Tuesday, September 20, 2011

bila mak saya terbang lagi..

Assalamualaikum…


Okey, sebelum kita melanjutkan diri tentang tajuk post. Mari kita berdoa untuk hari esok supaya saya dapat tajuk tesis yang diminta2 dan mendapat penyelia a.k.a prof yang baik yang kalau tak ingat apa yang diajar sebelum ni hanya dapat senyuman sinis dan bukannya panahan mata yang tajam dan menusuk di kalbu serta kata-kata kritikan yang tidak membina. Aaamiiinnn…


Cuak weyh. Serius. Lepas ni kena tekun, gigih, sabar, usaha, usaha, usaha untuk impress prof yang dia dapat student yang bukannya tak tahu apa-apa pasal research yang dikaji. Dan itu adalah perkara yang sangat mencabar untuk dilakukan. Minta minta dipermudahkan semua urusan.. Aminnn…


So, berbalik kepada tajuk post. Bila emak saya terbang lagi ke negera tembok besar, China. Semestinya saya rasa jeles. Kerana ya, kali ini emak saya pergi ke Beijing. Kalau dulu saya pergi ke Guangzhou dan Shenzhen dan kedua2nya ialah tempat shopping. To be honest, saya tak berapa reti shopping. So, bila dapat tau mak pergi Beijing yang ada baaanyaaaakkkk tempat cantik2.., ya ya saya jeles.


Tapi harapan untuk follow memang tak ada. Noktah. Nak ikut sampai tak nak lepas kaki mak, rayu leleh air mata hidung semuanya tak berguna. Kumpul duit sendiri la kau aisyah. Berangan jalan2 jauh, duit pokai. Nasib baik pergi Guangzhou mak belanja (walaupon mula2 cakap nak guna duit sendiri@biasiswa jpa) ngeh3.. luv you la mak.


Dulu rezeki mak, aku dan kakak aku pergi jalan2 ke china. Sekarang rezeki mak lagi dengan along dan isteri@menantu mak@kakak ipar aku plak sebab trip ke Beijing ni under along punya ofis. Wah, honeymoon+ celebrate befday along I sampai ke china. Dah la dia pergi china free, ofis tanggung. Kelas kau along! Ahakkk..


Aku dulu naik flight Air Asia jek. Naik kat LCCT jek. Mereka2 ni pergi naik flight kat KLIA, naik MAS lagi. Kelas uolls!! Tak kisah la naik apa pon.. yang penting harap sangat selamat sampai, selamat masa kat sana, selamat balik sini semula, dan selamat semuanya… aminnn…



p/s: Ole2 untuk keluarga besar jangan lupa! :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...