Tuesday, April 17, 2012

MECAR - Redang in Love

Assalamualaikum...

Salam semua! Sebelum apa-apa, nak kasi amaran. Post kali ini boleh tahan karangan 1000 patah perkataan dengan gambar berdozen yang besar gedabak dan shantekk (bukan perasan jurufoto pro tetapi sebab keindahan alam ciptaanNya) Sekian. Kui kui kui..

Awal cuti midsem pada 6-9 April baru-baru ni aku ada juin satu program anjuran Sekreteriat Rakan Muda UKM iaitu Mega Eksplorasi Cinta Alam Rakan Muda (MECAR) di Pulau Redang, Terengganu. Setelah sekian lama tak ke pulau, dan berzaman berhajat memang nak ke pulau, peluang ni memang aku rebut la. Alhamdulillah, semuanya selamat. Redang is OHSEM!!

Kami kami seramai hampir 100 orang sampai di sana dalam waktu subuh. Sampai je, jalan-jalan area jeti terjah kedai sourvenier yang ada sambil pekena nasi lemak untuk breakfast. Surrounding waktu tu giler sentimental. Hening, sejuk, klasik, dengan orang-orang kampung kat situ yang bersiap nak ke laut, buka warung, ada yang betulkan jala, start panaskan enjin bot dan lain-lain. Wooo.., one of the best momment!

Tiba di Jeti Merang..
jalan pusing keliling jeti.. :)
suasana awal pagi di jeti...
breakfast time! :)
antara pemandangan cantek di jeti.. :)
lagi...
dan lagi.. :)
Lepas tu, berangkat la kami ke Pulau Redang. Perjalanan amek masa dalam 30-45 minute. Depends bot apa yang korang naek. Kitorang naek open boat yang muat 10 orang. Syiok2!! Dapat pegang air laut biru, tengok langit biru terbentang luas, hirup udara segar laut, terpercik air laut. Wah wah! Tapi, paling penting, tak mabuk masa nak ke pulau tu. Thank God!

Sampai di pulau, semua orang terpesona, terpana+menjerit. Waaaaaaa!!! Jernihnyer air! Nampak ikan! Eh, eh, ada pulau kecik! Pasir putih! Angin sepoi-sepoi! Cantek! Indah! Subhanallah! Tak tergambar dek kata.




 



Memang sangat puas hati bergambar. Semua tempat setiap saat n detik rase nak snap snap. Sampai bateri dslr habis, berebut plug plak nak cas. Tersangat la gigih kan. Shoot paling awesome, cantek and cool waktu senja. Memang superb! Tapi sayang sebab tak boleh nak kejar sunset and sunrise atas faktor tertentu. Kalau tak, mesti lagi triple superb!










Dan banyak jugak la aktiviti kitorang buat. Mostly main indoor games, group discussion dan sukaneka. Nama group aku : Ombak Rindu Ker???!! hahaha... motif? Motifnya sebab dia suruh cipta nama group berdasarkan laut. So, there you go. We got that name. 

games habiskan tisu ber'bundle-bundle.. Mummia time!

Tapi, dalam banyak-banyak aktiviti, paling best ialah Snorkelling. Ya, of cos. First time tu. Pakai semua alah bagai alat snorkelling. Dapat tengok, pegang, berenang-renang bersama ikan dan terumbu karang. MasyaAllah, very priceless experience..

bersiap sedia ber'snorkelling. Yeeehaaa!!!





Lagi lagi, oh.. pengalaman memang tak boleh lupa. MABUK LAUT!! hahaha.. tersungkur menyandar aku kat tiang bot nelayan. wuaaaaa!!! Waktu tu ialah aktiviti mencandat sotong. Orang lain syok-syok candat sotong. Sampai ber'ekor-ekor diorang dapat. Aku? Dua kali baling da tak tahan mabuk cover nak termuntah. Time atas bot bila dia bergerak tak mabuk pon, bila bot tu berhenti je., rasalah huyung-hayang.. Hadoih! 

Waktu atas bot candat sotong ni jugak dapat tengok bulan. TERAMAT CANTIK!! Memang bulan paling terang, besar, dalam jarak yang dekat dari biasa dan cantek pernah aku tengok sepanjang hidup. Wah! sampai macam tu sekali kan nak menggambarkan cantiknya. Tapi berjuta-juta sayang. Kami-kami tak dapat snap! Daripada banyak2 dslr yang ada atas bot, 1 je yang mampu snap dan mungkin hanya 1 gambar je yang jadi. Sangat la susah. So, bulan yang cantek hanya terpahat dalam memori sahaja. Alalala.., cweet kan? hehe.. 



Gambar kat atas adalah view sebelum naik bot nak mencandat sotong. Subhanallah subhanallah!! Aku sebelum ni memang teringin giler la nak snap gambar waktu senja macam ni. View main dengan cahaya dan color langit yang menarik. Cuma, kalau buat kat ukm ni nanti, keluar senja sorang2 apa pulak orang cakap. Last2, tercapai juga waktu di Redang.. Saya suka!!  :)

So, itu aja la kot. Dah panjang bebonar da post ni. Takpe2, orang kata bila menjadi seorang jurufoto, menjadi tanggungjawab kita menyebarkan keindahan alam ciptaanNya untuk sama-sama kita renung dan bersyukur. Jadi, aku sangat suka dan senyum sorang2 dapat share gambar2 cantek ni dengan kamu2. Mari sama-sama ucap.. SUBHANALLAH!!! :)


4 comments:

Nik Nur Hidayah said...

ee....best nyer..subhanAlah!!!
I love it.. <3

Nik Nur Aisyah said...

gud.. say SUBHANALLAH!! :)

cebisankenangan said...

ombak rindu ker???

hehe...
syah, saya suke sume gambar anda. sangat cantik!!! dah mcm pro eh...

Nik Nur Aisyah said...

haha.. trime kaceh aien! hehe.. x pro agi.. cantek sbb view cantek.. huhu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...