Saturday, December 31, 2011

awak awak

Assalamualaikum...







Awak awak, jangan layan saya baik sangat boleh?


Awak buat saya menaruh harapan.


Awak buat saya lagi sedih dari suka.


Awak tahu? :(






.

Thursday, December 29, 2011

lets du'a... :)

Assalamualaikum...

Salam Ukhuwah.. Sekarang ni adalah saat saat getir untuk semua yang sedang bertungkus lumus menelaah untuk final exam. macam aku, tabiat time nak exam, emosi bercampur tolak bahagi. perlukan semangat dan kekuatan dan kefahaman dari semua orang. yelah, time macam ni, perangai aku tak terurus. nak marah kat diri sendiri, member member jadi mangsa. teruk perangai aku. :(

Jadi, apa boleh aku buat ialah BERDOA. macam yang kita tahu, DOA itu senjata. Semua orang ada, tapi tak ramai yang suka gunakannya kan. . Rasulullah S.A.W bersabda:


' Doa itu senjata orang-orang mukmin, tiang agama dan sinar cahaya langit dan bumi '


so, mari berdoa untuk diri sendiri, kawan-kawan, dan paling penting ahli keluarga. ingat, kita ni hamba yang tak punya apa-apa. dengan siapa lagi kita nak memohon dan berdoa kalau bukan kepada-Nya.




jom kita berdoa. doa diampunkan dosa dosa kita yang dah menggunung ni ha, doa diberi petunjuk dan hidayah, doa diberi kesihatan yang baik, doa dipermudahkan untuk menjawab exam, doa kesejahteraan dunia dan akhirat, doa nak jodoh pon boleh tau. teheee... gatal tiba tiba.







.

Monday, December 26, 2011

hey you!

Assalamualaikum...


jadi.. mari ucap..,

Astaghfirullah...

Subhanallah...

Alhamdulillah...

Allahuakbar...

Lailahaillallah...

dan senyummmm.... (^-^)



.

Saturday, December 24, 2011

the conversation

Assalamualaikum...

Salam sunyi! hujung minggu yang saaaaangat sunyi. kerana kerana semua orang BALIK. ya, BALIK kampung. ya sekarang cuti study week sebelum minggu exam. tapi tapi, aku tak mula menggunakan week ini untuk study. kerana kerana aku buat assigment dan tesis bab 1, 2, 3 kena hantar pulak 2 januari ni. ya ya, belum siap lagi. banyak banyak.

hari pertama cuti study week bermula dengan kegigihan menyiapkan assigment kimia polimer. dah tu, 3 kali aku salah tulis jawapan assigment kat atas kertas. membazir! kalau salah tulis sekerat dua ayat tak mengapa. tapi dah penuh dua mukasurat, baru perasan silap. dah la sekarang memang tak ada kertas kajang. yang ada ni pun rembat yang nisa. nak pergi rembat lagi paper nisa, dia BALIK. ya BALIK. jangan kasi aku ulang word sama boleh?

last last, buat keputusan hantar assgment ni dengan menaip. tak ada kertas punya pasal. taip punya taip baik punye. tiba tiba terfikir, jangan lah lecturer fikir aku meniru atau salin tampal. berkecai hati nanti. Dr Kay, saya tak tiru tau, kalau dr. nak suruh saya selitkan jurnal rujukan pon boleh. cuma cuma, saya tak jumpa persamaan dan graf stress-strain untuk model Takayanagi tu. yang tu, emmm.. emmm... mungkin mungkin saya salin tampal. tehee..

asal isi blog tak sama dengan tajuk ni? macam dah lari je. ok, mari kembali ke pangkal jalan. disebabkan sunyi pada malam hari, tengok tengok kat facebook, eh eh ada awek cun profile picture pokok krismas chat dengan saya la. tapi saya tengok waktu tu pukul 11 lebih. saya perasan pukul 12 lebih. kesian kat awek cun tu. tak terlayan. hak hak hak. dia ajak saya menginap di biliknya, tapi saya bukan nak menolak, cuma terfikir kerja... ahhh! kerja lagi.

lepas tu, tengok jumlah manusia online cuma berbelas orang je. mana semua orang. oh lupa, mereka mereka BALIK. lepas tu lagi, nampak adik saya budget muka korea hitam lesung gagak online la. mari kacau kerana dia tak ikut family yang lain pergi HOLIDAY. call mak tadi petang cakap ada kat pinang. haaa???? dari pergi rumah kawen kat taiping, sampai ke pinang, apa cerita? jangan cerita untuk sedapkan hati.

so, chating la dengan nik muhammad amin and this is the conversation...

gambar hiasan. promote adik.. ngeh3..

aku: kaloh mu ngan azim. hak2.. (azim dpt 7a1b pmr. kami dua beradik dpt 6a je)
amin: akak pon. spm ar amin lawan akak. haha
aku: well., we will c.. pmr x sme cam spm yek.. ingt tu..
amin: haha.. okay sis
aku: n jgn konfiden sgt, t x dpt yg target, kcewa tertonggek tonggek. mcm i..
amin: tak cnfdent pon. rase mcm tak dpt. paper awam susoh
aku: xpe, mu da usaha. skrg kne byk doa n twakal je. smyg tu jgn tnggl. kaki bulu pnoh, smyg tak pnoh.. ewwww!!!
amin: smyg penoh ea. silap ar
aku: ye dok? sbuh hok liat tu? malu ke awek.. hak2..
amin: bangun ar. tp kene 2 3 kali gerok
aku: oke. bagos. gud. great. briliant. marvelos. akak nyanyi kuat2 xde sape dgr. lakkkkk ttibe2..
amin: geng akak balek ke ?
aku: sume balik. romate akak pon balik. jiran tepi pon balik. jiran bwh pon balik. akak xde jiran ats sbb duk ats skali. jiran sblh blok balik. mmber kolej lain pon balik. SUME BALIK!!
amin: jage2. haha
aku: senyap!
amin: haha. jgn pndang b e l a k a n g.. hehe
aku: dah pandang!. geram aku bdak ni... naik bulu hidung ni ho. jht sgguh.
amin: haha. takdok mnde lah. akak bape tahun doh dok situ. tak kan takot lagi
aku: mesti la takot. kat umah pon takot nak berak malam2 kalu tgh ribut hujan, inikan pula dsini. eh amin, mende tepi mu tu. hahahahaha...
amin: haa ? apee ? motor amin laa (motor dia ltak dlm umah syg punye psl)
aku: bukan belah kiri, kanan tu. ce tgk molek
amin: aboh tgh isap rokok. haha
aku: hahahahahahhaha... aboh tok tido ag? kim salam ke aboh
amin: bru jee tdo
aku: hmmm... xpela.. nak tido da ni. ngantuk butir
amin: okay


apahal kau post pasal ko chat dengan adik kau ni aisyah??? sebab sebab sebab semua orang BALIK! noktah.





.

Wednesday, December 21, 2011

his and her day

Assalamualaikum...

Salam 1 family! wahai rakyat beta sekalian, esok berapa hari bulan?? 22/12/11 ya. boleh tahan tak cantek tarikhnya.. hahaha.. tapi dalam family besar beta, tarikh ni boleh tahan pentingnya. why? why? kerana pada esok hari, itu adek lelaki bongsu yang bernama nik muhammad azim dengan penuh perasaan gugup, gigih, gagah dan garang akan memperoleh result PMR. aigoo., akak dia yang kat sini juga boleh tahan gigil, gagap dan geram menanti result dia esok.. gurlp!!

si sono (panggilan gedik) boleh tahan yakin juga la dengan result dia esok. siap marah manja warning tuding jari kalau aku tak belanja jika dan jikalau dia dapat result bagos bagos. wah wah wah, akak kau ni tak sekaya yang kamu fikirkan dik. tapi, kau punya pasal, berapa berapa A kau dapat esok pon, akak tetap belanja. paling penting nak kamu tahu yang akak kamu ni tetap sayang nak gila kat kamu jika dan jikalau kamu tak dapat langsung A.. (siaplah!!) eh2, ber'kamu-kamu' plak..

ikhlas dari hati akak kau yang comel ini, kau adek yang baik, anak yang taat, abang yang sentiasa jaga adek adek perempuan dengan bengis, boyfriend yang budget handsome, pemain games yang tegar dan pengacau akak kau dalam toilet dengan menutup suis lampu yang setia.. InsyaAllah kalau ada doa usaha dan tawakal, baik la result yang dapat esok kan. dont worry yek!


zaman kecik kecik


zaman sederhana kecik


zaman sudah besau


lagi lagi.., ada apa dengan tarikh itu? esok juga merupakan befday adek perempuan bongsu yang bernama nik nur safiyah. esok semuanya a momment to remember untuk adek bongsu bongsu ini. adek piah plak siap bagi amaran:

'.... kalo akak dok balik umoh mase ari jadi adek, siap akak eh. adek tok kira...'

gerun gila mendengar amaran tersebut. tetapi setelah dipujuk dan diterang satu satu yang akak dia ni perlu menuntut ilmu 'jauh' di perantauan, baru dia mengerti. selamatlah duit dari dikeluarkan untuk menunaikan keinginan yang pelik pelik oleh piah. ngeh ngeh ngeh..

walauapapun, dua dua adek bongsu ni dah meningkat dewasa. semoga kehidupan kita sekeluarga sentiasa diberkati, diredhai dan dirahmati olehNya. keep being my great and wonderful sister and brother. Lots of Loves from AKAK!!


muka tembam terlebih makan


muka kurus malas makan





.

Saturday, December 17, 2011

foxs sending me a love : )

Assalamualaikum...

Salam selamat semua! hari ini rutin bermula dengan pergi lunch dengan kawan kawan.. okey, jangan ditanya kenpa rutin bermula dengan makan. lunch plak tuh. kalau breakfast tak mengapa lagi. sila teka ya mengapa sedemikian rupa. siapa bagi jawapan tepat, kasi kau senyum ke pipi cukup. macam ni senyum dia (^_______________________^) eww, macam katak!

so, lepas lunch tengok jam da pukul 1.45. sebelum mula apa kerja, mari solat zohor ambil berkat kasi tenang hati juga. then then, on laptop lah. ok, facebook menjadi keutamaan kot kot ada orang nak mengorat. cet! gatal. hahaha.. gurau gurau. i'm not that desperate. skrol skrol, bosan bosan. tutup facebook. buka blog pula kot kot ada stalker komen mintak no fon. cet! gedik. hahaha.. gurau gurau lagi. i'm not that pathetic.

okeh, skrol skrol tengok tak ada pon korang korang update blog. pemalas semua! haha.. okey, sory jangan marah marah. itu ayat tuju kat diri sendiri. tutup blog pula. kesedaran timbul bila teringat tesis kena hantar bab 1 sampai 3 sebelum habis sem. oh, tak siap lagi. dalam hati semangat berkata, mari buat! tapi tapi, sebelum tu, mari naikkan mood dengan makan gula gula feveret. foxs!

biasanya buka pembalut terus masuk dalam mulut dengan rakus sambil campak pembalut ke dalam plastik sampah dengan penuh gaya. tapi, hari ni nak tengok dulu lah gula gula fox tu, kot kot ada orang tulis no pin kad bank atm. kaya aku. but then, i received something unexpected dan melihat sambil mulut ternganga. i receive this.....


foxs love me.. : )

muka terperanjat, mulut ternganga. tangan mencapai kamera gedabak dan snap snap. (time time macam ni, kamera gedabak baru berfungsi) hati pula berkata kata lagi., olololoooo.. cweetnye foxs ni. mentang mentang i ni admire you dengan cara makan you. then, you sending me a love ea? btw, korang nampak ke tidok bentuk love kat gula gula tuh? tak nampak memang sengaja sebab jeles. hahaha.. so, i accept the love by sematkan ianya dalam perut. haha.. lastly, kau hado? ngeh3... :P





.

Thursday, December 15, 2011

a side of life

Assalamualaikum..

Salam semua! wuaaa, lamenye tak m'update kan.. blog pon dah berwajah baru nampaknya. ini semua atas kesedaran bahawasanya blog ini tak market. hahaha.. tak apalah.. tak perlu da kot aksesori kat tepi tepi segala bagai tu. siapa yang sudi membaca pon terimala kasihku yang tak seberapa ini.. btw, i like my new blog outlook. simple. ok fine siapa lagi nak puji blog kalau bukan tuan empunya. teheee..

sekarang ni sangat budget busy. student tahun akhir kat universiti mana tak busy? khabaq mai. nak pas kerja kat depa sikit. ini pon atas rasa tanggungjawab kat blog sendiri. so, curi la sikit sikit masa mencurah kasih sayang dan layanan kat blog terchenta ini. seriously aku pernah terbayang kot nak delete blog. sebab tak mampu bagi komitmen. amboi kau aisyah, macam berchenta kan. haha.. betapa perasaan kesian kat blog sendiri.. ish2..

ada masa tu, rasa macam macam nak mengadu kat blog. tapi again kekangan masa. aku sekarang betul betul tengah kejar masa. dah la kejar masa, dalam masa yang sama, macam macam nak buat. (dari tadi duk sebut macam macam) kamera gedabak yang baru beli pon tak menyempat nak godek godek. kesian kesian. masa belum dapat kamera tu, excited bukan main. bila da dapat, taruk dalam almari, kasi habuk dan bersawang. so, untuk keadilan barang barang hak milik, aku pon nak juga luangkan masa untuk kamera gedabak ini. oh ya, taruk bermaksud letak. in case, kau orang bandar tak tahu apa maksudnya kan. haha..


terasa. =.='


tiba tiba terasa lagi, life aku skema giler. mungkin aku ni tak pandai dan tak berusaha nak enjoy life sekarang. oh ya juga, in case kau salah tafsir sebab kau fikir advanced sangat maksud enjoy tu, enjoy disini bukan maksud nak go party sana sini, buat masalah sosial macam orang tak ada hala tuju. enjoy secara sihat dan minat. faham? so, boleh tak nak create another side of life???

a side of life which in time being, no need to worries about assgmnt, thesis, test and exam. life yang mana aku boleh perasan jadi orang putih berkulit gelap yang speaking english tak cair tapi beku, jadi photographer tak bertauliah, berjalan-jalan sana sini gain experience tanpa too depends on others, do something without reporting here and there. maksudnya, nak makan pon nak kena bagitau kawan kawan, nak berak pon kena bagitahu jiran sebelah bilik, nak pakai tudung pon kena pilih kerongsang matching sebab takut orang gelak, dan most importantly orang tak pandang sinis kalau kau tak reti nak pakai tudung lilit. haa???

so, kalau boleh aku nak spend kan suatu masa untuk aku manjakan diri dengan do something yang aku suka tanpa kekangan dari sekeliling. a side of life yang boleh sedarkan aku yang hidup ni sekali dan kita perlu berusaha menjalaninya dengan penuh keseronokan tanpa menyimpang di jalanNya. so lepas ni kawan kawan, jangan tanya kalau aku buat perkara perkara pelik yang aku tak pernah buat. cuma tegur kalau aku salah sebab mati hidup semula pon, aku perlukan kawan macam kau.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...