Sunday, December 16, 2012

jadi cikgu PERMATApintar Negara??

Assalamualaikum... :)

Jawapannya : TIDAK!

Tanpa mukadimah pembuka bicara, terus kasi jawapan tajuk entry. Sopan sangat. Sebenarnya tak nak kelirukan kawan kawan. Ramai sangat dah yang salah anggap nih. Okey, mari terangkan dengan perlahan.


Pada hari ketiga befday aku (motif?), aku dapat panggilan dari Dr. Sakinah dari PERMATApintar Negara mengenai tawaran menjadi TEACHING ASSISTANT (TA). Mula2 aku just mohon untuk jadi Resident Assistant (RA) kat sana. Tapi sebab lambat, aku tak terpilih. Sedih.


Peranan or tugas TA dan RA sangat jauh berbeza. RA just handle student di luar waktu pembelajaran. Maksudnya, kena handle waktu makan diorang, kejutkan tidur, handle hari sukan, handle Talent Time. More to outdoor activities. TA pulak, kerjanya MEMBANTU Instructor a.k.a CIKGU yang mengajar. Sekali lagi, TA just MEMBANTU CIKGU dalam kelas. 


Maksud yang lebih detail, tugas aku ialah settlekan barang dan bahan pembelajaran. So, disebabkan aku TA untuk kos Bioteknologi, kerja aku sediakan peralatan eksperimen, kertas soalan dan nota dan pastikan apa keperluan Instructor untuk mengajar disediakan. Alah, ala-ala lab assistant kat sekolah nuh. Jadi, tak ada istilah mengajar pon sebenarnya. 


Mungkin bila kawan dengar 'TEACHING' assistant tu yang sebenarnya ingat aku jadi cikgu. MARAH? Subhanallah! Tak la.. :P Sebenarnya.... aku rasa tak layak dipanggil cikgu walaupon, yea aku admit ramai student kat sini panggil aku CIKGU =_='


Waktu dalam kelas pon, kitorang dah settle clear dengan anak-anak PERMATApintar ni yang kitorang bukan cikgu. Kami hanya membantu diorang untuk berfikir dan belajar. In fact, Instructor aku pon tak suruh student panggil diorang cikgu tau. Humble sangat walaupon bagi aku, mereka memang dan sangat layak. 


From left:
Ain (TA Biotek 2), Kak Zana (Instructor Biotek 2), Dr. Zul (Instructor Biotek 1) dan aku (TA Biotek 1)


Cuma aku admit juga yang aku kena study sikit pasal Biology dan haruslah aku penuhkan sikit ilmu kat dada untuk menjawab soalan-soalan budak-budak pandai yang out of mind aku. (Memang banyak!) 


Feeling bila student panggil cikgu or even kawan-kawan ingat aku kerja jadi cikgu pon rase macam beban sangat. Beban bila kita tahu tahap kita bukan selayaknya untuk dipanggil cikgu yang sememangnya tugas mendidik. :(


So, ada masa nanti aku update macam mana kelakuan anak-anak pintar cerdas nih. Macam-macam ragam. Tak sama. sangat tak sama waktu aku zaman sekolah dulu. Diorang memang PINTAR!


Friday, November 9, 2012

you k emmm..

Assalamualaikum...

Salam November semua.. :)

9/11/12.. Genap 20 hari selepas hari bersejarah Nik Nur Aisyah. Hari bergraduasi=hari tamat bergelar pelajar=hari bermula terumbang ambing sebagai penganggur.. Ok, banyak sedih dari gembira sebenarnya..

Jauh.. masih jauh perjalanan.


Korang tau tak betapa sedihnya saat-saat terpaksa tinggalkan zaman sebagai seorang pelajar setelah 15 tahun, dari darjah 1 sampai umur 22 tahun ni?? Mungkin perkataan 'terpaksa' sangat tak sesuai sebab sampai akhir hayat, kita menjalani proses pembelajaran..


Tapi tapi, all the stuff?! Kuliah, assignment, projek, study group, all the tiru-tiru moment, stay up, exam, quiz, midsem, perasaan ponteng+malas ke kelas.. Semuanya! To be truth, i already miss it! :(


I miss the moment bila masuk kuliah, kami (aku, nisa, sue n wani) akan duduk tersusun ber-4. Lecturer masuk, masing2 keluarkan kertas, lipat-lipat (selalu rembat kertas wani), tulis tarikh hari tajuk. 5 minit pertama, kertas still kosong, 10 minit; kertas suci murni, 15 minit; masing masing berpandangan tanda faham isyarat minda, 20 minit; sue n wani berjaya nodai kertas putih masing2.. pandang nisa, sudah terangguk tanda setuju.. Aku? masih kosong kosong kosong.


I miss the moment bila malam datang, lepas isyak, konfem phone menyanyi. Mesej dari kawan2 setia untuk dinner sama2. Tempat berkumpul, depan cermin blok k13b, aras 1. Peserta pertama sampai semestinya Sue. Jauh dia dari blok d. Susuli aku, jem, nisa n fiza. Menu utama dinner, nasi putih+telur dadar+tomyam ayam+milo ais.


I miss the moment kitorang mengeluh kenapa kolej kediaman berada di atas bukit. Mengomel bila tunggu bas tak sampai2. Membebel kenapa semua member2 yang ada lesen tak reti reti bawak kereta (termasuk aku). Menggelabah bila air takde. Menahan lapar bila kafe tutup. Melepak tengok running man waktu lunch.


I miss the moment bila dapat luahkan isi hati masing2 tengah2 malam atas katil sebelum tidur. Cerita masalah, kenangan, perangai.


I miss all my coursemate yang sudi share jawapan assignmnet.
Coursemate.. Last exam day in UKM

I miss all my friends yang terima perangai aku seadanya.


I seriously miss all those thing too much.. I MISS YOU K EMM (UKM)!!!
Pengalaman, kenangan dibawa pulang melebihi segalanya.. 



p/s: I MISS YOU TOO.. :(



Friday, October 19, 2012

PP(T)SB in LOVE!!!

Assalamualaikum...

2 bulan +++. Nasib baek ingat ada blog. Dah lupe semenjak-menjak busy dengan kehidupan selepas bergelar PELAJAR! Cewahhh!! Maaf la ye blog. Komitmen tak konsisten. Tapi2, tengok blog member2 yang lain pon da bersawang jugak rupenye. Hahaha.. :P

Jadi jadi, mari bercerita. Sebelum lompat ke tajuk entry. Nak wat announcement:

SAYA DAH BERGRADUASI YAW!!! :P

Sekarang tengah sibuk settlekan hal nak berkonvo. Oh! excitednye! Tapi tapi bukan itu tujuan berblog pada hari ini. Hari ini saya nak bercerita pengalaman ber'praktikal di Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn. Bhd. Ngeh3..

Praktikal kat sane mmg best. Okey, cliche gler penyataan kan. Mcm yang aku post sebelum ni la, praktikal kat Petronas sangat la bertuah. Everything just Perfect. Ya, Perfect! Abang2 lab technician yang sangat sporting, K.Sue yg baek, Bos2 yang sempoi. 

Bertuah sebab walopon praktikal ni agak lari dari ape yang aku belajar kat U, tapi, i gain new knowledge. Semuanya pasal minyak! Minyak diesel, kerosene, naphta, jet A1, LSWR, LPG, primax 95, primax 97 dan lain lain lain.. Ape kau nak tau? Wah Bongkak! haha..


Produk PP(T)SB

Disamping itu, (kosa kata bm form 3) aku kat sane berpeluang masuk loji @ plant.. Wooo.., bukan semua orang dapat peluang tu. Ye, sebab tu saya kata saya bertuah. Hikhik.. Dari aspek akademik pula, (kosa kata bm form 5) banyak instrumen n mesin2 yang selama ni aku belajar teori aje di U, aku da dapat n handle sendiri mse praktikal. Waaaaaaa... kan?!


Loji Pemprosesan di PP(T)SB

Lepas itu, (kosa kata bm darjah 1) aku belajar n buat sikit2 kerja2 chemist. Ambik berkat orang kata. Mana tahu rezeki ada, dapat jadi chemist kat mane2 company. Ye dok?? 

But the most memorial n sad part adalah pada hari akhir di PP(T)SB.. :(  Okey, part ni aku tak moh story. Kite layan gambar je yek.. 










Lagi lagi, sebelum ktorg meninggalkan PP(T)SB, mereka2 ada buat majlis Farewell.. Sooo Sweeet!! :) Majlis deselitkan dengan tazkirah dari Ustaz Sablie, solat hajat, makan2 dan sesi penyampaian cenderamata..  




present2 dari PP(T)SB family.. :)

Jadi, akhir kata. TERIMA KASIH pada semua kawan2 praktikal di PP(T)SB yang banyak ajak ktorg jalan2, makan sana sini, tengok penyu, buat bbq, pergi gambang waterpark, tengok wayang, main boling, main games, shopping, jemput ke rumah, masak2 and so on.. Already miss u guys! ;( 

Yang paling penting, kepada ATS/PP(T)SB family; Bos Naz, Hj Yun, En. Azizi, Mr. Teo, K.Sue, Pok Mie, Pok Fauzi, Pok Awie, Cik Lan, Abg Azmi, Abg Sol, Abg Din, Abg Kepok, Abg Punyit, Abg Big, Abg CheWan, Abg Wan, Abg Irwan, Abg Boolart, Abg Junai, Abg Lala, Abg Panjang, Abg Sarip, Abg Pawi, Abg Sudu, Abg Adi daannnn Abg Nik. TERIMA KASIH tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, galakan, dan belanjaan.. hehe.. Sehingga bertemu lagi!!  :)



Monday, July 16, 2012

praktikal time

Assalamualaikum...

'Life is a series of never ending study'
-Petronas (PP(T)SB)-

Yeah! Alhamdulillah.. Syukur syukur.. Dah masuk 3 minggu sebagai pelajar praktikal di Petronas. The only word i can describe is 'LUCK'

Sebab??? Seriuosly, aku boleh bagi thousand of reasons kenapa 'LUCK' is the most suitable word to describe the situation.. We lead the reasons at the end of the post okey! Wahhh! speaking gitu uolsss.. :P

Hari first, second, third @ lebih senang, the first week, boleh dikatakan bosan. Minggu pertama tu, aku just dengar bermacam2 jenis taklimat. Taklimat tentang organisasi Petronas, peraturan pelajar praktikal, penerangan bahagian HR, HSSE, CnTT, HSE, KR1, KR2, OMS, CDU, CRU, CFU, melawat MCB, pemberian PPE dan lain lain lain...

okey., perasan kan kan? Banyaknye short form. Itupon, aku tak list kan semuanya lagi. Mmg kat petronas, diorg just gune short form itu semua unit yang ada. Gigih la kalu nak ingat semua. 

Tapi tapi.. apa yang best untuk minggu pertama LI ialah (cewah! kasi dlm bentuk point lagi yep) :
  
 * Dapat kenal dengan ramai 'org2 besar' petronas yang SEMUAnya SGTla baik, peramah. To be truth, mmg expectation aku pada diorg ialah: strict, garang, menakutkan, speaking omputih is compulsory. Yelah, international company kan. Tapi SALAH SAMA SEKALI. ckp ganu pekat lagi adelah. haha.. 
   
  * Dapat kenal dengan budak budak praktikal yang masuk sama tarikh dengan aku dan Nadia (kosmate) iaitu: Azam (along), Firdaus (angah) dan Hafiz (adek). Motif ada gelaran? We are family yaw!! Sekarang ktorg mmg baek punyerrr la relationshipnye.. Dah siap belanje McD, main boling, mkn lunch dinner sama2, lepak pantai bagai kan. hehehe...

from left: azam, nad, hafiz, me n firdaus

  * Dapat kenal dengan pak cik/abg/akak kat Lab yang juga ohsem dan sporting dan kelakar dan sudi memberi tunjuk ajar. Kat lab tu sebenarnye, aku+nad +kak sue+cleaner je yang pompuan. Yg lain sume laki. tapi yg laki major nyer, dah kawin. Nasib baek. Kat lab dah kenal dengan Pok Awie (Abah), Pok Mi, Abg Wan, Abg Rosidi, Abg Sharif, Abg Irwan, Abg Hanif, Abg Panjang daannnnn abg2 yg lain.

try run test conductivity.. :)
gambau candid! abah amek.. hehe.. :P

* Dapat alatan PPE (personal protective equipment). Excited! Dapat coverall, kasut, topi, google, spec, earplug n lab coat. Coverall kitorg warne oren kekuningan. da mcm DiGi bersamamu da rasa bila pakai. haha.. 

our coverall! Bersamamuu.. hehe.. :P
So, itu ajelah kot setakat ni. Eh! lupa pasal reason knape word 'LUCK' digunakan.. Hmm.. post yang akan datang la eh.. hehe.. Selamat ber'LI!! :)



Tuesday, June 12, 2012

sudah terasa

Assalamualaikum..

Salam semua.. Bagaimana hari-hari anda pada musim exam ni??? So far so good??? Good good..

Minggu exam aku kali ini disibukkan dengan hal meng'edit tesis untuk dijilid dan mencari tempat menjilid dan mengambil borang kesana sini pasal jilid tesis dan settle last assigmnt dan settle pasal LI yang sudah hampir disimpang jalan dan dan dan dan tidak study untuk exam lagi...

Aku punya time planning sangat la poor. Bukan poor je, tapi horrible! Waktu study week, balik umah ber'holiday week. Waktu exam week, ber'busy-settle-jilid-tesis' week. Dah tu, cakap bila nyer pon kau nak study aisyah? Amek kursus pengurusan masa dapat A. Aplikasinya FAIL terus!

OK! Puas dapat membebel kat diri sendiri. Sekarang kembali ke pangkal tajuk.

Awak awak, sayer dah final year. Dah tak sampai sebulan je lagi nak berambus dari UKM da. Awak faham tak? SAYA SUDAH TERASA SEBAK, SEDIH, TOUCHING GILER nak tinggalkan awak awak dan awak.

tengok gambar ni pon da sedey.. *petang yang oren di KIY, UKM (gambar x di'edit. he..)

Kalau silap cakap ni, aku mengaku sejujurnya aku boleh menangis bila terkenang-kenang sepanjang duk UKM ni. Okey, sekarang pon da rase air mata nak meleleh. :'(

Sebelum mula kenang mengenang dan air mata mula meleleh................ Kbai.. (~_~)


Saturday, May 26, 2012

VIVA

Assalamualaikum...

Salam semua.. Ini short entry sahaja (konon). Mari lurus ke titik (straight to the point). Apa itu VIVA? Anda tahu? Ye, SALAH! Bukan kereta VIVA ye anak-anak.

Ehee.. sebenarnya, aku pon tak tahu apa maksud sebenar VIVA. Aku baru je dapat tahu. baruuuuu jeee... Waktu mock presentation, ada salah seorang team member aku tanya Dr. Rizafizah.

Kawan: Dr, apa itu VIVA?
Dr: Kereta VIVA la..
Kami: Heeeeeiiiiiiihhhhh!!~~~ (gaya gwang so)
Kawan: Bukan. Maksud kami V.I.V.A itu stand for what?
Dr: Oh, korg tak tau yea.. VIVA is not stand for anything. It's a German' word (if not mistaken) mean oral presentation..
Kami: Oooooo~~~~


Ye, sekarang korang pon 'oooooo...' kan? kan? Yang da tau main jauh-jauh. Ihik ihik.. Untuk student final year. This is it!! Mase yang paling cuak secuak-cuaknya. VIVA untuk kajian yang da dijalankan dan tesis yang sudah dihantar @ dalam kata lain, waktu kena hentam dengan soalan bertubi-tubi dengan pemeriksa. Eh, eh, positif aisyah, POSITIF!

Saya..
NIK NUR AISYAH BINTI NIK MUHAMMAD JAPLUS, no. matrik A128202 
dari program TEKNOLOGI KIMIA,
 ingin membentangkan tajuk kajian saya iaitu: 
KETELAPAN GAS KARBON DIOKSIDA MELALUI MEMBRAN ENR/PVC DENGAN KEHADIRAN PENJERAP KALSIUM OKSIDA, CaO




Hadoi hadoi hadoi.. berbuih da practise nih.. Turn aku VIVA ialah hari 
SELASA, 29/05/2012, 9.00-9.15am di Bilik Lisan Kimia. 

Doakan segalanya berjalan lancar ye kawan-kawan. I really do need your pray..

'Ya Allah, semoga kawanku ini memperoleh ketenangan, kelancaran dan kemudahan dalam presentation VIVA akan datang. Berikan Aisyah semangat dan redhai ilmu yang kami pelajari. Aminn... amin...'


TERIMA KASIH KAWAN!!! (ikhlas kan berdoa tadi?? hehe.. :P) 






Monday, April 23, 2012

tarikh 5, bulan 5, tahun 2012 = menanti!

Assalamualaikum...

Hai Hoi!!! Short entry hilang buhsan study midterm exam instrumentasi pempolimeran+instrumentasi kimia+ngantok+malas.

So, so, so.. ada apa dengan itu tarikh, bulan dan tahun??? apa yang dinanti menanti sangat tuh??? ini dia.. treng teng teng....
.
.
.
.
.
.
.
.
.

+
Kakak tercayang nak bertunang dengan Abang Mie!! Yahooooo!!!

 INSYAALLAH, INSYAALLAH, INSYAALLAH.. Doakan yang terbaek dan semuanya berjalan lancar. Aminnn aminn Ya Rabb.. :)

Tuesday, April 17, 2012

MECAR - Redang in Love

Assalamualaikum...

Salam semua! Sebelum apa-apa, nak kasi amaran. Post kali ini boleh tahan karangan 1000 patah perkataan dengan gambar berdozen yang besar gedabak dan shantekk (bukan perasan jurufoto pro tetapi sebab keindahan alam ciptaanNya) Sekian. Kui kui kui..

Awal cuti midsem pada 6-9 April baru-baru ni aku ada juin satu program anjuran Sekreteriat Rakan Muda UKM iaitu Mega Eksplorasi Cinta Alam Rakan Muda (MECAR) di Pulau Redang, Terengganu. Setelah sekian lama tak ke pulau, dan berzaman berhajat memang nak ke pulau, peluang ni memang aku rebut la. Alhamdulillah, semuanya selamat. Redang is OHSEM!!

Kami kami seramai hampir 100 orang sampai di sana dalam waktu subuh. Sampai je, jalan-jalan area jeti terjah kedai sourvenier yang ada sambil pekena nasi lemak untuk breakfast. Surrounding waktu tu giler sentimental. Hening, sejuk, klasik, dengan orang-orang kampung kat situ yang bersiap nak ke laut, buka warung, ada yang betulkan jala, start panaskan enjin bot dan lain-lain. Wooo.., one of the best momment!

Tiba di Jeti Merang..
jalan pusing keliling jeti.. :)
suasana awal pagi di jeti...
breakfast time! :)
antara pemandangan cantek di jeti.. :)
lagi...
dan lagi.. :)
Lepas tu, berangkat la kami ke Pulau Redang. Perjalanan amek masa dalam 30-45 minute. Depends bot apa yang korang naek. Kitorang naek open boat yang muat 10 orang. Syiok2!! Dapat pegang air laut biru, tengok langit biru terbentang luas, hirup udara segar laut, terpercik air laut. Wah wah! Tapi, paling penting, tak mabuk masa nak ke pulau tu. Thank God!

Sampai di pulau, semua orang terpesona, terpana+menjerit. Waaaaaaa!!! Jernihnyer air! Nampak ikan! Eh, eh, ada pulau kecik! Pasir putih! Angin sepoi-sepoi! Cantek! Indah! Subhanallah! Tak tergambar dek kata.




 



Memang sangat puas hati bergambar. Semua tempat setiap saat n detik rase nak snap snap. Sampai bateri dslr habis, berebut plug plak nak cas. Tersangat la gigih kan. Shoot paling awesome, cantek and cool waktu senja. Memang superb! Tapi sayang sebab tak boleh nak kejar sunset and sunrise atas faktor tertentu. Kalau tak, mesti lagi triple superb!










Dan banyak jugak la aktiviti kitorang buat. Mostly main indoor games, group discussion dan sukaneka. Nama group aku : Ombak Rindu Ker???!! hahaha... motif? Motifnya sebab dia suruh cipta nama group berdasarkan laut. So, there you go. We got that name. 

games habiskan tisu ber'bundle-bundle.. Mummia time!

Tapi, dalam banyak-banyak aktiviti, paling best ialah Snorkelling. Ya, of cos. First time tu. Pakai semua alah bagai alat snorkelling. Dapat tengok, pegang, berenang-renang bersama ikan dan terumbu karang. MasyaAllah, very priceless experience..

bersiap sedia ber'snorkelling. Yeeehaaa!!!





Lagi lagi, oh.. pengalaman memang tak boleh lupa. MABUK LAUT!! hahaha.. tersungkur menyandar aku kat tiang bot nelayan. wuaaaaa!!! Waktu tu ialah aktiviti mencandat sotong. Orang lain syok-syok candat sotong. Sampai ber'ekor-ekor diorang dapat. Aku? Dua kali baling da tak tahan mabuk cover nak termuntah. Time atas bot bila dia bergerak tak mabuk pon, bila bot tu berhenti je., rasalah huyung-hayang.. Hadoih! 

Waktu atas bot candat sotong ni jugak dapat tengok bulan. TERAMAT CANTIK!! Memang bulan paling terang, besar, dalam jarak yang dekat dari biasa dan cantek pernah aku tengok sepanjang hidup. Wah! sampai macam tu sekali kan nak menggambarkan cantiknya. Tapi berjuta-juta sayang. Kami-kami tak dapat snap! Daripada banyak2 dslr yang ada atas bot, 1 je yang mampu snap dan mungkin hanya 1 gambar je yang jadi. Sangat la susah. So, bulan yang cantek hanya terpahat dalam memori sahaja. Alalala.., cweet kan? hehe.. 



Gambar kat atas adalah view sebelum naik bot nak mencandat sotong. Subhanallah subhanallah!! Aku sebelum ni memang teringin giler la nak snap gambar waktu senja macam ni. View main dengan cahaya dan color langit yang menarik. Cuma, kalau buat kat ukm ni nanti, keluar senja sorang2 apa pulak orang cakap. Last2, tercapai juga waktu di Redang.. Saya suka!!  :)

So, itu aja la kot. Dah panjang bebonar da post ni. Takpe2, orang kata bila menjadi seorang jurufoto, menjadi tanggungjawab kita menyebarkan keindahan alam ciptaanNya untuk sama-sama kita renung dan bersyukur. Jadi, aku sangat suka dan senyum sorang2 dapat share gambar2 cantek ni dengan kamu2. Mari sama-sama ucap.. SUBHANALLAH!!! :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...