Sunday, December 16, 2012

jadi cikgu PERMATApintar Negara??

Assalamualaikum... :)

Jawapannya : TIDAK!

Tanpa mukadimah pembuka bicara, terus kasi jawapan tajuk entry. Sopan sangat. Sebenarnya tak nak kelirukan kawan kawan. Ramai sangat dah yang salah anggap nih. Okey, mari terangkan dengan perlahan.


Pada hari ketiga befday aku (motif?), aku dapat panggilan dari Dr. Sakinah dari PERMATApintar Negara mengenai tawaran menjadi TEACHING ASSISTANT (TA). Mula2 aku just mohon untuk jadi Resident Assistant (RA) kat sana. Tapi sebab lambat, aku tak terpilih. Sedih.


Peranan or tugas TA dan RA sangat jauh berbeza. RA just handle student di luar waktu pembelajaran. Maksudnya, kena handle waktu makan diorang, kejutkan tidur, handle hari sukan, handle Talent Time. More to outdoor activities. TA pulak, kerjanya MEMBANTU Instructor a.k.a CIKGU yang mengajar. Sekali lagi, TA just MEMBANTU CIKGU dalam kelas. 


Maksud yang lebih detail, tugas aku ialah settlekan barang dan bahan pembelajaran. So, disebabkan aku TA untuk kos Bioteknologi, kerja aku sediakan peralatan eksperimen, kertas soalan dan nota dan pastikan apa keperluan Instructor untuk mengajar disediakan. Alah, ala-ala lab assistant kat sekolah nuh. Jadi, tak ada istilah mengajar pon sebenarnya. 


Mungkin bila kawan dengar 'TEACHING' assistant tu yang sebenarnya ingat aku jadi cikgu. MARAH? Subhanallah! Tak la.. :P Sebenarnya.... aku rasa tak layak dipanggil cikgu walaupon, yea aku admit ramai student kat sini panggil aku CIKGU =_='


Waktu dalam kelas pon, kitorang dah settle clear dengan anak-anak PERMATApintar ni yang kitorang bukan cikgu. Kami hanya membantu diorang untuk berfikir dan belajar. In fact, Instructor aku pon tak suruh student panggil diorang cikgu tau. Humble sangat walaupon bagi aku, mereka memang dan sangat layak. 


From left:
Ain (TA Biotek 2), Kak Zana (Instructor Biotek 2), Dr. Zul (Instructor Biotek 1) dan aku (TA Biotek 1)


Cuma aku admit juga yang aku kena study sikit pasal Biology dan haruslah aku penuhkan sikit ilmu kat dada untuk menjawab soalan-soalan budak-budak pandai yang out of mind aku. (Memang banyak!) 


Feeling bila student panggil cikgu or even kawan-kawan ingat aku kerja jadi cikgu pon rase macam beban sangat. Beban bila kita tahu tahap kita bukan selayaknya untuk dipanggil cikgu yang sememangnya tugas mendidik. :(


So, ada masa nanti aku update macam mana kelakuan anak-anak pintar cerdas nih. Macam-macam ragam. Tak sama. sangat tak sama waktu aku zaman sekolah dulu. Diorang memang PINTAR!


2 comments:

Fatanah. Deraman said...

Assalam.
Kepada Tuan punya blog Mintak email Dr Sakinah boleh?

Segala kerjasama pihak tuan amat saya hargai.

Yang Benar,
Fatanah

Fatanah. Deraman said...

Hubungi saya melalui fatanahderaman@gmail.com boleh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...