Saturday, December 31, 2011

awak awak

Assalamualaikum...







Awak awak, jangan layan saya baik sangat boleh?


Awak buat saya menaruh harapan.


Awak buat saya lagi sedih dari suka.


Awak tahu? :(






.

Thursday, December 29, 2011

lets du'a... :)

Assalamualaikum...

Salam Ukhuwah.. Sekarang ni adalah saat saat getir untuk semua yang sedang bertungkus lumus menelaah untuk final exam. macam aku, tabiat time nak exam, emosi bercampur tolak bahagi. perlukan semangat dan kekuatan dan kefahaman dari semua orang. yelah, time macam ni, perangai aku tak terurus. nak marah kat diri sendiri, member member jadi mangsa. teruk perangai aku. :(

Jadi, apa boleh aku buat ialah BERDOA. macam yang kita tahu, DOA itu senjata. Semua orang ada, tapi tak ramai yang suka gunakannya kan. . Rasulullah S.A.W bersabda:


' Doa itu senjata orang-orang mukmin, tiang agama dan sinar cahaya langit dan bumi '


so, mari berdoa untuk diri sendiri, kawan-kawan, dan paling penting ahli keluarga. ingat, kita ni hamba yang tak punya apa-apa. dengan siapa lagi kita nak memohon dan berdoa kalau bukan kepada-Nya.




jom kita berdoa. doa diampunkan dosa dosa kita yang dah menggunung ni ha, doa diberi petunjuk dan hidayah, doa diberi kesihatan yang baik, doa dipermudahkan untuk menjawab exam, doa kesejahteraan dunia dan akhirat, doa nak jodoh pon boleh tau. teheee... gatal tiba tiba.







.

Monday, December 26, 2011

hey you!

Assalamualaikum...


jadi.. mari ucap..,

Astaghfirullah...

Subhanallah...

Alhamdulillah...

Allahuakbar...

Lailahaillallah...

dan senyummmm.... (^-^)



.

Saturday, December 24, 2011

the conversation

Assalamualaikum...

Salam sunyi! hujung minggu yang saaaaangat sunyi. kerana kerana semua orang BALIK. ya, BALIK kampung. ya sekarang cuti study week sebelum minggu exam. tapi tapi, aku tak mula menggunakan week ini untuk study. kerana kerana aku buat assigment dan tesis bab 1, 2, 3 kena hantar pulak 2 januari ni. ya ya, belum siap lagi. banyak banyak.

hari pertama cuti study week bermula dengan kegigihan menyiapkan assigment kimia polimer. dah tu, 3 kali aku salah tulis jawapan assigment kat atas kertas. membazir! kalau salah tulis sekerat dua ayat tak mengapa. tapi dah penuh dua mukasurat, baru perasan silap. dah la sekarang memang tak ada kertas kajang. yang ada ni pun rembat yang nisa. nak pergi rembat lagi paper nisa, dia BALIK. ya BALIK. jangan kasi aku ulang word sama boleh?

last last, buat keputusan hantar assgment ni dengan menaip. tak ada kertas punya pasal. taip punya taip baik punye. tiba tiba terfikir, jangan lah lecturer fikir aku meniru atau salin tampal. berkecai hati nanti. Dr Kay, saya tak tiru tau, kalau dr. nak suruh saya selitkan jurnal rujukan pon boleh. cuma cuma, saya tak jumpa persamaan dan graf stress-strain untuk model Takayanagi tu. yang tu, emmm.. emmm... mungkin mungkin saya salin tampal. tehee..

asal isi blog tak sama dengan tajuk ni? macam dah lari je. ok, mari kembali ke pangkal jalan. disebabkan sunyi pada malam hari, tengok tengok kat facebook, eh eh ada awek cun profile picture pokok krismas chat dengan saya la. tapi saya tengok waktu tu pukul 11 lebih. saya perasan pukul 12 lebih. kesian kat awek cun tu. tak terlayan. hak hak hak. dia ajak saya menginap di biliknya, tapi saya bukan nak menolak, cuma terfikir kerja... ahhh! kerja lagi.

lepas tu, tengok jumlah manusia online cuma berbelas orang je. mana semua orang. oh lupa, mereka mereka BALIK. lepas tu lagi, nampak adik saya budget muka korea hitam lesung gagak online la. mari kacau kerana dia tak ikut family yang lain pergi HOLIDAY. call mak tadi petang cakap ada kat pinang. haaa???? dari pergi rumah kawen kat taiping, sampai ke pinang, apa cerita? jangan cerita untuk sedapkan hati.

so, chating la dengan nik muhammad amin and this is the conversation...

gambar hiasan. promote adik.. ngeh3..

aku: kaloh mu ngan azim. hak2.. (azim dpt 7a1b pmr. kami dua beradik dpt 6a je)
amin: akak pon. spm ar amin lawan akak. haha
aku: well., we will c.. pmr x sme cam spm yek.. ingt tu..
amin: haha.. okay sis
aku: n jgn konfiden sgt, t x dpt yg target, kcewa tertonggek tonggek. mcm i..
amin: tak cnfdent pon. rase mcm tak dpt. paper awam susoh
aku: xpe, mu da usaha. skrg kne byk doa n twakal je. smyg tu jgn tnggl. kaki bulu pnoh, smyg tak pnoh.. ewwww!!!
amin: smyg penoh ea. silap ar
aku: ye dok? sbuh hok liat tu? malu ke awek.. hak2..
amin: bangun ar. tp kene 2 3 kali gerok
aku: oke. bagos. gud. great. briliant. marvelos. akak nyanyi kuat2 xde sape dgr. lakkkkk ttibe2..
amin: geng akak balek ke ?
aku: sume balik. romate akak pon balik. jiran tepi pon balik. jiran bwh pon balik. akak xde jiran ats sbb duk ats skali. jiran sblh blok balik. mmber kolej lain pon balik. SUME BALIK!!
amin: jage2. haha
aku: senyap!
amin: haha. jgn pndang b e l a k a n g.. hehe
aku: dah pandang!. geram aku bdak ni... naik bulu hidung ni ho. jht sgguh.
amin: haha. takdok mnde lah. akak bape tahun doh dok situ. tak kan takot lagi
aku: mesti la takot. kat umah pon takot nak berak malam2 kalu tgh ribut hujan, inikan pula dsini. eh amin, mende tepi mu tu. hahahahaha...
amin: haa ? apee ? motor amin laa (motor dia ltak dlm umah syg punye psl)
aku: bukan belah kiri, kanan tu. ce tgk molek
amin: aboh tgh isap rokok. haha
aku: hahahahahahhaha... aboh tok tido ag? kim salam ke aboh
amin: bru jee tdo
aku: hmmm... xpela.. nak tido da ni. ngantuk butir
amin: okay


apahal kau post pasal ko chat dengan adik kau ni aisyah??? sebab sebab sebab semua orang BALIK! noktah.





.

Wednesday, December 21, 2011

his and her day

Assalamualaikum...

Salam 1 family! wahai rakyat beta sekalian, esok berapa hari bulan?? 22/12/11 ya. boleh tahan tak cantek tarikhnya.. hahaha.. tapi dalam family besar beta, tarikh ni boleh tahan pentingnya. why? why? kerana pada esok hari, itu adek lelaki bongsu yang bernama nik muhammad azim dengan penuh perasaan gugup, gigih, gagah dan garang akan memperoleh result PMR. aigoo., akak dia yang kat sini juga boleh tahan gigil, gagap dan geram menanti result dia esok.. gurlp!!

si sono (panggilan gedik) boleh tahan yakin juga la dengan result dia esok. siap marah manja warning tuding jari kalau aku tak belanja jika dan jikalau dia dapat result bagos bagos. wah wah wah, akak kau ni tak sekaya yang kamu fikirkan dik. tapi, kau punya pasal, berapa berapa A kau dapat esok pon, akak tetap belanja. paling penting nak kamu tahu yang akak kamu ni tetap sayang nak gila kat kamu jika dan jikalau kamu tak dapat langsung A.. (siaplah!!) eh2, ber'kamu-kamu' plak..

ikhlas dari hati akak kau yang comel ini, kau adek yang baik, anak yang taat, abang yang sentiasa jaga adek adek perempuan dengan bengis, boyfriend yang budget handsome, pemain games yang tegar dan pengacau akak kau dalam toilet dengan menutup suis lampu yang setia.. InsyaAllah kalau ada doa usaha dan tawakal, baik la result yang dapat esok kan. dont worry yek!


zaman kecik kecik


zaman sederhana kecik


zaman sudah besau


lagi lagi.., ada apa dengan tarikh itu? esok juga merupakan befday adek perempuan bongsu yang bernama nik nur safiyah. esok semuanya a momment to remember untuk adek bongsu bongsu ini. adek piah plak siap bagi amaran:

'.... kalo akak dok balik umoh mase ari jadi adek, siap akak eh. adek tok kira...'

gerun gila mendengar amaran tersebut. tetapi setelah dipujuk dan diterang satu satu yang akak dia ni perlu menuntut ilmu 'jauh' di perantauan, baru dia mengerti. selamatlah duit dari dikeluarkan untuk menunaikan keinginan yang pelik pelik oleh piah. ngeh ngeh ngeh..

walauapapun, dua dua adek bongsu ni dah meningkat dewasa. semoga kehidupan kita sekeluarga sentiasa diberkati, diredhai dan dirahmati olehNya. keep being my great and wonderful sister and brother. Lots of Loves from AKAK!!


muka tembam terlebih makan


muka kurus malas makan





.

Saturday, December 17, 2011

foxs sending me a love : )

Assalamualaikum...

Salam selamat semua! hari ini rutin bermula dengan pergi lunch dengan kawan kawan.. okey, jangan ditanya kenpa rutin bermula dengan makan. lunch plak tuh. kalau breakfast tak mengapa lagi. sila teka ya mengapa sedemikian rupa. siapa bagi jawapan tepat, kasi kau senyum ke pipi cukup. macam ni senyum dia (^_______________________^) eww, macam katak!

so, lepas lunch tengok jam da pukul 1.45. sebelum mula apa kerja, mari solat zohor ambil berkat kasi tenang hati juga. then then, on laptop lah. ok, facebook menjadi keutamaan kot kot ada orang nak mengorat. cet! gatal. hahaha.. gurau gurau. i'm not that desperate. skrol skrol, bosan bosan. tutup facebook. buka blog pula kot kot ada stalker komen mintak no fon. cet! gedik. hahaha.. gurau gurau lagi. i'm not that pathetic.

okeh, skrol skrol tengok tak ada pon korang korang update blog. pemalas semua! haha.. okey, sory jangan marah marah. itu ayat tuju kat diri sendiri. tutup blog pula. kesedaran timbul bila teringat tesis kena hantar bab 1 sampai 3 sebelum habis sem. oh, tak siap lagi. dalam hati semangat berkata, mari buat! tapi tapi, sebelum tu, mari naikkan mood dengan makan gula gula feveret. foxs!

biasanya buka pembalut terus masuk dalam mulut dengan rakus sambil campak pembalut ke dalam plastik sampah dengan penuh gaya. tapi, hari ni nak tengok dulu lah gula gula fox tu, kot kot ada orang tulis no pin kad bank atm. kaya aku. but then, i received something unexpected dan melihat sambil mulut ternganga. i receive this.....


foxs love me.. : )

muka terperanjat, mulut ternganga. tangan mencapai kamera gedabak dan snap snap. (time time macam ni, kamera gedabak baru berfungsi) hati pula berkata kata lagi., olololoooo.. cweetnye foxs ni. mentang mentang i ni admire you dengan cara makan you. then, you sending me a love ea? btw, korang nampak ke tidok bentuk love kat gula gula tuh? tak nampak memang sengaja sebab jeles. hahaha.. so, i accept the love by sematkan ianya dalam perut. haha.. lastly, kau hado? ngeh3... :P





.

Thursday, December 15, 2011

a side of life

Assalamualaikum..

Salam semua! wuaaa, lamenye tak m'update kan.. blog pon dah berwajah baru nampaknya. ini semua atas kesedaran bahawasanya blog ini tak market. hahaha.. tak apalah.. tak perlu da kot aksesori kat tepi tepi segala bagai tu. siapa yang sudi membaca pon terimala kasihku yang tak seberapa ini.. btw, i like my new blog outlook. simple. ok fine siapa lagi nak puji blog kalau bukan tuan empunya. teheee..

sekarang ni sangat budget busy. student tahun akhir kat universiti mana tak busy? khabaq mai. nak pas kerja kat depa sikit. ini pon atas rasa tanggungjawab kat blog sendiri. so, curi la sikit sikit masa mencurah kasih sayang dan layanan kat blog terchenta ini. seriously aku pernah terbayang kot nak delete blog. sebab tak mampu bagi komitmen. amboi kau aisyah, macam berchenta kan. haha.. betapa perasaan kesian kat blog sendiri.. ish2..

ada masa tu, rasa macam macam nak mengadu kat blog. tapi again kekangan masa. aku sekarang betul betul tengah kejar masa. dah la kejar masa, dalam masa yang sama, macam macam nak buat. (dari tadi duk sebut macam macam) kamera gedabak yang baru beli pon tak menyempat nak godek godek. kesian kesian. masa belum dapat kamera tu, excited bukan main. bila da dapat, taruk dalam almari, kasi habuk dan bersawang. so, untuk keadilan barang barang hak milik, aku pon nak juga luangkan masa untuk kamera gedabak ini. oh ya, taruk bermaksud letak. in case, kau orang bandar tak tahu apa maksudnya kan. haha..


terasa. =.='


tiba tiba terasa lagi, life aku skema giler. mungkin aku ni tak pandai dan tak berusaha nak enjoy life sekarang. oh ya juga, in case kau salah tafsir sebab kau fikir advanced sangat maksud enjoy tu, enjoy disini bukan maksud nak go party sana sini, buat masalah sosial macam orang tak ada hala tuju. enjoy secara sihat dan minat. faham? so, boleh tak nak create another side of life???

a side of life which in time being, no need to worries about assgmnt, thesis, test and exam. life yang mana aku boleh perasan jadi orang putih berkulit gelap yang speaking english tak cair tapi beku, jadi photographer tak bertauliah, berjalan-jalan sana sini gain experience tanpa too depends on others, do something without reporting here and there. maksudnya, nak makan pon nak kena bagitau kawan kawan, nak berak pon kena bagitahu jiran sebelah bilik, nak pakai tudung pon kena pilih kerongsang matching sebab takut orang gelak, dan most importantly orang tak pandang sinis kalau kau tak reti nak pakai tudung lilit. haa???

so, kalau boleh aku nak spend kan suatu masa untuk aku manjakan diri dengan do something yang aku suka tanpa kekangan dari sekeliling. a side of life yang boleh sedarkan aku yang hidup ni sekali dan kita perlu berusaha menjalaninya dengan penuh keseronokan tanpa menyimpang di jalanNya. so lepas ni kawan kawan, jangan tanya kalau aku buat perkara perkara pelik yang aku tak pernah buat. cuma tegur kalau aku salah sebab mati hidup semula pon, aku perlukan kawan macam kau.





Thursday, November 3, 2011

bila impian nik aisyah jadi kenyataan... :)

Assalamualaikum...

terlebih dahulu nak ucapkan... :)


sangat sejuk mata tengok gambar kaabah ni kan...


Impian nak ke Makkah memang impian utama. Opss!! tapi bukan impian ni yang menjadi kenyataan. huk2.. belum sampai masanya lagi.. ada rezeki, Insyaallah kita semua dapat menjadi tetamu Allah satu hari nanti.. Aminnnn... sama-sama kita doakan ye kawan kawan.. :) balik cuti raya haji ni, jaga diri elok-elok.. jom jom kita p sembelih lembu ramai ramai! syiokk bile fikir dapat makan daging banyak banyak.. oh oh.. bashta!! hahaha...

tapi, apakah impian yang menjadi nyata itu???? wuahahahhaahhaahaaa.. eh eh, kau gelak jahat pulak kasi orang tertanya tanya kann.. aaah, kalau ada yang da skroll awal awal sampai ke bawah ni, konpem dah tahu kan. haaaa.., yang belum skroll lagi, BERHENTI!!! relaks la.. nak kasi surprise ni.. ngeh ngeh ngeh.. :P

dapat melancong ke luar negara lagikah?? bukan bukan.. saya tak mampu poket kering. pergi guangzhou pon mak sponsor. dapat result sem 5, 3++ pointer kah? imposible mid sem pon belum daa.. dapat kereta ferrari kaler merah muat 2 org duduk??? jangan kau melalut panjang panjang.. sooo.., impian saya yang menjadi nyata setelah hampir bertahun berangan angan ke langit ke bulan dan sekarang sudah ada di riba ialah....

jeng....










jeng....










jeng....













nak kau tengok!! hehe... :P










Yesss!!!! akhirnya dapat jugak.. ngeh3..


Alhamdulillah.. satu kepuasaan kehendak bukan keperluan telah dibeli.. berapa?? rahsia.. hahaha.. tapi aku mampu beli DSLR jenama Nikon D60 jek.. okey la.. nak kena explore banyak lagi cara guna benda ini. dan aku kena behave sebab selalunya barang elektronik aku cepat rosak.. ganas! and on top of that, lagi best sebab mak aku bagi green light beli. payah weyh merayu sakan nak beli time dulu dulu. tapi akhirnya.... hehehe..

btw, aku bukan beli sampai nak buat bussiness pon. just untuk kepuasan diri, family dan rakan rakan.. sila perasan bahawa saya sebut rakan rakan kerana mereka lah orang yang push dan menyeport pembelian ini.. okey okey faham jugak korang sume nak sumbat gambar banyak banyak dalam benda alah ini.. no problema guys! hehe.. nanti kita buat photoshoot sendiri.. semua boleh praktis gaya artis dalam bilik start hari ini. sekian...



*p/s: roomate aku, jeem pon beli der.. lagi gila kentang la dslr dia..
aku mampu yang ni jek..
tapi yg pasti kitorg bley sme2 gode. sgtg suka..
ngeh ngeh ngeh.. macam itu gaya suka dia.. :P




Monday, October 10, 2011

bantu kami Ya Allah..

Assalamualaikum...

Gambaran hari kiamat...

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sunday, October 9, 2011

Saturday, October 1, 2011

macam,berenang,laptop,tesis

Assalamualaikum…


Salam awal oktober semua!

Sementara awal-awal sem kali ni kan, boleh la nak berblogging dengan acap kalinya sebelum menyibuk nyibuk dengan segala benda. Awal sem kali ni dah buat bermacam macam macam. Semua aktiviti rasa nak buat. Pantang di ajak, mesti nak join. Faktor? Sebab I kan dah final year uollss.. tak akan uollss tak tau.. sementara masa lapangan yang ada, time ni lah I nk bersakan sakan berjalan bershoping berrended bersama teman berwayang berenang.. eh..eh.. berenang???


Curious tak kenapa berenang tu digedabakkan tulisannya? Curious kan kan? Sebab dengan rasminya saya nik nur aisyah mengisytiharkan bahawasanya saya sudah/tahu/ baru pandai berenang sedikit. Kali ni curious tak kenapa ‘sedikit’ itu digedabakkan tulisannya? Curious tak curious tak?? Loh! Itu pon kau nak curious jugak ke? Sebab aku tak pandai berenang sangat la... Kalau pandai, mesti ‘sedikit’ ditukar kepada ‘banyak’ dan tulisannya aku guna saiz 72 gitu.


Kami kami pergi berenang buat pertama kalinya di Danau UKM. Dah nak masuk 3 tahun duduk ukm, kalau Danau pon lu tak pernah jejak der, memang rugi. Rugi rugi (berlagak giler). Itu ponnnn, terima kasih sayang kepada aien yang kalau bukan dia starting ajak mengajak, tak sampai juga kami di Danau uh. Dan, kalau bukan sebab aien and her biologist gang, tak pandai juga aku berenang renang. Thanks Aien and the gang!!! J aien…aien… hehe.. :P


Kalau perasan post post kat blog kali ni, gua tak isi gambar der. Apa barang isi gambar. Nanti korang sibuk layan gambar gua, dah tak baca post gua an (padahal laptop aku sekeping gambar tak ada, gambar berduyun duyun kat laptop lama) eh, aku nak cakap aku pakai laptop baru ke? Riak kau aisyah. Eh, bukanlah.. ni gua guna laptop kakak gua la. Gua nak bagitahu yang laptop lama gua sudah bungkus. Ini pon, cukup bulan gua antar duit. Sape kate tak ada istilah business dalam keluarga? Sigh! :/


Last but not least, nak khabaq mai yang cheq dah dapat dah penyelia/doctor yang jaga cheq untuk tesis tahun ni. Sapa? Dr. Rizafizah. hampa kenai ka? Nasib baek naa cheq dapat Dr Rizafizah. Dia tu baek, sporting, siap belanja makan lagi hampa tau. Tak la cheq takut sangat kalau kena tanya nanti. Haa., nak khabaq jugak apa tajuk tesis cheq. Tajuk dia, KETELAPAN GAS UNTUK MEMBRAN ENR/PVC. apa tu? Hohhhhh! Cheq pon tak tau sangat… hahaha… lain hari, cheq rajin, cheq cerita apa tu naa.. tataaa!! :p

Sunday, September 25, 2011

Manusia, Malaikat, Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je

Tuesday, September 20, 2011

bila mak saya terbang lagi..

Assalamualaikum…


Okey, sebelum kita melanjutkan diri tentang tajuk post. Mari kita berdoa untuk hari esok supaya saya dapat tajuk tesis yang diminta2 dan mendapat penyelia a.k.a prof yang baik yang kalau tak ingat apa yang diajar sebelum ni hanya dapat senyuman sinis dan bukannya panahan mata yang tajam dan menusuk di kalbu serta kata-kata kritikan yang tidak membina. Aaamiiinnn…


Cuak weyh. Serius. Lepas ni kena tekun, gigih, sabar, usaha, usaha, usaha untuk impress prof yang dia dapat student yang bukannya tak tahu apa-apa pasal research yang dikaji. Dan itu adalah perkara yang sangat mencabar untuk dilakukan. Minta minta dipermudahkan semua urusan.. Aminnn…


So, berbalik kepada tajuk post. Bila emak saya terbang lagi ke negera tembok besar, China. Semestinya saya rasa jeles. Kerana ya, kali ini emak saya pergi ke Beijing. Kalau dulu saya pergi ke Guangzhou dan Shenzhen dan kedua2nya ialah tempat shopping. To be honest, saya tak berapa reti shopping. So, bila dapat tau mak pergi Beijing yang ada baaanyaaaakkkk tempat cantik2.., ya ya saya jeles.


Tapi harapan untuk follow memang tak ada. Noktah. Nak ikut sampai tak nak lepas kaki mak, rayu leleh air mata hidung semuanya tak berguna. Kumpul duit sendiri la kau aisyah. Berangan jalan2 jauh, duit pokai. Nasib baik pergi Guangzhou mak belanja (walaupon mula2 cakap nak guna duit sendiri@biasiswa jpa) ngeh3.. luv you la mak.


Dulu rezeki mak, aku dan kakak aku pergi jalan2 ke china. Sekarang rezeki mak lagi dengan along dan isteri@menantu mak@kakak ipar aku plak sebab trip ke Beijing ni under along punya ofis. Wah, honeymoon+ celebrate befday along I sampai ke china. Dah la dia pergi china free, ofis tanggung. Kelas kau along! Ahakkk..


Aku dulu naik flight Air Asia jek. Naik kat LCCT jek. Mereka2 ni pergi naik flight kat KLIA, naik MAS lagi. Kelas uolls!! Tak kisah la naik apa pon.. yang penting harap sangat selamat sampai, selamat masa kat sana, selamat balik sini semula, dan selamat semuanya… aminnn…



p/s: Ole2 untuk keluarga besar jangan lupa! :P

Thursday, September 15, 2011

kali terakhir

Assalamualaikum...

minggu ni ialah minggu first untuk tahun akhir kat ukm.. cuti 4 bulan yang dirasakan sesangat lama sebelum ni da berlepas dengan selamatnya.. macam-macam yang terjadi kat rumah uh. suka duka. cewah!! lupakan hal di rumah kerana saya kini berada di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk tahun yang terakhir belajar tunggang tungging ijazah sarjana muda kos teknologi kimia.

faham tak tahun akhir maksudnya apa??? maksudnya thesis@projek akhir, latihan industri, praktikal, subjek masih lagi baaanyak dan susah, berkampung dekat lab, lagi banyak kena marah kalau lupe apa yang diajar, prof/doktor semua fikir budak2 tahun akhir ni tahu segala bagai, dan dan dan paling tak boleh diterima, ada lagi orang tengok saya ini kecik molek. camne???

ok.. macam biasa, jom tengok subjek yang dipulun untuk sem ini... check it out yaw!

Mekanik Bendalir
Instrumentasi Kimia I
Reaktor Kimia
Elektrokimia
Kinetik Kimia
Kimia Polimer III
Kimia Alam Sekitar
Prinsip Pengurusan Sumber Manusia
Latihan Ilmiah I

Untuk semester kali ni, sama macam sem lepas. ambil 9 subjek. sebenarnya ambil 8 subjek je, tapi tetibe subjek Kimia Alam Sekitar yang sepatutnya kena ambil sem depan, kena ambil sem ni. sebab, sem depan kuliah subjek tu tak ada. kalau tak ada, tak kan aku nak kena extend setahun semata-mata sebab tak ambil subjek major uh. itu giler namanya.

minggu first kali ni, agak kelam kabut. tapi bukan sebab nak daftar subjek. taaaaapi, huru hara sebab nak daftar kolej. tahukah anda bahawa saya dapat flatlet? dan tahukah anda bagaimana keadaan flatlet di kolej kediaman ibrahim yaakub (KIY) yang tercinta ini. oh, rugi plak tak snap2 gambar flatlet yang dapat uh. eh, jap jap. tahu tak konsep bilik flatlet di KIY ni???

Flatlet ialah bilik single. duduk sorang, tak ada roomate. dan flatlet pompuan kolej ni belum di renovate. so, tak cantik macam kolej2 lain. itu, ok lagi. yang menjadi masalah adalah kerana, flatlet di KIY atas bukit. dah la kolej ni kolej tertinggi kat ukm, dapat plak bilik atas bukit lagi. faham tak? alah, singkatnya, kau akan daki berbukit bukit sebelum sampai ke bilik. lagi tenat kalau student fakulti sains teknologi. sebab kalau duduk flatlet, kau akan daki 3 bukit. perh perh perh!!!

jadi, disebabkan saya dapat flatlet, saya student fakulti sc teknologi, dan saya tak mahu daki bukit sekurang kurangnya 3 kali sehari untuk tahun akhir ni, maka dengan ini pakatan 'jahat' bermula. tapi bukan jahat pon. cume terlebih sudah dari yang disaran dan dibenarkan. kih kih kih..

ringkasnya, pakatan bermula bila cik wani ajak tukar bilik dengan member dia. then mulalah sesi cari mencari dan tukar menukar bilik. sampai pakatan menyebabkan 6 orang berjaya menukar bilik secara bersilang. faham fahamla ek camne silang bersilang tu. akhirnya, aku dapat bilik di blok asrama tingkat 4 dan dapat plak roomate yang stylo dan baik. okeylah kan.

so, terima kasih sangat2 kat member2 yang banyak membantu. aku sebenarnya dan redha dah kalau dapat flatlet atau bilik asrama mana2 pon. tapi, disebabkan member2 yang banyak bantu, dapat bilik yang best. terima kasih terutama untuk cik wani, cik sue, dan cik nisa.. budi dan jasamu yang telah ditabur untuk sahabatmu ini akan dikenang. hehe...

apa-apa pon, ini adalah kali terakhir untuk kelam kabutkan diri pasal bilik. sebab lepas ni, dah tak ada dah. dah tak payah susah susah kena aktif kolej sebab takut kena buang kolej. semua tu dah berlalu sebab saya kini dah tahun akhir. dah senior la katakan.. hehe.. ;P



untuk tahun akhir ini, saya nak belajar elok elok. lebih elok dari tahun tahun lepas sebab saya nak topi kat atas tu dipakai dengan bangga sekali apabila kertas yang diikat dengan riben merah itu tertulis result saya yang cemerlang. doakan ek! luv ya!! :)


p/s: rindu nak borak2 dengan roomate lame.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...