Tuesday, April 19, 2011

tumbesaran si manja, si comel, si cantik, si ayu, si handsome dan si kacak


Assalamualaikum...

olla!! hari ini, disebabkan kebahagiaan melanda sudah 5 paper dah berjaya digoreng, maka moh kita update blog. yeay!!! next 3 days, another 3 papers untuk digoreng goreng. lepas 3 days, 3 paper, maybe 30 april, saya balik rumah yaw! 4 bulan cuti yaw! yeay lagi!! happy yaw! excited yaw! kalau tiket habis padam muka aku yaw! =_='

tajuk entry tak gila gempak tapi panjang mencapub. tumbesaran si manja, si comel, si cantik, si ayu, si handsome dan si kacak. aisyah, kau tak belajar english ek? handsome=kacak. takde istilah lain ke? so, siapakah gerangan yang perasan ayu, comel, manja kacak sangat nih? tak nak teka? teka la teka la..

lambat la kau. aku bagitau sape eh eh. mereka adalah adik adikku. yea, kiralah sekarang berapa ramai dan +my new anak sedara. motif post pasal tumbesaran adik2?? ikut suka aku. hahaha.. kalau kau tahu maksud rindu kau paham. biasalah tu, dekat dekat habis exam dan dah nak balik rumah, nik nur aisyah memang suka buat perangai mengada touching lebih lebih. terutama kalau dengar suara adik adik. tengok adik online kat fb, rase macam duduk sebelah sebelah. tapi aku je beriya iya chatting sakan. adik adik no feeling chat ngan akak dia? tak rindu akak kau sorang ni, tak merasa kfc lepas ni. *sila gerun dengan amaran ini

dah rindu apa kau buat nokk??? buka la folder picture title family kat laptop. buka plak folder gambar dulu dulu. gelak sorang sorang tengok muka suci masing masing. tambah tambah ada plak video menyanyi depan webcam laptop sambil joget retro ramai ramai. meriah. balik ni nak rakam lagi la. nyanyi lagu stacy aku jahat plak. piah suka. kita ajak stacy(kucing kami) menari jugak.

so, dah belek belek gambar. baru la perasan yang adik adik aku semuanya dah besor besor. alhamdulillah sihat sihat semua. gaduh gaduh berebut makanan biasa dowh. keluarga besar itulah kerja dan rutin kat rumah. tapi, balik nanti aku duduk sorang sorang plak. dah semua besor, pergi sekolah semua. bertambah la waktu tidur aku kat rumah nanti. ini bahaya.

apa kata kita tengok sekeping dua gambar adik adik aku. tehee.. kalau kau nak tengok lah.. hik..


si manja:
anak buah aku, arissa lepas beberapa minggu or bulan kelahirannya dalam dakapan mak aku, tok wan arissa. alolololooo..
sekarang....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

macam da nak pergi haji.. dah besar dah besar...


si comel:

safiyah yang masa keciknya pipi tembam giler. sedap jadi bahan kiss kiss.. hehe..
sekarang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

wajah terbaru tanpa gigi.. haha.. dah tak ada pipi yang boleh cubit sudah.. sekarang tadika.


si cantik:
hidayah adik saya yang sorang ni memang cantik yea. bawak dia pergi mana-mana, aku orang tak pandang. eh, x jeles x jeles.
sekarang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

fotogenik orangnya. dah pandai bergaya sikit. darjah 5..


si ayu:
hikmah @ cuteh yang memang putih sebab dia albino. kulit aku ngan dia ala ala bendera negeri pahang. faham x perasan aku??? =.='
sekarang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kan dah cakap ayu.. kalah aku uh.. tingkatan satu sudah..


lihatlah mereka adik adik perempuanku.. penyeri, pekongsi kongsi cerita...


si handsome:
azim yang dulu dulu sangat malas. main je tau. haha...
sekarang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



handsome la seposen.. sekarang dah tak malas, boleh suruh sapu sampah kat rumah dan sidai kain dengan tolong masak. tingkatan 3 pmr. tengok boleh lawan akak dia x result..


si kacak:
amin yang mata sepet. yang ni anak mak ala ala korea mari.. bab mata je lah.
sekarang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

awek mane je tak tengok dia? jeles i.. haha.. dah la muke kau tak ade jerawat. tenyeh muka guna pencuci sama je macam aku. motif jerawat aku tak hapus?? tingkatan 5 spm.. lawan aku jugak result spm uh nanti..


dengan adik laki dua orang ini aje lah yang duk suruh pergi sana sini, gosip awek baru.. balik ni kena jadi cikgu tutor tuk diorang. siap kau cakap aku x dengar.. *sila gerun juga dengan amaran ini..


gambar iklan.. kucing kami tu nama dia stacy. abah bagi nama tu sebab time kucing ni mai umah, stacy(penyanyi) tengah femes. stacy suka kejar n gigit kaki kalau sape sape tengah jalan. pernah la sepuluh kali 'ter'terajang stacy.. kesian. hahaha...



balik cuti ni macam macam plan dah nak buat. nak gosip, nak jadi cikgu, nak masak resepi baru, nak masak puding ngan angah, nak joget rakam lagu ngan adik adik, nak picit kaki abah, nak tengok barang mak beli dari china, nak tengok si manja arissa, nak belajar kereta sampai boleh drift, nak piknik, nak tengok wayang, nak itu nak ini..

rindu jugak dekat mak, abah, along, angah dan acik. tapi..... ishk, malulah nak post pasal korang. ihik3.. kalau adik adik ni macam boleh lagi nak mengada ngada. sebab akak kan kakak....


6 comments:

bilahatiberbicara said...

wah....
bestnyer!!!!
terasa jeles di sini.........
(>.<)

Nik Aisyah said...

hehehee...

nik nur hikmah said...

akak...bestnye bace nak nangis pun ade gak...akak i miss u so much nanti balik ajar i math okey...i like very2 much your story in your blog u r my idol nik nur aisyah!! :)

Nik Aisyah said...

oh..oh..oh.. si ayu m'komen blog i.. haha.. i know every single of u miss me too.. that's why this post had been published.. hahaha.. tggu i balik..

nIk nUr LiyAni said...

kahkahkah..nk pecah pewut duk gelak kt niknurhikmah..kahkahkah...xpelaaa..layan je..hehehe

Nik Aisyah said...

tahu dakpe.. ayat terbaekkkk.. ahaha.. layannnn....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...