Tuesday, February 28, 2012

terubat

Assalamualaikum.. .

Salam sihat semua! Hari ke-2 untuk minggu ke-2 sem ke-2 untuk final year. Alhamdulillah, syukur semua berjalan dengan lancar. InsyaAllah.. :)

Hehe., saje nak kasi tahu, aku kalau perasaan merana, sedih, sayu, kecewa, derita, erkk sentap ke apa ke., semua tu terubat bila dengar suara mak.. ihik ihik..

Memang instinct seorang mak kuat kan? Tahu je dia anak-anak dia sedih ke, tacing ke, sakit ke. Mesti cepat je call tanya khabar.. Memang RUGI la siapa-siapa yang tak reti appreciate mak sendiri. Aku pon selalu terfikir aku ni dah jadi anak terbaik ke untuk mak ngan abah aku? Aku ni dah capai ke ciri-ciri anak solehah untuk diorang. Oh, belum lagi rasanya. Sedih plak kan tiba tiba..

Ini emak saya.. Saya sayang dia.. :)

Mak: Hello! Assalamualaikum... (suara sengau, kepit hidung)
Aku: Hello, Waalaikummussalam????! (gelak gelak gelak gelak)
Mak: Hello! Assalamualaikum... (suara sengau, kepit hidung)
Aku: (gelak gelak gelak)
Mak: (gelak juga gelak juga)
Aku: Doh bakpe mok buat suare sengau tu.. Hahaha..
Mak: Haha.., saje. Akak buat ape tu?
Aku: Tengah makan sambil tengok cerite
Mak: Tengok cerita? cerita pe?
Aku: Cerita Merlin.. huhu..
Mak: Hehh?? Merlin?? tengok kat mana? TV? (tak sangka mak aku tahu cerita Merlin rupanya)
Aku: Akak tengok kat laptop. amek cerita ni dari member..
Mak: Ooo.. Hmm, dayah ngan cuteh pon makan nasi jugok.. Lauk ikan goreng, sayur kobis dengan buduuu!! (mak tekankan word budu). Adek plak buat kerja sekolah..
Aku: Wahhhh.. sedaknye buduuuu!!!

Dannn.. bla bla bla.. panjanglah ceritanya. Daripada post sebelum ni pasal merajuk ngan adek adek, dah tak jadi merajuk dah sebab terubat rindu dari call mak. Malam ni, boleh tidur dengan lena sebab dah rasa senang hati. Family kat rumah semua sihat, hepy.. ALHAMDULILLAH YA ALLAH.. :) Anda bagaimana??? Hehe..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...