau sepupu aku, kalau tak, dah lama aku ngorat. Eh, salah! Naseb baik kau sepupu aku, tak adalah aku malu sangat. ihikihikihik.. 

terserlah wajah ceria kau sebab first time tengok 3D.. hahaha..

Gambar ter'latest iaitu 3 tahun lepas.. SEKIAN :P



Thursday, February 21, 2013

Her BIG BIG day (Bersiap)

Assalamualaikum...

Ohoi~ Ini post terbalik kebelakang. Suppose post pasal persiapan untuk hari-hari bahagia itu tetapi saya terlupa kerana ke'exited'an mengupload gambau nikah angah yang cun. Jadi, mari fikir ibarat ini adalah post sebelum post itu. Ihik ihik ihik..

Kad kawen angah :)

Sebelum majlis berlangsung, kami-kami ada mengadakan majlis solat hajat dan bacaan doa selamat di teratak usang kami. Ewah! Tujuan: untuk majlis berlangsung dengan selamat dan lebih diberkati.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. Menu: Laksa yang sedap sehingga menjilat pinggan! hew hew..

itu dia.. bergurau senda dengan Icha sebelum solat hajat bermula





Jemputan sedang menjamu selera. Ini gambau adek @ Piah yg snap. Sila faham gegarannya.

So, this was how it's look like at our house semasa sesi pasang2 pelamin, pasang2 khemah, susun kerusi meja, hias pelamin, hias meja pelamin, pasang signboard and so on on..














Lihat kegigihan amin memasang signboard. Busy gayanya



Tadaaaaa!!!!! Pelamin letakkat luar sebab umah kecik, tarak muat ma..



Alahai~ xtau da nak tullis ape.. Hahaha.. Layan gambau jela k.. :P





Sukanya bila dia ceria~~ Wuhuuu~~

Sekian... :P


Wednesday, February 6, 2013

Her BIG BIG day (Nikah)


Assalamualaikum...

2/2/2013 jam 12.10 tengah hari (lebih kurang), kakak aku @ angah sudah sah menjadi isteri kepada abg mie setelah selamat diakad nikahkan dengan sekali lafaz di Masjid Sg. Karang Darat. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. What a blessing day! Angah sangat cantekk on that special day! J


Angah saya yang cantekkk!!

I was right on her side, on the moment when she stills my full-time sister, in a second turn to “own by abg mie’s”. To be honest, waktu tu rasa macam angah telah dirampas! Wuaaaarrrggghhhh!!! Kejam! Abg Mie Kejam!






But then, after heard abg mie with a sad tone reads the ‘akuan’ said that if and only if he lefts my angah for 4 months in a row without any nafkah and so on, i felt so so so thankful because abg mie showed that he is the one who truly loves angah with his whole heart! Alhamdulillah! Sekarang dah tak rasa abg mie kejam.. hehehe..

Oh ya! Aku ada mention yang aku akan jadi wedding photographer angah kan. Hehehe.. sebenarnya, waktu nikah ni, aku tinggalkan tanggungjawab mengambil gambar pada adik aku, amin. Sebabnya, aku bersama-sama adik-adik pompuan yang lain menjadi dayang-dayang yang duduk bertempek dengan angah dari awal sampai akhir.





Hari nikah dan bersanding adalah hari yang sama. So, waktu sanding dan waktu potong kek, aku take the role back! Tapi ada la jugak lepaskan kamera sebab nak kena kehulu kehilir masuk keluar rumah amik itu ini pergi sana sini dan bagai bagai lagi. For the first cream, aku kongsi gambar time nikah je dulu yep. Nanti, sanding, bertandang dan outdoor bakal menyusul.. Hewhewhew.. :P



Menantu dan Mertua... :)
Akhirnya.. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...