Tuesday, March 22, 2011

cuti-cuti China 2

Salam...

hi..hi..hi.. hari yang indah, hujan turun mengulik ulik tidow saye mjadi berjam jam jam dan jam.. haha.. perfect time.. suke suke! so, arini nak cerita kenangan bercuti di China untuk hari kedua pula.. :)


hari kedua di Shenzhen. bermula dengan bangun dari tido.. suhu rasanya 20 celcius kot.. mesti mandi.. dan di China, saya dan kakanda tercinta tidak menggunakan peluang keperakan untuk breakfast di kafe hotel secara percuma. mengapakah? pertama sebab konpem tak bangun awal dan kedua kerana diberitahu makanan kat situ tak halal KECUALI roti.. so, pikir2, baik makan roti malaysia mari sudah..


turun kat lobi hotel, tunggu all the uncle's n aunty's, kami ronda2 di luar hotel sekejap. sekejap jek. bagasi2, beg2 sume da dibawa turun sebab kami akan terus berangkat ke Guangzhou pada malam hari.. so, kire da tak balik hotel la..


kat depan Shanshui Trends Hotel, Shenzhen.. satu malam je kat sini..


oooomaaaaiiiigoooodddd!!! how come boleh lupa cerita pasal bus driver drift kami yang juga handsome? how come? how come? dia bawak bus lajuh okeh. dengan kacamata hitam, perh perh.. kalaulah semua bus driver di malaysia terutama di ukm tercinta stylo n macho macam ni.. hari hari pergi kelas naik bas lah gitu!


wajah sebenar driver kami adalah rahsia.. hanya kami shaja yang tahu. kedekut tak nak bagi korang tengok. ngeh3.. :P


so, sementara sampai ke destinasi yang nak dituju. aku sebagai observer yang bagos (saya perasan disini), adalah perasan banyak perkara yang berbeza antara China dan Malaysia. memang pon kan.. Ikut pemerhatian dan daripada info yang tour guide kami bagi, kebanyakan bangunan tinggi-tinggi di Shenzhen, 80% ialah apartmen @ rumah dan bukannya bangunan office. mungkin sebab nak menampung penduduk china yang ramai agaknya.


satu perkara yang mungkin korang tak tahu ialah.., di China tiada motorsikal. saya ulang, tiada motorsikal. KECUALI motorsikal yang da diubah suai dan motorsikal polis sahaja.. sejarahnya kenapa tak ada motorsikal kat negara diorang? sebab, ada lah dulu dulu satu kes ragut. peragut nih nak curi earring seorang gadis yang tengah jalan kaki. so, peragut tu tarik earrings gadis tersebut tapi malangnya, dengan telinga gadis tu sekali yang putus. owwhh!!! ngeri ngeri.


jadi sejak dari peristiwa tu, HARAM motorsikal kat negara China yang membangun tuh. tapi ini yang di ceritakan la.. sejauh mana kesahihan, wallahualam... tapi, the main point is, can you guys imagine kalau malaysia buat peraturan no motorcylce??? kan malaysia banyak kes ragut sana sini. yes, what can i imagine are mogok, pergaduhan, rusuhan, protes undang-undang, kita bakor bakor sana sini.. itulah malaysia tanah airku.


guys, even polis kat sane pakai basikal..


kereta ronda polis. macam kereta golf aku tengok..


inilah yang cakap motorsikal yang da diubahsuai. kalau rasa muka macho, lawa naik motor+basikal ni pi ofis, u dont have to worry at all sebab kat china itulah keadaannya..


so, nak cerita jadual perjalanan hari kedua di Shenzhen kami yang penuh dengan aktiviti shopping. silap silap, bukan penuh, tapi semuanya SHOPPING! kebanyakan tempat tempat yang sepatutnya kami pergi, semua CANCEL. sebabnya kerana masa tak cukup+all the aunty's n uncle's tak nak pergi sebab kebanyakan kawasan yang sepatutnya kami pergi seperti Lotus Park berada di mountain. dan mereka meraka cakap, tak larat nak naik turun mountain nanti.


jadi, tahukah anda betapa hancur dan luluhnya hati ini bila banyak tempat yang pemandangannya giler cantek, tak dapat pergi? tahukah? tahukah? =_='.. dan dan, untuk kepastian lagi, aku baiki baiki tudung, persiapkan kata madah indah dan mendekatkan diri dengan si comel Chen..

aku: si comel, chen. are we going to Lotus Park or not?
si comel: I'm sorry dear sweety, beautiful and cute aisyah. we will not.
they more prefer if i bring them to shopping place then visit that kind of place dear. besides, Lotus park is on the mountain. I'm afraid that they will get tired. plus, you guys will have no enough time to shopping then..
aku: oh 'abe' chen.. i want to go there..
si comel: i'm so sorry my love.. i cant bring you there..


itulah conversation antara aku dan si dia. fine fine fine.. dialog di atas ade tokok tambah.. tapi yang nak diberitahu sebenarnya banyak jugak tempat yang tak dapat pergi antaranya Dengxiaoping Statue, Yuanbo Garden, The Memorial Museum of Generalissimo Sun Yat-sen's Mansion dan New Lychee Wan river. taaapi, tempat shopping plak yang makin bertambah tambah kami pergi.. haiiyyoohhh.. da la aku n akak aku x berapa pro bershopping kat china.. yea, kat china sahaja, di malaysia, kamilah orangnya.. wuahahahahaaa.. eh, takdelah takdelah..


so, disebabkan kehampaan second day di shenzhen untuk melawati tempat-tempat cantek, tak moh citer panjang panjang masa hari kedua nih.. huhhh!!!


oh.. patung rimo nih macam da harus je ada kat setiap bangunan di china. maybe, it the symbol of something. tapi aku tak tau apa. yang aku tahu, amek gambar saja..


di Dongmen Shopping Street.. shopping kat sini agak best.. :)


ecececeehh.. angah.. hahaha...


salah sebuah mall di Lohu Commercial City.. Mall dia macam kat malaysia tapi lebih crowded i guess.. :)


shantekk!! saya amek okeh.. ahahaaa..


di Shenzhen Bus Stop Station, sebelah je mall Lohu tadi.. tengok betapa disiplin rakyat diorang.. nak naik bas, beratur beratur.. malaysia??? ishk2..


Shenzhen Railway Station.. sebelah je dengan Shenzhen Bus Stop Station sebelah juga Lohu Mall.. ramai sangat orang time nih.. oh, rasenye memang selalu ramai kot.. rakyat China kan ramai..


apabila angah bertemu rakan 'baiknya' hahaha... :P


di restoran. kami dinner sebelum malam gerak ke Guangzhou kembali..


cuti cuti China 3, coming soooooooonnnn.... :)


Thursday, March 17, 2011

cuti-cuti China 1

Assalamualaikum..
Testing testing.. ‘Ni hao ma?’ hahaha.. my first words yang keluar time talking to those Chinese in China. Maksudnya ‘apa khabar’. Fine fine, korang dah tau maksudnya. Itu pon aku tengok kertas kot2 takut tersalah sebut lain plak maksudnye. Btw, nak selit skit2 fakta lah. baru cam ber'info' skit blog nih kan. China is superb big country. Kalau tak silap hitung hitung, China ialah negara yang kedua mempunyai jumlah penduduk tertinggi di dunia. Ulang suara, kalau x silap la yek.. nanti cakap aku putar belit fakta. Ish, korang nih.

sebagai bukti.. kat bawah ni gambar time kat beijing road.. tapi, bukan di beijing la. tempat ni diberitahu salah satu the famous shopping roads in Guangzhou. kalau kat malaysia, ala2 shopping kat jalan tar, masjid india. crowded. ini serius. sangat crowded. sampai sini, aku n akak aku terkedu sampai mula-mula, tak beli hape hape. last2, beli handbag untuk mak. kui3..



ok.. kita start dari mula eh. tadi tu intro je. hahaha.. kitorang naik flight di LCCT. tambang murah punye airport. nak p KLIA, tak mampu. so, jarum jam pukul 5.35pagi, setelah da bersiap2 lalu macam2 jenis 'pit stop'.., akhirnya dapat naek flight. nombor plat kapal yang nak bawa kami terbang ke China ialah AK112. yea2, betul! kapal terbang pon ada no. plat ok. ke aku je yang baru tahu???? jakun jakun. masuk kpl terbang, giler jakun lagi aku. first time kot naik.. check2 tempat duduk. dalam hati doa banyak2 harap dapat duduk tepi tingkap.tetapi...


amek aku! paling tepi skali.. (bukan sebelah tingkap) jeling je la luar tingkap kot2 nampak burung terbang.
p/s: lihat aunty bertudung biru. dalam hati dia berkata-kata: 'jakunnya budak ni..'

nak citer citer perasan, emosi time btol2 nak berlepas. best woo!!! bila akak pramugari tu bagi kata-kata aluan, suh pakai tali pinggang n segala bagai, the moment begin.. memang dapat rase la yang kita betul2 tak mencecah bumi.. bila dia projectile (guna ayt fizik cket) je, dalam hati cakap: 'aisyah, believe it or not, u r flying without wing..' dah, tak kisah orang cakap pape pon.. jakun ke, ulu ke, kampung ke, sory, da tak pedulik. memang jakun pon.

penerbangan mengambil masa 4jam. pukul 9.35pagi, waktu malaysia, CHINA! here i am.. weee!!! haha.. oh2, lagi info., sebenarnya waktu kat China, +5minit je dari waktu malaysia. kalau malaysia tanah air ku pukul 9.35pg, so kat china pukul 9.40pg.. sampai di airport yang da lupe ape namenya. kawalan kat airport di china, agak ketat. tapi dengar ura-ura tak seketat di Singapura tp, tak tahu la betol atau x..



kakandaku, angah.. di airport. pabila kaki sudah mula menjejakkan kaki di china,
angah berkata-kata: 'rase tak caye plok da samapi china. nak tampar2 pipi rase..'
aku: 'hahaha.. meh akak tolong tampar.. haaha..'

kesampaian kami di Guangzhou, China ini disambut oleh tour guide yang comel mr. Chen n miss.. errmm.. miss.. oh, yang pompuan lupe name. yg laki ingt, pompuan x plak.. gatalnye aku! terus je dibawa ke daerah Shenzhen. untuk hari pertama n kedua, kami pergi ke Shenzhen dulu sebelum jalan2 kat Guangzhou pada hari ketiga dan empat.

sampai di Shenzhen, makan/mencekik di Muslim restaurant. makanan dia sedap! 4 bintang lah nak bagi. tapi makan dalam piring kecik je.. macam piring cawan tuh. nasib baik dia tak bagi mangkuk sup n chopstick engkau. tak masuk mulut la aku makan. eh2, makan dlm piring pon kenyang tau sebab makan banyak lauk. haha...


ni baru sikit nih dia letak lauk pauk.. ade lagi ada lagi...


depan muslim restaurant...
destinasi seterusnya ialah pergi masjid sebab hari tu hari jumaat. so, yang kaum adam nak solat jumaat. so, singgah kat masjid kat kawasan berhampiran. kat luar masjid tu, ada orang muslim cina jual macam2 jenis makanan yang tak pernak nengok.. antaranya...


jual macam2 jenis kacang.. n bagi aku, agak pelik jugak la kacang2 dia..


yg ni tak tahu ape.. pelik jugak...


yg ni plak, nak kate laksa, bukan. ala2 la kot. tepi yg bulat2 tu sebenarnya roti..


suasana solat jumaat di masjid di China..

pastu plak.. habis solat. terus pergi ke kawasan tarikan pelancong yang terkenal di Shenzhen iaitu di OCT EAST.. tempat ni plak ala2 cam kat genting highlands+langkawi.. taman tema ada, hotel ada, kawasan perumahan kaya-kaya ada, tea valley, taman bunga, cable car, fairy island n macam2 ada.. kawasan dia sangat tinggi. naik bas jalan berliku2 n sipi2 je tepi bukit.. bahaya kot. tapi tapi.., of cos seronok.. gambar tak cakap nak amik.. jom tengok sikit2..









my tour guide.. 'abe' chen.. haha..







naik kabel car.. :)



tengok performance yg sangat superb! stylo giler diorg.. haha..

lepas p OCT EAST dalam pukul 9mlm plak, terus check in hotel. waktu malam, program lagi best! iaitu TIDUR.. haha.. malam sebenarnya mmg tak ade pape program sebab penat jalan2 siang kan. So, itulah je program yang kami kami buat first day berada di Shenzhen, China.. tak banyak tempat lagi yang pergi sebab penat baru lepas flight.. nanti aku citer cuti cuti china untuk hari ke-2 plak k.. adios!

Thursday, March 10, 2011

citer dinner dulu lah!

Assalamualaikum...

olaaa blog! sekarang tengah curi masa sekeping dua mau update blog. tapi kan kan kan, bukan nak citer pasal pergi china. tapi nak citer citer pasal dinner dulu lah! boleh x? nak citer pasal p china, tapi banyak da lupe tunggu gambar punye fasal. sekarang da dapat gambar, dinner da jalan, oh oh excited nak story pasal dinner plak.. ngeh3..

Dinner kolej kami atau lebih glamor dengan nama Malam Integrasi Highlanders kali ni aku pegang post sebagai pengarah pemasaran. meronta jiwa raga jugak la bila mula-mula dilantik. masuk je meting, nama ditanya terus kena lantik. perhhhh!!! rase nak kekoh orang je time tu. bagi ak yang kosong zero yelek pasal marketing ni, memang sangat susah. nak cari orang yang nak bagi kita duit. ingat senang?

pengalaman mengajar kita erti kehidupan. cewah. aku rase sejak jadi pengarah pemasaran untuk dinner dan setelah mengenal erti jerih perih cari duit, aku sekarang da sikit sikit jadi orang pemurah.. ececececehhhh.. puji diri sendiri nampak! haha.. but seriously, you never imagine what you think the bad things happen to you then it turns to a very priceless one.

so, hasil usaha aku dan ajk aku yang lain, kami berjaya mendapat sumbangan RM5k+++. bukan senang okay. ulang suara, bukan senang. pengalaman handle program dinner memang seronok walaupon biasalah, macam2 jadi. tambah ketua pengarah pulak kawan baik ak, cik nisa. ke hulu hilir ikut dia settlekan pasal dinner. tapi seronok dan pengalaman.


semasa majlis Malam Integrasi Highlanders Kolej Ibrahim Yaakub, UKM berlangsung


07/03/2011.. dinner kitorang berlangsung bertemakan 'klasik p.ramlee'.. hasil super duper hard work bahagian protokol iaitu cik nina, kami berjaya mendapatkan Tan Sri Dato' Dr. Jins Shamsudin sebagai perasmi. dinner berlangsung dengan lancar. pahat pahat yang berbunyi lepas dinner tu memang biasa jadi. lantak kau! membebel je tau, orang bagi makan mujur! huhhh!! menyampah i!


Tan Sri Jins Shamsudin sudi membuat persembahan secara MENGEJUT! kelam kabut post program kami dibuatnya. hahaa..


ngeh ngeh ngeh.. ambil peluang.. masuk bilik menunggu VVIP.. orang lain x boleh masuk. kitorang aje. maklumla, ketua pengarah member satu katil.. haha..


makan dua tiga empat lima suap je yang menyempat. pastu sambung keje. aiskrim tak sempat makan, agar-agar laici x sempat amik, nasi n lauk-lauk yang sedap terpaksa ditinggalkan. menci menci!!


time dinner malam tu jugak, aku dengan tanpa rasminya dilantik menjadi photographer. da la memang kempunan nak beli kamera gedabak tu. memang rezeki la en jeruk purut a.k.a mi (member nisa) bagi pinjamkan kamera dia. habis aku gode gode kamera tu. haha.. tapi masalahnya bila jadi camerawoman ni, gambar aku, konpem paling sikit skali. cett!!



yeah.. ade gaya ade gaye.. perasan lagi diri ini.. hahahahaha...


dah tu, hape lagi???? bergambor la kami kami tanpa mempedulikkan mereka mereka di sekeliling. penat tenat buat keje, kalau tak ada gambar, samalah seperti aur tanpa tebing. errrkkkk??? memang tak berbaloi baloi.




susun susun.. ramai antara kami pakai kebaya gitu. itu aje yang mampu kalau nak ikut tema kan... lalalalala..

ada lagi ada lagi...


suka gambar ni.. coklat hitam coklat.. awww!! hahaha...

habis dinner pon aku tak perasan pukul berapa. da layan sangat bergambar. tu pon aku tak sempat nak ambil gambar dengan vespa n alat muzik kat luar dewan tau. ish, rugi rugi. kalau tak, boleh tunjuk kat zizi, sepupuku. dia obses ngan vespa. tak pe tak pe. balik amek gambar ngan vespa zizi puas-puas. bukan kaler pink je.


antara barisan pengarah a.k.a MT dalam organisasi dinner. dari kiri, cik jeem (setiausaha), cik abby (bendahari), en. zamir (pengarah program), en. azmel (pengarah teknikal), cik nisa (ketua pengarah) , eheem2.. saye (pengarah pemasaran) dan cik fiza (jaksa kolej)


ohoi.. penat tak buat kerja sangat.. rehat kejap.. calling2 sape ntah.. lupe.. ishk, sape amek gambar ni??? shantekkk la plak.. haha...


last2.. kemas time! dengan baju perasan lawa, kasut tumit tak berapa tinggi, angkat meja kerusi, kutip pakai tangan sampah da semua ajk dinner. bagos2..



yang ni baru betul2 habis dinner.. tapi tapi, sempat bergambar.. tengah tunggu kereta angkut kami kami pulang ke kolej..

yang paling best jugak, dinner kitorang ni telah dinobatkan sebagai program anjuran kolej terbaik. kembang semua lubang hidung pengarah pengarah program ++ ajk2 sekali. yang jeles, konpem pahat berbunyi lagi. lantak kau lagi! janji kami hepi.. ape papepon, nak ucap juta juta terima kasih sayang sayang kepada semua yang tolong dan bekerjasama dengan kami, tanpa kamu kamu dan kamu, tak lancarlah program dinner ni..

itu saje lah mau citer tak nak curi masa berkeping-keping.. ni pon da terlebih sudah. semoga berjumpa lagi di dinner akan datang. adios amigos! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...