Monday, April 23, 2012

tarikh 5, bulan 5, tahun 2012 = menanti!

Assalamualaikum...

Hai Hoi!!! Short entry hilang buhsan study midterm exam instrumentasi pempolimeran+instrumentasi kimia+ngantok+malas.

So, so, so.. ada apa dengan itu tarikh, bulan dan tahun??? apa yang dinanti menanti sangat tuh??? ini dia.. treng teng teng....
.
.
.
.
.
.
.
.
.

+
Kakak tercayang nak bertunang dengan Abang Mie!! Yahooooo!!!

 INSYAALLAH, INSYAALLAH, INSYAALLAH.. Doakan yang terbaek dan semuanya berjalan lancar. Aminnn aminn Ya Rabb.. :)

Tuesday, April 17, 2012

MECAR - Redang in Love

Assalamualaikum...

Salam semua! Sebelum apa-apa, nak kasi amaran. Post kali ini boleh tahan karangan 1000 patah perkataan dengan gambar berdozen yang besar gedabak dan shantekk (bukan perasan jurufoto pro tetapi sebab keindahan alam ciptaanNya) Sekian. Kui kui kui..

Awal cuti midsem pada 6-9 April baru-baru ni aku ada juin satu program anjuran Sekreteriat Rakan Muda UKM iaitu Mega Eksplorasi Cinta Alam Rakan Muda (MECAR) di Pulau Redang, Terengganu. Setelah sekian lama tak ke pulau, dan berzaman berhajat memang nak ke pulau, peluang ni memang aku rebut la. Alhamdulillah, semuanya selamat. Redang is OHSEM!!

Kami kami seramai hampir 100 orang sampai di sana dalam waktu subuh. Sampai je, jalan-jalan area jeti terjah kedai sourvenier yang ada sambil pekena nasi lemak untuk breakfast. Surrounding waktu tu giler sentimental. Hening, sejuk, klasik, dengan orang-orang kampung kat situ yang bersiap nak ke laut, buka warung, ada yang betulkan jala, start panaskan enjin bot dan lain-lain. Wooo.., one of the best momment!

Tiba di Jeti Merang..
jalan pusing keliling jeti.. :)
suasana awal pagi di jeti...
breakfast time! :)
antara pemandangan cantek di jeti.. :)
lagi...
dan lagi.. :)
Lepas tu, berangkat la kami ke Pulau Redang. Perjalanan amek masa dalam 30-45 minute. Depends bot apa yang korang naek. Kitorang naek open boat yang muat 10 orang. Syiok2!! Dapat pegang air laut biru, tengok langit biru terbentang luas, hirup udara segar laut, terpercik air laut. Wah wah! Tapi, paling penting, tak mabuk masa nak ke pulau tu. Thank God!

Sampai di pulau, semua orang terpesona, terpana+menjerit. Waaaaaaa!!! Jernihnyer air! Nampak ikan! Eh, eh, ada pulau kecik! Pasir putih! Angin sepoi-sepoi! Cantek! Indah! Subhanallah! Tak tergambar dek kata.




 



Memang sangat puas hati bergambar. Semua tempat setiap saat n detik rase nak snap snap. Sampai bateri dslr habis, berebut plug plak nak cas. Tersangat la gigih kan. Shoot paling awesome, cantek and cool waktu senja. Memang superb! Tapi sayang sebab tak boleh nak kejar sunset and sunrise atas faktor tertentu. Kalau tak, mesti lagi triple superb!










Dan banyak jugak la aktiviti kitorang buat. Mostly main indoor games, group discussion dan sukaneka. Nama group aku : Ombak Rindu Ker???!! hahaha... motif? Motifnya sebab dia suruh cipta nama group berdasarkan laut. So, there you go. We got that name. 

games habiskan tisu ber'bundle-bundle.. Mummia time!

Tapi, dalam banyak-banyak aktiviti, paling best ialah Snorkelling. Ya, of cos. First time tu. Pakai semua alah bagai alat snorkelling. Dapat tengok, pegang, berenang-renang bersama ikan dan terumbu karang. MasyaAllah, very priceless experience..

bersiap sedia ber'snorkelling. Yeeehaaa!!!





Lagi lagi, oh.. pengalaman memang tak boleh lupa. MABUK LAUT!! hahaha.. tersungkur menyandar aku kat tiang bot nelayan. wuaaaaa!!! Waktu tu ialah aktiviti mencandat sotong. Orang lain syok-syok candat sotong. Sampai ber'ekor-ekor diorang dapat. Aku? Dua kali baling da tak tahan mabuk cover nak termuntah. Time atas bot bila dia bergerak tak mabuk pon, bila bot tu berhenti je., rasalah huyung-hayang.. Hadoih! 

Waktu atas bot candat sotong ni jugak dapat tengok bulan. TERAMAT CANTIK!! Memang bulan paling terang, besar, dalam jarak yang dekat dari biasa dan cantek pernah aku tengok sepanjang hidup. Wah! sampai macam tu sekali kan nak menggambarkan cantiknya. Tapi berjuta-juta sayang. Kami-kami tak dapat snap! Daripada banyak2 dslr yang ada atas bot, 1 je yang mampu snap dan mungkin hanya 1 gambar je yang jadi. Sangat la susah. So, bulan yang cantek hanya terpahat dalam memori sahaja. Alalala.., cweet kan? hehe.. 



Gambar kat atas adalah view sebelum naik bot nak mencandat sotong. Subhanallah subhanallah!! Aku sebelum ni memang teringin giler la nak snap gambar waktu senja macam ni. View main dengan cahaya dan color langit yang menarik. Cuma, kalau buat kat ukm ni nanti, keluar senja sorang2 apa pulak orang cakap. Last2, tercapai juga waktu di Redang.. Saya suka!!  :)

So, itu aja la kot. Dah panjang bebonar da post ni. Takpe2, orang kata bila menjadi seorang jurufoto, menjadi tanggungjawab kita menyebarkan keindahan alam ciptaanNya untuk sama-sama kita renung dan bersyukur. Jadi, aku sangat suka dan senyum sorang2 dapat share gambar2 cantek ni dengan kamu2. Mari sama-sama ucap.. SUBHANALLAH!!! :)


Sunday, April 15, 2012

rindu melepas

Assalamualaikum...

Rajinnyeeeerrrr dieeerrrr update blog sejak bermenjak waktu kemuncak kena struggle dengan tesis dan midterm exam kan.. Bagus bagus. Itu tidak sedarkan diri, mahu susah di kemudian hari namanya Aisyah! Dah guane nak buat kalau nafsu menaip naip tu tinggi. Guane? guane?

Ok, akhirnye balik juga aku cuti midsem kali ni walaupun hanya 4 hari. Rindu-rindu bagai semuanya dilepaskan kat semua orang. Puas! 4 hari terisi dengan aktiviti yang berkualiti lagi bermanafaat. Wah gitu~~ Dapat bawak kereta yeay! Dapat jalan-jalan keliling kampung dengan mak yeay! Dapat makan mak masak sedap yeay! Dapat mengacau adek adek yeay! Lagi lagi lagi, duet pon habes yeay! =.='

Paling syiok, buat julung kali dapat dinner with the whole family. YEAY!!! Tapi, exclude mak n abah (mereka ke masjid malas nak naek kereta pi bandor) dan achik. Achik berada ditengah laut. Kena korek minyak dekat Paka sana. So, ber-8 la kami adek beradik makang makang di Rasamas bersama dengan akak ipar Kak Aini and anak sedara The Cutey Icha.. :)

Achik.. mencari rezeki sesuap nasi di tengah lautan biru.. perhhh ayat x boley bla!! *rindu achik.. uhuk uhuk.. :(
The Cutey Icha a.k.a Arissa.. :)

makang dang terus makang sapa kenyangg...

Icha and her parent (Along n Kak Aini).. :)

lagi.. :)

The girls.. :)

Kami adek beradik... :)
Jalan jalan jalan..



So, balik kali ini memang singkat. Tapi I need that time.. Lepas ni nak kuatkan azam fokus dekat semua perkara yang sepatutnya difokuskan. Chaiyok Aisyah! Bersedia la untuk menghadapi semua masalah dan cabaran yang kau larikan diri selama ni. Mari gigih!

**p/s: gambar gedabak? layan jelaa... hahaha.. :P


Wednesday, April 11, 2012

tak/nak balik??

Assalamualaikum...

Hi semua.. sila teka? teka apa? jawapannya, I'm back from Redang!!!! yeeehaaa!! Subhanallah, Redang is AWESOME.. tapi, tapi.. boleh tak kalau tak nak story pasal redang lagi? boleh tak boleh tak? boleh la ek..

Coming soon~~~ :P

Okey, seperti yang semua manusia sedia maklum, sekarang cuti sem. jadi, sila teka lagi. teka apa? jawapannya, AKU MASIH BERADA DI UKM.. Apahal kau beria-ria bagitahu satu kuliah cakap cuti sem ni kau balik, tapi still ada kat UKM aisyah? Al-kisah bermula....

Redang kat Terengganu, so budget on the road balik UKM, campak la aku kat mana-mana area dekat dengan Kuantan kan. TAPI TAPI TAPI, bas tu pulak dah lalu highway baru yang memang tak ramai yang tahu. Kalau nak drop aku, hanya boleh drop dekat Tol Jabor yang sunyi, sepi, seram, scary. Dah tu, abang aku plak tak tahu jalan nak ke tol tu.. So, tak ada siapa yang sudi kutip aku. Duk kena marah lagi ada. Cet!!!

Sedih giler hati ini.. Menangis gua. Hilang kemachoan depan Cik Wanie. hehehe.. So, last-last gigih la aku balik semula ke UKM.. Sekarang dah berbelah bagi nak balik rumah or x esok (khamis). Tinggal berapa kerat je lagi cuti ni ha. Mak plak mula-mula tak bagi balik. Dah aku semangat malas balik, tup tup, mak kata ok je kalu nak balik. Pulak dah!

So, how?? tak balik ke balik??? Duk serabut pusing runsing, Cik Wanie ajak keluar. Ok, mari berjimba! hahaha.. Menyempat plak kan. Tapi, keluar tadi pon syiok juga. Aku keluar dengan Cik Wanie, Cik Pah, Cik Nisa dan... jeng jeng jeng.. ENCIK JAMAHIZAN! hahaha.. Kepada siapa yang mengenali En. Jama tu mesti dah muka terkejut, kepala berfikir, mulut terlopong sambil berkata dalam hati: ' Heh??? bior bonar esyah kuar ngan jama???'.. Kan kan?? Hahaha..

Ini buktinya. hehe.. from left: Jama, Wanie, me, Cik pah n Nisa (pengambil gambar)

Kami kami mengenali En. Jama sewaktu daki gunung Chemerong. Dia jadi kami punye guider. Daann mari mari teka lagi. teka apa? jawapannya, Jama adalah seorang lecturer di UiTM Shah Alam. haha.. Tak ada gaya kan? TAPI TAPI TAPI, dia okey. Terasa keluar dengan seorang abang. hahahaha.. Lawaknye ada disitu..

Eh, terselit kisah berjimba plak kan. Okey, keputusan belum dibuat nak balik or x. Tengok lah kerajinan esok dan keputusan akhir selepas meng'calling calling kerabat kerabat di rumah. Chiaw! :)



Friday, April 6, 2012

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :)

Assalamualaikum...

Walaweh.. Nik Nur Aisyah sebelum ni mengada-ada meng'private'kan belog. Saje buat orang tertanya-tanya budget hot and spicy kan.. Padahal bukannye hupdate belog pon. Bukan apa-apa pon, private belog sebab ingat dah malas nak aktifkan diri. Tapi tapi, bila bukak balik rasa rindu plak da nak membebel kat blog sendiri.. nganganga.. mengadanyerrrrrr~~~

Sekarang budak- budak U tengah cuti midsem.. Semua tengah berjimba-jimba balik kampung berseronok-ronok bersama keluarga. Anda bagaimana? Tak balik? okey, teruskan komitmen. Anda cool!!

Aku? Absolutely balik!! Tak pernah balik lagi sejak masuk sem baru ni. Arrrhh! lupakan tesis sejenak, lupakan kerja lab, lupakn analisis. lupekan lupekan! Bior menggelabah di kemudian hari. Padan dengan muka sendiri.

Gambar Hiasan.. :P

Btw, aku dah dapat tempat Latihan Industri. Aku dapat 2 tawaran. First, dekat Pejabat RISDA Kuantan. Walaupun tak dapat elaun dan aku dapat tahu rupanya nanti aku buat kerja pejabat bukannya kerja yang babitkan kos teknologi kimia yang aku ambil. Tapi tapi.. dekat jah dengan rumah. Senang. Boleh duduk bawah ketiak mak. Nak nak pulak nanti bulan puasa. Syok bersama keluarga. Tak gitu?  Daripada tak ada, aku ingat aku terima ajelah dekat RISDA tu..


But then, aku dapat satu lagi tawaran. Aku dapat di Petronas Penapisan (Terengganu). Bahagian HR diorang ada call dan hantar email tawaran jalani LI kat sana. Diorang akan bagi elaun RM500 sebulan, dan akan ada latihan yang membabitkan apa yang aku belajar. Tapi tapi... jauh dari rumah, tak dapat duduk bawah ketiak mak, tak ada penginapan, tak dapat puasa sama-sama dengan family, dah tu kena panjangkan LI sampai 4 bulan. orang lain 3 bulan je.  Aku dah macam 'Subhanallah! GILER BEST kot!!'



So, aku dah nekad nak LI dekat PETRONAS. Peluang yang sangat baik dan berharga bagi aku. Rugila kalau aku lepaskan. At least, aku nampak aplikasi segala bagai yang aku belajar kat UKM ni. Walaupun jauh dari rumah, tak dapat duduk bawah ketiak mak, tak ada penginapan, tak dapat puasa sama-sama dengan family, dah tu kena panjangkan LI sampai 4 bulan. orang lain 3 bulan je. This is called LIFE! Baru terasa cabarannya.  *jangan nanti kau menangis tak dapat perform kat petronas sudah aisyah.. 


So, ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH.. Peluang yang baik insyaAllah tak akan aku sia-siakan.. Daripada ramai yang minta LI kat PETRONAS, aku yang dapat rezeki tu. Doakan aku yek kawan-kawan.. Moga kita semua dipermudahkan dan diredhaiNya.. Lastly, Selamat Bercuti!! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...