Tuesday, February 28, 2012

terubat

Assalamualaikum.. .

Salam sihat semua! Hari ke-2 untuk minggu ke-2 sem ke-2 untuk final year. Alhamdulillah, syukur semua berjalan dengan lancar. InsyaAllah.. :)

Hehe., saje nak kasi tahu, aku kalau perasaan merana, sedih, sayu, kecewa, derita, erkk sentap ke apa ke., semua tu terubat bila dengar suara mak.. ihik ihik..

Memang instinct seorang mak kuat kan? Tahu je dia anak-anak dia sedih ke, tacing ke, sakit ke. Mesti cepat je call tanya khabar.. Memang RUGI la siapa-siapa yang tak reti appreciate mak sendiri. Aku pon selalu terfikir aku ni dah jadi anak terbaik ke untuk mak ngan abah aku? Aku ni dah capai ke ciri-ciri anak solehah untuk diorang. Oh, belum lagi rasanya. Sedih plak kan tiba tiba..

Ini emak saya.. Saya sayang dia.. :)

Mak: Hello! Assalamualaikum... (suara sengau, kepit hidung)
Aku: Hello, Waalaikummussalam????! (gelak gelak gelak gelak)
Mak: Hello! Assalamualaikum... (suara sengau, kepit hidung)
Aku: (gelak gelak gelak)
Mak: (gelak juga gelak juga)
Aku: Doh bakpe mok buat suare sengau tu.. Hahaha..
Mak: Haha.., saje. Akak buat ape tu?
Aku: Tengah makan sambil tengok cerite
Mak: Tengok cerita? cerita pe?
Aku: Cerita Merlin.. huhu..
Mak: Hehh?? Merlin?? tengok kat mana? TV? (tak sangka mak aku tahu cerita Merlin rupanya)
Aku: Akak tengok kat laptop. amek cerita ni dari member..
Mak: Ooo.. Hmm, dayah ngan cuteh pon makan nasi jugok.. Lauk ikan goreng, sayur kobis dengan buduuu!! (mak tekankan word budu). Adek plak buat kerja sekolah..
Aku: Wahhhh.. sedaknye buduuuu!!!

Dannn.. bla bla bla.. panjanglah ceritanya. Daripada post sebelum ni pasal merajuk ngan adek adek, dah tak jadi merajuk dah sebab terubat rindu dari call mak. Malam ni, boleh tidur dengan lena sebab dah rasa senang hati. Family kat rumah semua sihat, hepy.. ALHAMDULILLAH YA ALLAH.. :) Anda bagaimana??? Hehe..

Sunday, February 26, 2012

merajuk :(

Assalamualaikum...

Ya, ya, ya.. Sekarang tengah merajuk dengan mereka mereka. Sampai hati tak call. Online kat fb, tegur pon tak.. Tak mengapa, tak pernah tengok saya merajuk lagi kan. Selama ni saya je yang selalu call, mesej, n bla bla bla kan kan kan.. Okey okey fine. Saya merajuk. Full stop. Kita tengok siapa yang mampu bertahan.. Huhh!

Erk, dengan siapa kau merajuk Aisyah oi????!!! Erkk.., dengan dia, dia dan dia.....

tengok tengok!! mereka memandang mandang ke tempat lain tidak mempedulikan kakanda mereka yang jauh diperantauan. huk huk huk... :'(

 Ada lagi ada lagi. dengan dia ni pun merajuk jugak. Ahh.., tak nak kawan ajing!! tak nak main bola dengan ajing doh. Huhhh!!

Ahh!! tak payah buat muka sedih sedih memikirkan cara mahu memujukku.. huhh!!

Lagi lagi.. dengan siapa lagi nak merajuk rajuk. Hahh! ini lagi seorang. Huhh, mentang mentang aming dah habis spm, pandai bawak kereta lagi pro+power+dasyat dari akak., tambah tambah ada lesen kereta dah sekarang.. huhh huhh...


buat muka comel pon belum tentu dapat buat akak tak merajuk okey.. :/

Dengan mereka mereka inilah yang nak merajuk nih. Selalu akak dia je rindu rindu, calling calling, mesej mesej tanya khabar. Adek adek dia ada???????? :'(



Tuesday, February 21, 2012

post wajib

Assalamualaikum...

Selamat sihat semua.. n hello gadis comel dan lelaki macho sekalian.. (lagak macam ramai je readers kan) :) So, kali ni post wajib macam biasa. Nak heboh kepoh pasal subjek yang diambil sem ni. Oh ya, untuk yang tidak tahu dan disini ingin saya beritahu supaya anda semua tahu bahawasanya sem ini ialah sem AKHIR.

 
 Gambar hiasan.. hehe.. :P

Ya ya ya, itu saya Nik Nur Aisyah Binti Nik Muhammad Japlus sudah berada di SEM AKHIR, TAHUN AKHIR sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kimia. Wah wah wah..

Sekejapnya masa berlalu kan. Dah nak habis da belajar kat universiti terchenta UKM ni.. Hadoih, hati sebak pulak bila teringat akan tinggalkan UKM, kawan-kawan, coursemate, lecturer, lebih lebih lagi nak tinggalkan awak. Ye, awak la, yang tengah baca ni. ihik ihik..

Okeh, kita tacing lain hari. Sekarang mari cekidaut cekidaut subjek untuk semester 6 @ semester akhir.. :)

1. Teknologi Pemisahan
2. Instrumentasi Kimia II
3. Instrumentasi Pemprosesan
4. Pemprosesan Polimer
5. Latihan Ilmiah II

Dan dan dan, untuk, kali pertamanya hanya 5 subjek diambil. Paling sikit. Biasanya antara 8-10 subjek engkau. So, imagine la pointer aku yang akan drag giler even hanya 1 subjek result out. Kalau 2, 3 subjek??? Ok, sekarang faham kenapa student teknologi kimia susah dapat pointer tinggi?? Faham faham???

Erkk, result sem lepas. Syukur syukur Alhamdulillah. Ye, walaupun tak setinggi anda anda di luar sana, tapi saya tersangatla bersyukur.

Bila usaha membuahkan hasil, bila terpancar kebanggaan dan kegembiraan dari family, bila nampak perhatian dari lecturer, ianya sesuatu yang sangat baik. Teringat zaman kegemilangan time form 4,5. Terasa berlaku kembali. ihik ihik..

So, mari kita semua usaha gigih untuk sem akan datang. Sudah sem akhir. Bila lagi kau nak buat study hard, smart, nerd, giler giler Aisyah?? Lepas ni, dah tak ada dah.. Lain cerita kalau kau nak amik master. Hehh??

Best of Luck untuk semua. Semoga kejayaan milik kita. InsyaAllah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...