Thursday, December 15, 2011

a side of life

Assalamualaikum..

Salam semua! wuaaa, lamenye tak m'update kan.. blog pon dah berwajah baru nampaknya. ini semua atas kesedaran bahawasanya blog ini tak market. hahaha.. tak apalah.. tak perlu da kot aksesori kat tepi tepi segala bagai tu. siapa yang sudi membaca pon terimala kasihku yang tak seberapa ini.. btw, i like my new blog outlook. simple. ok fine siapa lagi nak puji blog kalau bukan tuan empunya. teheee..

sekarang ni sangat budget busy. student tahun akhir kat universiti mana tak busy? khabaq mai. nak pas kerja kat depa sikit. ini pon atas rasa tanggungjawab kat blog sendiri. so, curi la sikit sikit masa mencurah kasih sayang dan layanan kat blog terchenta ini. seriously aku pernah terbayang kot nak delete blog. sebab tak mampu bagi komitmen. amboi kau aisyah, macam berchenta kan. haha.. betapa perasaan kesian kat blog sendiri.. ish2..

ada masa tu, rasa macam macam nak mengadu kat blog. tapi again kekangan masa. aku sekarang betul betul tengah kejar masa. dah la kejar masa, dalam masa yang sama, macam macam nak buat. (dari tadi duk sebut macam macam) kamera gedabak yang baru beli pon tak menyempat nak godek godek. kesian kesian. masa belum dapat kamera tu, excited bukan main. bila da dapat, taruk dalam almari, kasi habuk dan bersawang. so, untuk keadilan barang barang hak milik, aku pon nak juga luangkan masa untuk kamera gedabak ini. oh ya, taruk bermaksud letak. in case, kau orang bandar tak tahu apa maksudnya kan. haha..


terasa. =.='


tiba tiba terasa lagi, life aku skema giler. mungkin aku ni tak pandai dan tak berusaha nak enjoy life sekarang. oh ya juga, in case kau salah tafsir sebab kau fikir advanced sangat maksud enjoy tu, enjoy disini bukan maksud nak go party sana sini, buat masalah sosial macam orang tak ada hala tuju. enjoy secara sihat dan minat. faham? so, boleh tak nak create another side of life???

a side of life which in time being, no need to worries about assgmnt, thesis, test and exam. life yang mana aku boleh perasan jadi orang putih berkulit gelap yang speaking english tak cair tapi beku, jadi photographer tak bertauliah, berjalan-jalan sana sini gain experience tanpa too depends on others, do something without reporting here and there. maksudnya, nak makan pon nak kena bagitau kawan kawan, nak berak pon kena bagitahu jiran sebelah bilik, nak pakai tudung pon kena pilih kerongsang matching sebab takut orang gelak, dan most importantly orang tak pandang sinis kalau kau tak reti nak pakai tudung lilit. haa???

so, kalau boleh aku nak spend kan suatu masa untuk aku manjakan diri dengan do something yang aku suka tanpa kekangan dari sekeliling. a side of life yang boleh sedarkan aku yang hidup ni sekali dan kita perlu berusaha menjalaninya dengan penuh keseronokan tanpa menyimpang di jalanNya. so lepas ni kawan kawan, jangan tanya kalau aku buat perkara perkara pelik yang aku tak pernah buat. cuma tegur kalau aku salah sebab mati hidup semula pon, aku perlukan kawan macam kau.





3 comments:

cebisankenangan said...

ohh.. new looks. matured enough hah? haha...

words of the day
** when u think -vely, then al u wil receive are -ve things!! think +ve & +ve things wil happen to u. always smile... they are free =D

trust yur self, be yur self...
confiden!!!

Nik Aisyah said...

yup.. btol2.. skrg i don't want waste my life trying to impress other people. i'm doing what i love, n love what i do..

keep fighting together ek! luv ya!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...