Friday, April 6, 2012

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :)

Assalamualaikum...

Walaweh.. Nik Nur Aisyah sebelum ni mengada-ada meng'private'kan belog. Saje buat orang tertanya-tanya budget hot and spicy kan.. Padahal bukannye hupdate belog pon. Bukan apa-apa pon, private belog sebab ingat dah malas nak aktifkan diri. Tapi tapi, bila bukak balik rasa rindu plak da nak membebel kat blog sendiri.. nganganga.. mengadanyerrrrrr~~~

Sekarang budak- budak U tengah cuti midsem.. Semua tengah berjimba-jimba balik kampung berseronok-ronok bersama keluarga. Anda bagaimana? Tak balik? okey, teruskan komitmen. Anda cool!!

Aku? Absolutely balik!! Tak pernah balik lagi sejak masuk sem baru ni. Arrrhh! lupakan tesis sejenak, lupakan kerja lab, lupakn analisis. lupekan lupekan! Bior menggelabah di kemudian hari. Padan dengan muka sendiri.

Gambar Hiasan.. :P

Btw, aku dah dapat tempat Latihan Industri. Aku dapat 2 tawaran. First, dekat Pejabat RISDA Kuantan. Walaupun tak dapat elaun dan aku dapat tahu rupanya nanti aku buat kerja pejabat bukannya kerja yang babitkan kos teknologi kimia yang aku ambil. Tapi tapi.. dekat jah dengan rumah. Senang. Boleh duduk bawah ketiak mak. Nak nak pulak nanti bulan puasa. Syok bersama keluarga. Tak gitu?  Daripada tak ada, aku ingat aku terima ajelah dekat RISDA tu..


But then, aku dapat satu lagi tawaran. Aku dapat di Petronas Penapisan (Terengganu). Bahagian HR diorang ada call dan hantar email tawaran jalani LI kat sana. Diorang akan bagi elaun RM500 sebulan, dan akan ada latihan yang membabitkan apa yang aku belajar. Tapi tapi... jauh dari rumah, tak dapat duduk bawah ketiak mak, tak ada penginapan, tak dapat puasa sama-sama dengan family, dah tu kena panjangkan LI sampai 4 bulan. orang lain 3 bulan je.  Aku dah macam 'Subhanallah! GILER BEST kot!!'



So, aku dah nekad nak LI dekat PETRONAS. Peluang yang sangat baik dan berharga bagi aku. Rugila kalau aku lepaskan. At least, aku nampak aplikasi segala bagai yang aku belajar kat UKM ni. Walaupun jauh dari rumah, tak dapat duduk bawah ketiak mak, tak ada penginapan, tak dapat puasa sama-sama dengan family, dah tu kena panjangkan LI sampai 4 bulan. orang lain 3 bulan je. This is called LIFE! Baru terasa cabarannya.  *jangan nanti kau menangis tak dapat perform kat petronas sudah aisyah.. 


So, ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH.. Peluang yang baik insyaAllah tak akan aku sia-siakan.. Daripada ramai yang minta LI kat PETRONAS, aku yang dapat rezeki tu. Doakan aku yek kawan-kawan.. Moga kita semua dipermudahkan dan diredhaiNya.. Lastly, Selamat Bercuti!! :)

3 comments:

cebisankenangan said...

eh3... best tul dpt praktikal kat petronas gitu.... khelass ko jah... haha

hmm, sara hidup kat sana agak tinggi, sewa pon mahal jugak. pandai2 berjimat ye jah.... =)

Nik Nur Aisyah said...

insyaAllah senah. haha..

tgh duk cari rumah n pikir2 cmno transport t. huhu...

noorfatin kamarudin said...

.salam .. sis blh sy tahu mcm mana sis apply praktikal kat sana .?? sebab sy nk praktikal hujung tahun nnt .. sy amek kos dip.process petrochemical .. blh bg tahu sy cara nya tak.?? nie nk phone sy 0176466455 .. fain .. thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...