Tuesday, March 22, 2011

cuti-cuti China 2

Salam...

hi..hi..hi.. hari yang indah, hujan turun mengulik ulik tidow saye mjadi berjam jam jam dan jam.. haha.. perfect time.. suke suke! so, arini nak cerita kenangan bercuti di China untuk hari kedua pula.. :)


hari kedua di Shenzhen. bermula dengan bangun dari tido.. suhu rasanya 20 celcius kot.. mesti mandi.. dan di China, saya dan kakanda tercinta tidak menggunakan peluang keperakan untuk breakfast di kafe hotel secara percuma. mengapakah? pertama sebab konpem tak bangun awal dan kedua kerana diberitahu makanan kat situ tak halal KECUALI roti.. so, pikir2, baik makan roti malaysia mari sudah..


turun kat lobi hotel, tunggu all the uncle's n aunty's, kami ronda2 di luar hotel sekejap. sekejap jek. bagasi2, beg2 sume da dibawa turun sebab kami akan terus berangkat ke Guangzhou pada malam hari.. so, kire da tak balik hotel la..


kat depan Shanshui Trends Hotel, Shenzhen.. satu malam je kat sini..


oooomaaaaiiiigoooodddd!!! how come boleh lupa cerita pasal bus driver drift kami yang juga handsome? how come? how come? dia bawak bus lajuh okeh. dengan kacamata hitam, perh perh.. kalaulah semua bus driver di malaysia terutama di ukm tercinta stylo n macho macam ni.. hari hari pergi kelas naik bas lah gitu!


wajah sebenar driver kami adalah rahsia.. hanya kami shaja yang tahu. kedekut tak nak bagi korang tengok. ngeh3.. :P


so, sementara sampai ke destinasi yang nak dituju. aku sebagai observer yang bagos (saya perasan disini), adalah perasan banyak perkara yang berbeza antara China dan Malaysia. memang pon kan.. Ikut pemerhatian dan daripada info yang tour guide kami bagi, kebanyakan bangunan tinggi-tinggi di Shenzhen, 80% ialah apartmen @ rumah dan bukannya bangunan office. mungkin sebab nak menampung penduduk china yang ramai agaknya.


satu perkara yang mungkin korang tak tahu ialah.., di China tiada motorsikal. saya ulang, tiada motorsikal. KECUALI motorsikal yang da diubah suai dan motorsikal polis sahaja.. sejarahnya kenapa tak ada motorsikal kat negara diorang? sebab, ada lah dulu dulu satu kes ragut. peragut nih nak curi earring seorang gadis yang tengah jalan kaki. so, peragut tu tarik earrings gadis tersebut tapi malangnya, dengan telinga gadis tu sekali yang putus. owwhh!!! ngeri ngeri.


jadi sejak dari peristiwa tu, HARAM motorsikal kat negara China yang membangun tuh. tapi ini yang di ceritakan la.. sejauh mana kesahihan, wallahualam... tapi, the main point is, can you guys imagine kalau malaysia buat peraturan no motorcylce??? kan malaysia banyak kes ragut sana sini. yes, what can i imagine are mogok, pergaduhan, rusuhan, protes undang-undang, kita bakor bakor sana sini.. itulah malaysia tanah airku.


guys, even polis kat sane pakai basikal..


kereta ronda polis. macam kereta golf aku tengok..


inilah yang cakap motorsikal yang da diubahsuai. kalau rasa muka macho, lawa naik motor+basikal ni pi ofis, u dont have to worry at all sebab kat china itulah keadaannya..


so, nak cerita jadual perjalanan hari kedua di Shenzhen kami yang penuh dengan aktiviti shopping. silap silap, bukan penuh, tapi semuanya SHOPPING! kebanyakan tempat tempat yang sepatutnya kami pergi, semua CANCEL. sebabnya kerana masa tak cukup+all the aunty's n uncle's tak nak pergi sebab kebanyakan kawasan yang sepatutnya kami pergi seperti Lotus Park berada di mountain. dan mereka meraka cakap, tak larat nak naik turun mountain nanti.


jadi, tahukah anda betapa hancur dan luluhnya hati ini bila banyak tempat yang pemandangannya giler cantek, tak dapat pergi? tahukah? tahukah? =_='.. dan dan, untuk kepastian lagi, aku baiki baiki tudung, persiapkan kata madah indah dan mendekatkan diri dengan si comel Chen..

aku: si comel, chen. are we going to Lotus Park or not?
si comel: I'm sorry dear sweety, beautiful and cute aisyah. we will not.
they more prefer if i bring them to shopping place then visit that kind of place dear. besides, Lotus park is on the mountain. I'm afraid that they will get tired. plus, you guys will have no enough time to shopping then..
aku: oh 'abe' chen.. i want to go there..
si comel: i'm so sorry my love.. i cant bring you there..


itulah conversation antara aku dan si dia. fine fine fine.. dialog di atas ade tokok tambah.. tapi yang nak diberitahu sebenarnya banyak jugak tempat yang tak dapat pergi antaranya Dengxiaoping Statue, Yuanbo Garden, The Memorial Museum of Generalissimo Sun Yat-sen's Mansion dan New Lychee Wan river. taaapi, tempat shopping plak yang makin bertambah tambah kami pergi.. haiiyyoohhh.. da la aku n akak aku x berapa pro bershopping kat china.. yea, kat china sahaja, di malaysia, kamilah orangnya.. wuahahahahaaa.. eh, takdelah takdelah..


so, disebabkan kehampaan second day di shenzhen untuk melawati tempat-tempat cantek, tak moh citer panjang panjang masa hari kedua nih.. huhhh!!!


oh.. patung rimo nih macam da harus je ada kat setiap bangunan di china. maybe, it the symbol of something. tapi aku tak tau apa. yang aku tahu, amek gambar saja..


di Dongmen Shopping Street.. shopping kat sini agak best.. :)


ecececeehh.. angah.. hahaha...


salah sebuah mall di Lohu Commercial City.. Mall dia macam kat malaysia tapi lebih crowded i guess.. :)


shantekk!! saya amek okeh.. ahahaaa..


di Shenzhen Bus Stop Station, sebelah je mall Lohu tadi.. tengok betapa disiplin rakyat diorang.. nak naik bas, beratur beratur.. malaysia??? ishk2..


Shenzhen Railway Station.. sebelah je dengan Shenzhen Bus Stop Station sebelah juga Lohu Mall.. ramai sangat orang time nih.. oh, rasenye memang selalu ramai kot.. rakyat China kan ramai..


apabila angah bertemu rakan 'baiknya' hahaha... :P


di restoran. kami dinner sebelum malam gerak ke Guangzhou kembali..


cuti cuti China 3, coming soooooooonnnn.... :)


4 comments:

bilahatiberbicara said...

i nak lah motosikal cam 2... t belikan eh.. ngeh3..=)

Nik Aisyah said...

alaaa.. i baru ingt nk suh u hadiahkan tuk i.. hahaha.. :P

nIk nUr LiyAni said...

pdahal nik aisyah malu2 kucing time nk pose kt basikal tuh..dia takot kne mrh..cube tgk betol2 muke dia..mmg malu2 kucing..stacy pn xmalu cm tu..hahaha...

by the way pic i kt depan lou hou comercial city mmg superb..turut di puji oleh nik amin..tp ayat xbest nik amin.." ni mesti akak amikkn..??"lawo..
uweeekkkss!!

Nik Aisyah said...

hahahahaha..

stacy(kucing) mmg x tau malu uh.. i bkn takot, cume...cume.. malu jek.. ihikk..

well..well..well.. tgn yg dibedung rapi time kecik camtu la.. erkk, bkn angah ke jge akak kecik2?? hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...