Sunday, January 1, 2012

new year, exam, sorry

Assalamualaikum...

hello and happy new year everyone! so, bagaimanakah hari hari permulaan anda pada tahun baru ini? seronok, sedih, terharu, gembira, sayu, teruja??? permulaan tahun baru saya kali ni agak gembira.. tehee.. teruja pon ada juga. tehee.. seronok tu memang ada la. tehee.. sedih, sayu tak ada. tehee.. eh, Alhamdulillah...

kenapakah? ish.. rahsia rahsia. sebelum tidor pon duk tersengih sengih macam kerang busuk. hoish.. parah parah. ingat dah boleh lupa, tapi bila berlaku, indahnye rasa. haha.. sengal gila ayat. ayat tak sedar diri exam tulat dah start. baca nota sepotong sepotong dah mengantuk. banyak lagi weyh tak baca. serius gedabak risau. =.='

mungkin lepas ni, dah tak update blog sampai la exam dah habis agaknye. kita tengok la macam mana nanti. bukan boleh percaya sangat aku ni. tengok tengok esok dah ada post baru. post kali ni dengan niat sahaja aku menunjukkan jadual exam kerana nak suruh korang doa. iye, awak la tu. lalalala.. :P

mari lihat jadual saya. chalo!

sebelum tu, SENYUM!!!
:)

(ada orang kata kesian kat saya ambik gambar sendiri sebab tak ada orang nak tolong ambikkan. ok fine, dia betul. :/)


04/01/12 : Kimia Alam Sekitar
05/01/12 : Kimia Polimer III
06/01/12 : Instrumentasi Kimia I
09/01/12 : Elektrokimia
12/01/12 : Kinetik Kimia
13/01/12 : Prinsip Pengurusan Sumber Manusia
16/01/12 : Mekanik Bendalir
18/01/12 : Reaktor Kimia

Dalam banyak banyak subjek, subjek yang boleh membunuh ialah Reaktor Kimia, Instrumentasi Kimia I, Elektrokimia dan Kimia Alam Sekitar. Paling paling takut sekali, Instrumentasi Kimia I sebab bapak datuk banyak kena baca. sekarang da baca 40% tapi yang ingat 0.1%. hahaha.. gelak ya!

Dah terbayang kalau kena repeat paper tu, habis la. memang extend la jawabnya. hadoih, tak moh! jadi, mari semua orang, jom kita doa sama sama semoga diberi kemudahan menjawab exam, dikuatkan ingatan, dan paling penting diberi keberkatan dan keredhaan terhadap semua ilmu yang dah kita pelajari ni. Aminnn... InsyaAllah..

Dan dan yang utama juga, saya nik nur aisyah binti nik muhammad japlus nak minta maaf kat semua. sorry ya korang korang. :(
minta maaf dari hujung kaki sampai rambut. halalkan semua ilmu yang diberi, maafkan terlanjuran kata, perangai buruk aku kat korang. serius aku tahu kalau kalau aku ada sakitkan hati korang :(



Sorry Sorry Sorry


ayuh, kembali baca buku. Ayuh!!! :P






.

2 comments:

cebisankenangan said...

haaa.. ape yg gembira sgt tuh??? cecite2... hehe...

btw, i pon sama... bgn je tdo pg td, terus je senyum sensorg (suukeenyee)... hehehe. =D

ermm... gud luck tuk exam. jawab leklok & konfiden tau... moga diberikan byk idea nanti... amin...

Nik Aisyah said...

sengih tak perlu citer apa apa.. hahaha... :P

amin... amin... amin...
insyaAllah.. aien pon same.. hehe..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...