Thursday, September 15, 2011

kali terakhir

Assalamualaikum...

minggu ni ialah minggu first untuk tahun akhir kat ukm.. cuti 4 bulan yang dirasakan sesangat lama sebelum ni da berlepas dengan selamatnya.. macam-macam yang terjadi kat rumah uh. suka duka. cewah!! lupakan hal di rumah kerana saya kini berada di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk tahun yang terakhir belajar tunggang tungging ijazah sarjana muda kos teknologi kimia.

faham tak tahun akhir maksudnya apa??? maksudnya thesis@projek akhir, latihan industri, praktikal, subjek masih lagi baaanyak dan susah, berkampung dekat lab, lagi banyak kena marah kalau lupe apa yang diajar, prof/doktor semua fikir budak2 tahun akhir ni tahu segala bagai, dan dan dan paling tak boleh diterima, ada lagi orang tengok saya ini kecik molek. camne???

ok.. macam biasa, jom tengok subjek yang dipulun untuk sem ini... check it out yaw!

Mekanik Bendalir
Instrumentasi Kimia I
Reaktor Kimia
Elektrokimia
Kinetik Kimia
Kimia Polimer III
Kimia Alam Sekitar
Prinsip Pengurusan Sumber Manusia
Latihan Ilmiah I

Untuk semester kali ni, sama macam sem lepas. ambil 9 subjek. sebenarnya ambil 8 subjek je, tapi tetibe subjek Kimia Alam Sekitar yang sepatutnya kena ambil sem depan, kena ambil sem ni. sebab, sem depan kuliah subjek tu tak ada. kalau tak ada, tak kan aku nak kena extend setahun semata-mata sebab tak ambil subjek major uh. itu giler namanya.

minggu first kali ni, agak kelam kabut. tapi bukan sebab nak daftar subjek. taaaaapi, huru hara sebab nak daftar kolej. tahukah anda bahawa saya dapat flatlet? dan tahukah anda bagaimana keadaan flatlet di kolej kediaman ibrahim yaakub (KIY) yang tercinta ini. oh, rugi plak tak snap2 gambar flatlet yang dapat uh. eh, jap jap. tahu tak konsep bilik flatlet di KIY ni???

Flatlet ialah bilik single. duduk sorang, tak ada roomate. dan flatlet pompuan kolej ni belum di renovate. so, tak cantik macam kolej2 lain. itu, ok lagi. yang menjadi masalah adalah kerana, flatlet di KIY atas bukit. dah la kolej ni kolej tertinggi kat ukm, dapat plak bilik atas bukit lagi. faham tak? alah, singkatnya, kau akan daki berbukit bukit sebelum sampai ke bilik. lagi tenat kalau student fakulti sains teknologi. sebab kalau duduk flatlet, kau akan daki 3 bukit. perh perh perh!!!

jadi, disebabkan saya dapat flatlet, saya student fakulti sc teknologi, dan saya tak mahu daki bukit sekurang kurangnya 3 kali sehari untuk tahun akhir ni, maka dengan ini pakatan 'jahat' bermula. tapi bukan jahat pon. cume terlebih sudah dari yang disaran dan dibenarkan. kih kih kih..

ringkasnya, pakatan bermula bila cik wani ajak tukar bilik dengan member dia. then mulalah sesi cari mencari dan tukar menukar bilik. sampai pakatan menyebabkan 6 orang berjaya menukar bilik secara bersilang. faham fahamla ek camne silang bersilang tu. akhirnya, aku dapat bilik di blok asrama tingkat 4 dan dapat plak roomate yang stylo dan baik. okeylah kan.

so, terima kasih sangat2 kat member2 yang banyak membantu. aku sebenarnya dan redha dah kalau dapat flatlet atau bilik asrama mana2 pon. tapi, disebabkan member2 yang banyak bantu, dapat bilik yang best. terima kasih terutama untuk cik wani, cik sue, dan cik nisa.. budi dan jasamu yang telah ditabur untuk sahabatmu ini akan dikenang. hehe...

apa-apa pon, ini adalah kali terakhir untuk kelam kabutkan diri pasal bilik. sebab lepas ni, dah tak ada dah. dah tak payah susah susah kena aktif kolej sebab takut kena buang kolej. semua tu dah berlalu sebab saya kini dah tahun akhir. dah senior la katakan.. hehe.. ;P



untuk tahun akhir ini, saya nak belajar elok elok. lebih elok dari tahun tahun lepas sebab saya nak topi kat atas tu dipakai dengan bangga sekali apabila kertas yang diikat dengan riben merah itu tertulis result saya yang cemerlang. doakan ek! luv ya!! :)


p/s: rindu nak borak2 dengan roomate lame.. :(

6 comments:

핑크색의 여인 said...

wuhuuuu....minggu yang kelam kabut kan...nasib kite dapat tukar...kalau x, naye nak naik trun bukit byk2 hari2...ohh tidak...tak sanggup... ape2 pun alhamdulillah~

Nik Aisyah said...

alhamdulillah...
cik wani best la lg.. dpt bilik aras 1 jek.. xyah naik 50 ank tangga.. haha.. :P

핑크색의 여인 said...

hahhaha....:D

Nik Aisyah said...

panjang mana da list nama yg tkar blik ek??? lawak la.. haha..

핑크색의 여인 said...

asenye dah 13/14 cmtue lah....hahahahha...sok boley lah anta kowt~

Nik Aisyah said...

haha.. better anta cpt sblm smakin btambah n cik wani amik alih keje kerani ofis kiy.. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...