Tuesday, February 21, 2012

post wajib

Assalamualaikum...

Selamat sihat semua.. n hello gadis comel dan lelaki macho sekalian.. (lagak macam ramai je readers kan) :) So, kali ni post wajib macam biasa. Nak heboh kepoh pasal subjek yang diambil sem ni. Oh ya, untuk yang tidak tahu dan disini ingin saya beritahu supaya anda semua tahu bahawasanya sem ini ialah sem AKHIR.

 
 Gambar hiasan.. hehe.. :P

Ya ya ya, itu saya Nik Nur Aisyah Binti Nik Muhammad Japlus sudah berada di SEM AKHIR, TAHUN AKHIR sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kimia. Wah wah wah..

Sekejapnya masa berlalu kan. Dah nak habis da belajar kat universiti terchenta UKM ni.. Hadoih, hati sebak pulak bila teringat akan tinggalkan UKM, kawan-kawan, coursemate, lecturer, lebih lebih lagi nak tinggalkan awak. Ye, awak la, yang tengah baca ni. ihik ihik..

Okeh, kita tacing lain hari. Sekarang mari cekidaut cekidaut subjek untuk semester 6 @ semester akhir.. :)

1. Teknologi Pemisahan
2. Instrumentasi Kimia II
3. Instrumentasi Pemprosesan
4. Pemprosesan Polimer
5. Latihan Ilmiah II

Dan dan dan, untuk, kali pertamanya hanya 5 subjek diambil. Paling sikit. Biasanya antara 8-10 subjek engkau. So, imagine la pointer aku yang akan drag giler even hanya 1 subjek result out. Kalau 2, 3 subjek??? Ok, sekarang faham kenapa student teknologi kimia susah dapat pointer tinggi?? Faham faham???

Erkk, result sem lepas. Syukur syukur Alhamdulillah. Ye, walaupun tak setinggi anda anda di luar sana, tapi saya tersangatla bersyukur.

Bila usaha membuahkan hasil, bila terpancar kebanggaan dan kegembiraan dari family, bila nampak perhatian dari lecturer, ianya sesuatu yang sangat baik. Teringat zaman kegemilangan time form 4,5. Terasa berlaku kembali. ihik ihik..

So, mari kita semua usaha gigih untuk sem akan datang. Sudah sem akhir. Bila lagi kau nak buat study hard, smart, nerd, giler giler Aisyah?? Lepas ni, dah tak ada dah.. Lain cerita kalau kau nak amik master. Hehh??

Best of Luck untuk semua. Semoga kejayaan milik kita. InsyaAllah.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...