Tuesday, April 19, 2011

tumbesaran si manja, si comel, si cantik, si ayu, si handsome dan si kacak


Assalamualaikum...

olla!! hari ini, disebabkan kebahagiaan melanda sudah 5 paper dah berjaya digoreng, maka moh kita update blog. yeay!!! next 3 days, another 3 papers untuk digoreng goreng. lepas 3 days, 3 paper, maybe 30 april, saya balik rumah yaw! 4 bulan cuti yaw! yeay lagi!! happy yaw! excited yaw! kalau tiket habis padam muka aku yaw! =_='

tajuk entry tak gila gempak tapi panjang mencapub. tumbesaran si manja, si comel, si cantik, si ayu, si handsome dan si kacak. aisyah, kau tak belajar english ek? handsome=kacak. takde istilah lain ke? so, siapakah gerangan yang perasan ayu, comel, manja kacak sangat nih? tak nak teka? teka la teka la..

lambat la kau. aku bagitau sape eh eh. mereka adalah adik adikku. yea, kiralah sekarang berapa ramai dan +my new anak sedara. motif post pasal tumbesaran adik2?? ikut suka aku. hahaha.. kalau kau tahu maksud rindu kau paham. biasalah tu, dekat dekat habis exam dan dah nak balik rumah, nik nur aisyah memang suka buat perangai mengada touching lebih lebih. terutama kalau dengar suara adik adik. tengok adik online kat fb, rase macam duduk sebelah sebelah. tapi aku je beriya iya chatting sakan. adik adik no feeling chat ngan akak dia? tak rindu akak kau sorang ni, tak merasa kfc lepas ni. *sila gerun dengan amaran ini

dah rindu apa kau buat nokk??? buka la folder picture title family kat laptop. buka plak folder gambar dulu dulu. gelak sorang sorang tengok muka suci masing masing. tambah tambah ada plak video menyanyi depan webcam laptop sambil joget retro ramai ramai. meriah. balik ni nak rakam lagi la. nyanyi lagu stacy aku jahat plak. piah suka. kita ajak stacy(kucing kami) menari jugak.

so, dah belek belek gambar. baru la perasan yang adik adik aku semuanya dah besor besor. alhamdulillah sihat sihat semua. gaduh gaduh berebut makanan biasa dowh. keluarga besar itulah kerja dan rutin kat rumah. tapi, balik nanti aku duduk sorang sorang plak. dah semua besor, pergi sekolah semua. bertambah la waktu tidur aku kat rumah nanti. ini bahaya.

apa kata kita tengok sekeping dua gambar adik adik aku. tehee.. kalau kau nak tengok lah.. hik..


si manja:
anak buah aku, arissa lepas beberapa minggu or bulan kelahirannya dalam dakapan mak aku, tok wan arissa. alolololooo..
sekarang....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

macam da nak pergi haji.. dah besar dah besar...


si comel:

safiyah yang masa keciknya pipi tembam giler. sedap jadi bahan kiss kiss.. hehe..
sekarang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

wajah terbaru tanpa gigi.. haha.. dah tak ada pipi yang boleh cubit sudah.. sekarang tadika.


si cantik:
hidayah adik saya yang sorang ni memang cantik yea. bawak dia pergi mana-mana, aku orang tak pandang. eh, x jeles x jeles.
sekarang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

fotogenik orangnya. dah pandai bergaya sikit. darjah 5..


si ayu:
hikmah @ cuteh yang memang putih sebab dia albino. kulit aku ngan dia ala ala bendera negeri pahang. faham x perasan aku??? =.='
sekarang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kan dah cakap ayu.. kalah aku uh.. tingkatan satu sudah..


lihatlah mereka adik adik perempuanku.. penyeri, pekongsi kongsi cerita...


si handsome:
azim yang dulu dulu sangat malas. main je tau. haha...
sekarang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



handsome la seposen.. sekarang dah tak malas, boleh suruh sapu sampah kat rumah dan sidai kain dengan tolong masak. tingkatan 3 pmr. tengok boleh lawan akak dia x result..


si kacak:
amin yang mata sepet. yang ni anak mak ala ala korea mari.. bab mata je lah.
sekarang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

awek mane je tak tengok dia? jeles i.. haha.. dah la muke kau tak ade jerawat. tenyeh muka guna pencuci sama je macam aku. motif jerawat aku tak hapus?? tingkatan 5 spm.. lawan aku jugak result spm uh nanti..


dengan adik laki dua orang ini aje lah yang duk suruh pergi sana sini, gosip awek baru.. balik ni kena jadi cikgu tutor tuk diorang. siap kau cakap aku x dengar.. *sila gerun juga dengan amaran ini..


gambar iklan.. kucing kami tu nama dia stacy. abah bagi nama tu sebab time kucing ni mai umah, stacy(penyanyi) tengah femes. stacy suka kejar n gigit kaki kalau sape sape tengah jalan. pernah la sepuluh kali 'ter'terajang stacy.. kesian. hahaha...



balik cuti ni macam macam plan dah nak buat. nak gosip, nak jadi cikgu, nak masak resepi baru, nak masak puding ngan angah, nak joget rakam lagu ngan adik adik, nak picit kaki abah, nak tengok barang mak beli dari china, nak tengok si manja arissa, nak belajar kereta sampai boleh drift, nak piknik, nak tengok wayang, nak itu nak ini..

rindu jugak dekat mak, abah, along, angah dan acik. tapi..... ishk, malulah nak post pasal korang. ihik3.. kalau adik adik ni macam boleh lagi nak mengada ngada. sebab akak kan kakak....


Saturday, April 9, 2011

jom tengok jadual!

Assalamualaikum... :)

New entry dua hari sebelum exam.. rajin nokk.. haha.. tak ada pape, just nak sharing sharing jadual exam aku untuk semester 2 tahun 2 nih.. 8 paper okeyh.. wuaaaa.. banyak2.. eh, eh.., tak apalah tak apalah.. calo calo!

11/04 - Makmal Teknologi Kimia II
13/04 - Teknik Matematik II
19/04 - Kaedah Pemisahan
21/04 - Kimia Polimer II
22/04 - Pengurusan Industri Kimia
26/04 - Pemangkinan dalam Industri
28/04 - Prinsip Proses Kimia
29/04 - Termodinamik Kimia


oyeah! yang bestnya, exam kali ni banyak petang.. so, pagi uh boleh checking2, semaking2 lagi.. tapi tak best jugak sebab lambat habis. kalau pagi, cepat je habis rasanya.. never mind never mind..

holamakk! yang tak bestnya, 3 paper tak ada gap. selang satu hari antara 1 n 2 paper direct.. 2 kali plak uh.. mati mati.. kesimpulannya, aja aja fighting! good luck semua! mintak maap banyak2 nak exam nih.. halalkan ilmu yang kita receiving, giving and sharing... Gambateh! :)



***study week saya kali ni banyak dihabiskan dengan perkara yang tak berkualiti.. haddoooihhhh!!! :(

Saturday, April 2, 2011

cuti-cuti China 3


Salam...

yaw yaw semua.. hows ur day? me? B O R I N G!! even another one week, nak pergi berperang. menyempat je kan m'update blog. takpe, takpe.. kepuasan diri sebelum malam mengigau ngigau. so, kali ni nak story hu ha hu ha pasal cuti cuti china pada hari ketiga.. lets checking2.. :P


hari ketiga, bangun pagi. tidor di salah sebuah hotel kat Guangzhou n yea, forget already ape ke nama hotel tuh.. hari ketiga dimulakan dengan melawat one of the famous spotlight in Yuexiu Park which is Five Rams Statue. Statue ini dibina pada 1959 and it is the symbol of Guangzhou. kalau ada yang ingat, semasa sukan asia yang berlangsung di Guangzhou dulu, ada lambang seperti di bawah..




jadi, sebenarnya lambang yang digunakan semasa Asian Games ini ialah Five Rams Statue. dan yea yea, semestinya bergambar lah saya. kat kawasan park ni banyak sourvenier yang dijual. tapi kami dinasihati untuk tidak membeli kerana harganya yang agak mahal+low kualiti=mudah rosak. so, tak ade ole-ole di Five Rams Statue ni. ngeh3..


tanduk hilang.. haha..


menyibukkan diri kat aunty2 yang tengah ber'taici.. haha.. :P




next! destinasi seterusnya ialah ke salah sebuah syarikat yang menjual krim@losyen mujarab. haha.. macam kat malaysia la.. siap ada demo pegang besi panas n after about 3-5 minutes, kesan burn sebab pegang besi panas tu hilang serta merta lepas sapu losyen tu. melopong mulut akuh.. eh2, tak jugak tak jugak.. beli ke losyennye? tettttt... tak jugak.. hahaha..


seterusnya perjalanan diteruskan melawat ke Makam Saad bin Abi Waqas. sedikit maklumat, Saad Abi Waqas merupakan antara pemuda yang terawal memeluk islam. dikatakan antara orang ketiga/keempat yang memeluk islam. beliau merupakan hamba Allah yang sangat menghormati kedua orang tuanya.. kisah lanjut tentang beliau, rajin rajinlah tanya pak cik google okey. Kawasannya luas. selain makam tersebut, ada masjid dll dan non-muslim are not allowed. so, kitorang masuk tanpa guide oleh mr. chen yang handsome.


makam Saad Bin Abi Waqas


i tak tau ape maksud tulisan cina tu.. mintak2 tak maksud bukan2.. hehe..


then, makan time. then then lagi, Shoping time!! A G A I N.. haha.. kali ni, kitorang shoping di Beijing Road. tapi bukan di beijing yea. namanya sahaja. suasana kat beijing road perh perh. penuh giler manusia. saaaangat ramai. dalam hati tertanya tanya: camne nak shoping nih??


lebih kurang satu jam pertama, aku n akak aku surrender. dari pangkal sampai hujung jalan berjalan. tu pon x sampai betul betul hujung jalan.. sudah penat berjalan tanpa membeli apa-apa. berebut tempat duduk nak rehat jangan cerita. haha.. da la kitorang agak menjadi tatapan sebab mungkin diorang pelik tengok kami kami. terasa diri ini seperti Siti Nurhaliza.. x pon, Selena Gomez, lagi gempak, Fara Fauzana. erkkk????


tapi time ni tak nampak ramai n crowded sangat plak kan? haiyaaa...


pastu last last, ada la beli hand bag untuk mak, skirt untuk safiyah, accessories.. lagi lagi.. oh, itu sahaja. tapi yang uniknya di beijing road ni, disamping kedai kedai yang menjual, terdapat juga pameran jalan. camno tu? haha.. mereka pamerkan jalan-jalan asal kat situ. seperti contoh, keadaan jalan pada zaman dinasti sekian sekian sekian.. banyak sangat dinasti yang ada. tak plak aku take note n ingat yea. sorry. korang paham x? dapat bayang x? ishk, payah la korang ni. meh tengok gambar.. :P


bawah cermin kaca ni la ada keadaan jalan waktu zaman dahulu kala yang belum diusik untuk dijadikan pameran..


gambar sekadar hiasan.. which one is mine? lol..
(kaki kaki yang penat)


antara pemandangan yang sempat di snap di dalam bas. sebenarnya waktu gambar ni di snap ialah waktu tengah hari. macam awal pagi kan?


last but not least, lepas penat shoping kat beijing road, release keletihan dengan naik cruise. aiyaaaa... super duper syok naik cruise.. most priceless momment. sebelum naik tuh, pekena plak air nyor/kelapa n dihiburkan dengan penghibur jalanan.. layan layan..





atas cruise plak, lagi masyuk.. dapat tengok pemandangan di sekitar bandar Guangzhou. 3 jambatan kitorang redah n jarak antara jambatan tu bukan dekat ye. betapa lamanya berada di atas cruise. tapi seronok. kalu bersama insan tersayang, terchenta tu lagi la.. macam honey moooon da.. jeles tengok all the aunty n uncle hold on their partner tight with love.. hahaha.. eh, ak ngan akak aku pon sama layan.. citer2 dari hati ke hati.. mood mmg kena.. haha..


angah yang sedang mengawal diri supaya tidak mabuk.. hahaha...


suasana dalam cruise.. best.. :)




antara pemandangan ketika di atas cruise.. cantekkkk... layannnn... :)


so, the day ends there.. kemudian kitorang terus balik hotel lepas mencekik. makanan kat sane memang tak nak komplain langsung sebab SEDAP SEDAP SEDAP! burppppp!!!


nyam..nyam..nyam...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...