Wednesday, June 22, 2011

Mai P Utaro!!

Assalamualaikum...

Masih di dalam bulan cuti coti semester yang panjang. dan akhirnya aku punya cuti sem kali ini terisi dengan pergi melancong. yeayy!!! jap jap.., giler kentang je bunyi melancong kan. ok, words yang sesuai ialah lawatan sambil membeli belah. sounds better.

(sila baca dengan gaya pengacara kanak-kanak tv9)
mari adek2 kita lihat informasi dan ilmu pengetahuan yang kita pelajari sepanjang lawatan sambil membeli belah di negeri side utara semenanjung malaysia. mula mula kita ke negeri perlis ye adik2.


PERLIS
perlis indera kayangan ialah tempat lawatan utama dalam segmen kali ini. Perlis merupakan negeri yang mempunyai wilayah kawasan yang paling kecil di malaysia. keluasannya dianggarkan... erkk...(tanya pak cik google). perjalanan kami dari kuantan ke perlis mengambil masa 12jam dan ini boleh dikatakan lama dari biasa kerana kami mendapat driver bas yang memandu dengan 'saaaangat berhemah' a.k.a 'perlahan'.

destinasi pertama kami sebaik sahaja sampai di perlis ialah ke Hutan Rimba Herba. di sini terdapat pelbagai jenis pokok herba yang mempunyai peeeelbagai kegunaan. antaranya, pokok lidah jin, lengkuas kecil dan yang paling unik ialah pokok susu nabi. pelik kan adik2?????

disini juga terdapat perkhidmatan rendaman kaki dalam minyak herba serta urutan kaki. bayaran dikenakan ialah rm10 selama 20minit.










destinasi kedua kami ialah ke Padang Besar,Perlis. kawasan ini terkenal dengan jualan barangan dapur, barangan rumah, jajan, pakaian, aksesori, kraftangan dan lain-lain. dan disinilah hampir 1/2 duit saya habis dibelanjakan. info yang sangat berguna untuk memberitahu anda semua bahawa anda mudah tergoda dengan barang dan harga yang ditawarkan.




ini emak saya. sekian.


pada keesokan harinya, kami melawat ke Muzium Kota Kayang yang terletak di kaki bukit. yea, nama kawasan tersebut ialah kaki bukit dan tempatnya semestilah di kaki bukit. terdapat pelbagai barangan sejarah yang dipamerkan untuk menambah ilmu pengetahuan yang tak berapa banyak dalam kepala tak berjambul ini mengenai negeri perlis indera kayangan.




di kaki bukit



perjalanan diteruskan ke kuala perlis untuk membeli buah mempelam harum manis. pernah dengar tak adik2??? sebenarnya agenda utama kami ialah melawat ke kebun mempelam harum manis yang popular di perlis, tetapi malangnya di'cancel'kan atas sebab tertentu. jadi kami ke kuala perlis untuk membeli mempelam yang ala-ala mempelam harum manis sambil pekena laksa perlis yang best!


KEDAH
memandangkan perjalanan balik ke kuantan akan melalui negeri kedah, jadi jalan-jalan lah kami di kedah negeri jelapang padi. btw, for ur info guys, aku giler suka pemandangan kat sawah padi. bapak cantik!!! rela korban tidor dalam bas sebab tak nak miss tengok padi. sejauh mata memandang kot. kiri kanan paling kat luar tingkap bas sebab tak nak rasa rugi+menyesal di kemudian hari. haishh, nak kawen orang kedah xde yang kenal. jauh plak nak kena hantar rombongan sambut menantu nanti. teheee...



di kedah, selain berpuas hati tengok pemandangan yang hijo, kami ke Pekan Rabu. dulu dulu pekan rabu ini hanya dibuka pada hari rabu sahaja. tetapi sekarang, disebabkan ekonomi yang membangun, bukan hari rabu aje yang bukak, hari lain pooon bukak. eh.,eh., ayat skema dah hilang. ehem2.... di pekan rabu juga terdapat banyak barangan yang dijual, sama tak serupa seperti di padang besar perlis. kelainannya ialah terdapat lebih banyak ubat-ubatan yang dijual disini.








PERAK
perak ialah negeri persinggahan kami dalam perjalanan ke perlis. pemandangan paling menarik di perak ialah apabila melalui highway. lebuhraya mereka ialah di tepi gunung. cantik! terutama apabila perjalanan di lebuhraya memasuki bandar ipoh dari kedah. dan hentian rehat dan rawat di kuala kangsar iaitu r&r sungai perak sangat best sebab surau dia cantik. hehe..




Sekian segmen Mai P Utaro kali ini. sehingga berjumpa lagi di masa yang datang dan waktu yang tak sama. Adios Amigos Mia Morrrrr.... (:

Saturday, June 18, 2011

Soalan dan Jawapan

Assalamualaikum...


untuk ingatan dan kesedaran diri sendiri dan perkongsian bersama. yang baik mesti kita share kan? sharing is caring, caring is love!! (:


Satu Soalan Buat Hawa.

Pandang kanan, awek shawl merah jambu. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci.

WOW.


***


Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?


Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?


Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?


Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~


Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?


Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?


Baca ni ;

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.


Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.


Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?


Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~


"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT


Saturday, June 4, 2011

Sebulan sudah

Assalamualaikum...

Pejam nguap celik golek, dah sebulan bercuti sakan di rumah. Setakat ni, Alhamdulillah istilah bosan, boring bercuti belum lagi terkeluar dari mulut. Walaupun weekdays bagaikan berulang. Nak tau ke schedule saya di rumah yang tak bosan dan boring nih??? Ah, kau tak nak tahu sudah, ada aku kesah (gaya yus jambu). errkk,, malas la nak cerita. Lalalaaa…

tapi, walaupun dah sebulan cuti, wayang gua belum terjah der, kereta plak baru drive 2 kali beb, resepi yang baru try test masak baru 3 jenis, dating ngan teeetttt tak yah tanya la an. memang langsung tak. eh, yang bab dating uh, astaghfirullah! korang fikir pe? ishk2..

buka facebook menguji tenaga zahir. buka blog setakat baca korang punya cerita mampu la. tapi kalau aku start menaip je, tenaga zahir+batin aku dah tak mampu tanggung kelembapan internet di rumah. al maklum, dah terbiasa dengan internet laju kat kolej an, lambat skit internet kat umah ni, off terus lappy aku.. haha.. kurang penyabar kau aisyah.

tambah lagi ni ha. button 'enter' lappy tercabut pulak dah! ini gara-gara adik aku azim pergi install PES kat dalam lappy yang dah sedia bentat ni. saja tuduh adik plak kan, padahal kau yang ganas guna lappy sebelum ni. teruk kau aisyah main tuduh-tuduh.

tapi tak apa la.. cuti lagi tiga bulan kot. baaaaanyak lagi masa ada, insyaallah diizinkan. cuti sebulan ni pon da macam macam da buat. dah ada new hair style.huahuahua. dah pergi picnic, dah mandi pantai, dah habiskan cerita dream high. dah pergi funfair. dah pergi kenduri kawen 4 kali. dah dapat tengok maharaja lawak berulang ulang kali kat tv.oh, dah dapat jumpa zizan kat jom heboh. ihik ihik.

hari tu plak dah cuci banyak gambar cun-cun termasuk gambar pergi china. so, tinggal nak beli album untuk simpan gambar tu. banyak aku cuci. tapi seronok tengok gambar yang dah di cuci tu. kenangan time first year and second year di UKM. eh, tibe tibe cerita pasal cuci gambar kan. haha..

orait! kalau tahap kesabaran saya mampu diatasi dan dikawal macam sekarang nih duduk sorang sorang awal awal pagi nih, ada la cerita yang bakal di update dalam masa akan datang. budget famous je kan aku. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...