Wednesday, June 22, 2011

Mai P Utaro!!

Assalamualaikum...

Masih di dalam bulan cuti coti semester yang panjang. dan akhirnya aku punya cuti sem kali ini terisi dengan pergi melancong. yeayy!!! jap jap.., giler kentang je bunyi melancong kan. ok, words yang sesuai ialah lawatan sambil membeli belah. sounds better.

(sila baca dengan gaya pengacara kanak-kanak tv9)
mari adek2 kita lihat informasi dan ilmu pengetahuan yang kita pelajari sepanjang lawatan sambil membeli belah di negeri side utara semenanjung malaysia. mula mula kita ke negeri perlis ye adik2.


PERLIS
perlis indera kayangan ialah tempat lawatan utama dalam segmen kali ini. Perlis merupakan negeri yang mempunyai wilayah kawasan yang paling kecil di malaysia. keluasannya dianggarkan... erkk...(tanya pak cik google). perjalanan kami dari kuantan ke perlis mengambil masa 12jam dan ini boleh dikatakan lama dari biasa kerana kami mendapat driver bas yang memandu dengan 'saaaangat berhemah' a.k.a 'perlahan'.

destinasi pertama kami sebaik sahaja sampai di perlis ialah ke Hutan Rimba Herba. di sini terdapat pelbagai jenis pokok herba yang mempunyai peeeelbagai kegunaan. antaranya, pokok lidah jin, lengkuas kecil dan yang paling unik ialah pokok susu nabi. pelik kan adik2?????

disini juga terdapat perkhidmatan rendaman kaki dalam minyak herba serta urutan kaki. bayaran dikenakan ialah rm10 selama 20minit.










destinasi kedua kami ialah ke Padang Besar,Perlis. kawasan ini terkenal dengan jualan barangan dapur, barangan rumah, jajan, pakaian, aksesori, kraftangan dan lain-lain. dan disinilah hampir 1/2 duit saya habis dibelanjakan. info yang sangat berguna untuk memberitahu anda semua bahawa anda mudah tergoda dengan barang dan harga yang ditawarkan.




ini emak saya. sekian.


pada keesokan harinya, kami melawat ke Muzium Kota Kayang yang terletak di kaki bukit. yea, nama kawasan tersebut ialah kaki bukit dan tempatnya semestilah di kaki bukit. terdapat pelbagai barangan sejarah yang dipamerkan untuk menambah ilmu pengetahuan yang tak berapa banyak dalam kepala tak berjambul ini mengenai negeri perlis indera kayangan.




di kaki bukit



perjalanan diteruskan ke kuala perlis untuk membeli buah mempelam harum manis. pernah dengar tak adik2??? sebenarnya agenda utama kami ialah melawat ke kebun mempelam harum manis yang popular di perlis, tetapi malangnya di'cancel'kan atas sebab tertentu. jadi kami ke kuala perlis untuk membeli mempelam yang ala-ala mempelam harum manis sambil pekena laksa perlis yang best!


KEDAH
memandangkan perjalanan balik ke kuantan akan melalui negeri kedah, jadi jalan-jalan lah kami di kedah negeri jelapang padi. btw, for ur info guys, aku giler suka pemandangan kat sawah padi. bapak cantik!!! rela korban tidor dalam bas sebab tak nak miss tengok padi. sejauh mata memandang kot. kiri kanan paling kat luar tingkap bas sebab tak nak rasa rugi+menyesal di kemudian hari. haishh, nak kawen orang kedah xde yang kenal. jauh plak nak kena hantar rombongan sambut menantu nanti. teheee...



di kedah, selain berpuas hati tengok pemandangan yang hijo, kami ke Pekan Rabu. dulu dulu pekan rabu ini hanya dibuka pada hari rabu sahaja. tetapi sekarang, disebabkan ekonomi yang membangun, bukan hari rabu aje yang bukak, hari lain pooon bukak. eh.,eh., ayat skema dah hilang. ehem2.... di pekan rabu juga terdapat banyak barangan yang dijual, sama tak serupa seperti di padang besar perlis. kelainannya ialah terdapat lebih banyak ubat-ubatan yang dijual disini.








PERAK
perak ialah negeri persinggahan kami dalam perjalanan ke perlis. pemandangan paling menarik di perak ialah apabila melalui highway. lebuhraya mereka ialah di tepi gunung. cantik! terutama apabila perjalanan di lebuhraya memasuki bandar ipoh dari kedah. dan hentian rehat dan rawat di kuala kangsar iaitu r&r sungai perak sangat best sebab surau dia cantik. hehe..




Sekian segmen Mai P Utaro kali ini. sehingga berjumpa lagi di masa yang datang dan waktu yang tak sama. Adios Amigos Mia Morrrrr.... (:

6 comments:

nIk nUr LiyAni said...

shedih xdapat joiinnn..memandangkan sudah bekerja kan..nk wat cmne kn...sob..sob..wawawaaaaa...

Nik Aisyah said...

tak pewww.. ade masheww kitewww p jalan2 kat lain tawww.. hehehe..
(ayat gedik)

cebisankenangan said...

pergh... sekali harung, 3 negeri lu belasah der... jeles3..

byk ker shoping??? sape lg p? (byk plak soklan kn.. hihi)

sukekn tgk sawah pd yg mghijau. tenang terasa di hati...hahaha

Nik Aisyah said...

haha.. bile lg nk harung mgharung an..hehe..
byk beli jajan jekk. kpuasan mlihat mkanan.. p ngan mak jekk.. mgimbau kngn melancong bdua ngan mak sblm msuk mtrx dulu..negeri same cume x p lngkawi je.. huhu..
i loike sawah!! (:

핑크색의 여인 said...

wuuu wuuu....sewonoknya dia p jalan~

Nik Aisyah said...

hehe.. best2!! (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...