Monday, January 30, 2012

kawen kawen

Assalamualaikum...

Post ni dah berapa kali edit sudah. angkara ter'delete, ter'edit dan macam macam ter. so last last mari simplify kan. Baru baru ni, abang sepupu aku kawen. Tahniah untuk abang sepupu.. sama cantek, sama padan. Bagai pinang di belah belah. Hahaha..

Secara tak rasmi plak, tiba tiba di'assign untuk menjadi photographer untuk wedding diorang. Wah!! tanggungjawab yang besar itu. Malu pon ada.. Sebab bukan pakar pon lagi guna DSLR. DSLR pon cikai punye, lense tak power kot. yang aku tahu cuma tekan je. So, disebabkan kesedaran atas ketidakpandaian, gambar yang di ambli tu, di'edit kasi touch up make up penambah rase.. Moh ler nengok sikit sikit gambornye.. :)












Saturday, January 7, 2012

habuan sihat

Assalamualaikum...

Salam persahabatan semua! bertemu lagi kita di hujung minggu yang penuh mendamaikan.. say what???? ALHAMDULILLAH... :) ihik ihik...

hehe.. haritu ada bagitahu tak mau update blog sebelum habis exam kan.. ihik ihik. pendirian tak teguh. kesabaran tidak mampu dibendung lagi. hohoho! btw, hari ini saya dah habis dengan selamatnya menjawab 6 paper! 2 more to go. fiuhh!! (kesat peluh didahi). semua paper dapat dijawab dengan baik walaupun ada la yang terpaksa goreng-goreng, rebus-rebus, tambah rencah megi secukup rase. but, overall.. okay.. say what??? ALHAMDULILLAH... :) ihik ihik...

tapi tapi, untuk orang yang habis exam banyak paper haruslah diberikan habuan isnt it? yelah, dah perah kerut kerut dahi belajar tong tang tong tang, marilah ceriakan hari anda. to me, its okay to reward yourself from hardwork you had done as you deserve it, babe. ya, babe! jadi jadi, tanpa melengahkan masa, saya berikan habuan kepada diri saya dengan memanjat dinding. yoshhh! apakah? bahasa omputehnya wall climbing.

its ohhhsemmm!!! seronok. first time tu dan aku tak expect yang aku boleh suka agak giler la dengan sukan outdoor yang ni. dengan penuh gaya pergi Taman Cabaran kat Putrajaya pakai jeans gaya mahu merewang di bandar bak kata Azmel. walhal, pergi nak hasilkan peluh. ish ish ish... so, nine of us pergi sana.. the cute and strong gurls are...


jem (my roomate), nisa and sue (bestie 4eva), and me. :)


and the very supportive and lovely (tangan dibahu mata ke atas) guys yang sudi angkut kitorang and ajar serba sedikit pasal panjat dinding ini ialah Topek, Azmel, Mie, Udin dan Pojat. gambar diorang aku malu nak snap. ihik ihik. motif? sebab Topek, Udin and Pojat tu baru kenal. kenal kenal je diorang, dah kena jadi orang yang tolong kawal or support time aku climb. sungguh kejam cara pengenalan tersebut.


ni gambar jem penuh gaya tengah usaha panjat. sebelah tu chienese girl yang tak kenal.
p/s: mereka tidak berlumba ya.


kami melengguk! :P


time ni plak duk khusyuk tengok nisa climb kalau tak silap. terlengguk lengguk semua. ok, yang pegang tali tu Udin, tepi dia Azmel, Mie n yang abe baju putih jalur itulah Topek. sila abaikan lelaki seluar jalur kuning kerana aku tak kenal. yang budak pompuan comel pakai tudung kelabu tengah duduk terlengguk tu pon, aku tak pasti sape. LOL!! waktu ni agak ramai la yang datang sama sama climb. sampai tak cukup kasut. haha.. aku nampak ramai juga foreigner dan remaja remaja lelaki. yang perempuan just kitorang and the other 2 or 3 groups yang lain.


okey okey, siapakah yang sangat cool dengan ber'jeans panjat dinding itu??? wuaaaaaaa..


disebabkan gambar Pojat ni selalu tak ter'interframe dalam gmbar yang lain. special solo photo for you.. ngee~~


aku sempat climb 3 kali. okeyla kan sebab unprepared and beginner. 2 kali naik, Pojat yang tolong support and the third Udin. saya sampai hingga ke atas okey. apa barang separuh jalan. nga nga nga. panjat dinding ini tak senang dan tak susah. what you need to make it easier are suitable clothes (of cos), well equipment, brave, tak gayat, minat nak mencuba, kekuatan tangan paling penting and there you go, reach the top! :) oh! tak lupa, air penyegar badan penambah tenaga.. ihik ihik.


time ni semua orang muka penat puas hati dapat jadi spiderman n spiderwoman.


what make wall climbing tough instead of your own level of stamina is the chosen of the wall. wall dia ada banyak jenis. ada yang you have to climb with a 180 degree body position, more, less and even 90 degree! no wonder lah yang pakar pakar superb dalam sukan ni badan berketul ketul. tangan kuat tu.. huhu.. dan mula mula aku ingat just climb ikut suka pijak batu mana. Naa! i'm wrong. kalau climb, hanya perlu step on the same colour of the stones. different colours have different level of difficulties. kalu hijo, hijo la.. no colour combine.


okey, adakah gambar wajib lompat ini menunjukkan kegirangan kami? jika ya, anda harus jeles. jika tidak, ini bermakna anda harus jeles juga. eh?


haha.. apa-apapun, memang best. harap harap ada lagi yang sudi angkut kami kami ke sana lagi. anda anda dan anda juga harus mencubanya yaw.. its a healthy activities yaw, plus so many handsome, tough, cute guys joining this activities gurls. haihh??? =.=' terpesong terpesong. :P

p/s: apahal aku post kali ni banyak budget bahasa omputeh? well, it is called improvement yaw! :P





.

Sunday, January 1, 2012

new year, exam, sorry

Assalamualaikum...

hello and happy new year everyone! so, bagaimanakah hari hari permulaan anda pada tahun baru ini? seronok, sedih, terharu, gembira, sayu, teruja??? permulaan tahun baru saya kali ni agak gembira.. tehee.. teruja pon ada juga. tehee.. seronok tu memang ada la. tehee.. sedih, sayu tak ada. tehee.. eh, Alhamdulillah...

kenapakah? ish.. rahsia rahsia. sebelum tidor pon duk tersengih sengih macam kerang busuk. hoish.. parah parah. ingat dah boleh lupa, tapi bila berlaku, indahnye rasa. haha.. sengal gila ayat. ayat tak sedar diri exam tulat dah start. baca nota sepotong sepotong dah mengantuk. banyak lagi weyh tak baca. serius gedabak risau. =.='

mungkin lepas ni, dah tak update blog sampai la exam dah habis agaknye. kita tengok la macam mana nanti. bukan boleh percaya sangat aku ni. tengok tengok esok dah ada post baru. post kali ni dengan niat sahaja aku menunjukkan jadual exam kerana nak suruh korang doa. iye, awak la tu. lalalala.. :P

mari lihat jadual saya. chalo!

sebelum tu, SENYUM!!!
:)

(ada orang kata kesian kat saya ambik gambar sendiri sebab tak ada orang nak tolong ambikkan. ok fine, dia betul. :/)


04/01/12 : Kimia Alam Sekitar
05/01/12 : Kimia Polimer III
06/01/12 : Instrumentasi Kimia I
09/01/12 : Elektrokimia
12/01/12 : Kinetik Kimia
13/01/12 : Prinsip Pengurusan Sumber Manusia
16/01/12 : Mekanik Bendalir
18/01/12 : Reaktor Kimia

Dalam banyak banyak subjek, subjek yang boleh membunuh ialah Reaktor Kimia, Instrumentasi Kimia I, Elektrokimia dan Kimia Alam Sekitar. Paling paling takut sekali, Instrumentasi Kimia I sebab bapak datuk banyak kena baca. sekarang da baca 40% tapi yang ingat 0.1%. hahaha.. gelak ya!

Dah terbayang kalau kena repeat paper tu, habis la. memang extend la jawabnya. hadoih, tak moh! jadi, mari semua orang, jom kita doa sama sama semoga diberi kemudahan menjawab exam, dikuatkan ingatan, dan paling penting diberi keberkatan dan keredhaan terhadap semua ilmu yang dah kita pelajari ni. Aminnn... InsyaAllah..

Dan dan yang utama juga, saya nik nur aisyah binti nik muhammad japlus nak minta maaf kat semua. sorry ya korang korang. :(
minta maaf dari hujung kaki sampai rambut. halalkan semua ilmu yang diberi, maafkan terlanjuran kata, perangai buruk aku kat korang. serius aku tahu kalau kalau aku ada sakitkan hati korang :(



Sorry Sorry Sorry


ayuh, kembali baca buku. Ayuh!!! :P






.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...